Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tak buat ujian jantina bayi, nak buat kejutan. Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tak Buat Ujian Jantina Bayi, Nak Buat Kejutan
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
MENGAKUI BAHAWA KEHAMILAN KALI INI LEBIH MENCABAR BERBANDING DUA KEHAMILAN SEBELUM INI, KONGSI EZZATY, DIA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK.
UJARNYA LAGI MUNGKIN KERANA KEHAMILAN SEBELUM INI DIA ‘ENJOY’ MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
Ads
JELAS EZZATY LAGI, DIA DAN SUAMINYA TIDAK MELAKUKAN UJIAN IMBASAN (PEMERIKSAAN JANTINA) ANAK KETIGA MEREKA KERANA INGINKAN KEJUTAN.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
Saya sedang hamil enam bulan. Ada yang menyarankan saya beberapa petua untuk elakkan jaundis pada bayi baru lahir. Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut tentang prolong jaundice dan amalan yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengelakkan masalah ini terjadi kepada bayinya yang bakal lahir nanti?
Jawapan:
Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.
3. Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid.
4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
5. Organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts.
Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembanganya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6P, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Amalan yang boleh diamalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.
1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
4. Amalkan meminum jus pegaga.
5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
7. Amalkan pemakanan sihat.
8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.
9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Doktor Pakar Kanak-kanak, DEMC Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Datin Anne Ngasri kini sudah tujuh bulan hamil anak kelima. Anne atau Nasriah Ngasri, 34, berkata dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Pada mulanya terkejut juga bila dapat tahu saya hamil kerana anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun.
“Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan.
“Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan empat anak saya yang lain sudah pun besar,” katanya.
Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan ais krim sepanjang mengandung.
Tambahnya, kehamilan kali ini juga dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.
“Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu… Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu.
“Ia pengalaman baru buat saya walaupun sudah empat kali bersalin. Mengidam itu tidak ada sangat cuma saya gemar makan ais krim,” jelasnya.
Sumber: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menanti kontraksi hebat sewaktu detik melahirkan, satu hal yang menjadi igauan ngeri bagi semua ibu hamil pastinya proses minum air gula pada pemeriksaan bulanan.
Biarpun bukan setiap bulan, proses yang satu ini menjadi satu ketakutan buat semua ibu. Bimbang muntah atau ada yang terpaksa minum sekali lagi gara-gara disebabkan minum air.
Menurut Dr Muhammad Izzat, proses minum air gula sebenarnya tidaklah menyusahkan jika bakal ibu tahu cara tepat untuk minum air gula ini. Dan ini tip yang dikongsikan oleh beliau agar sukses dan tak termuntah!
Ada Yang Kena Minum Air Gula ? Tips-tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian.
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja. Ni SEBELUM minum air gula ya. Jangan kompius.
3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe tak de ler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amik darah.
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa)
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr. Air kosong pun tak boleh minum masa tunggu 2 jam ni.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.