Ads

Demi Sara Anak, Isteri Virgoun Terpaksa Buka Purdah Atas Urusan Kerja

Inara Rusli yang merupakan isteri kepada penyanyi terkenal Indonesia yang sedang mengalami kemelut rumah tangga, membuat keputusan untuk bekerja demi kelangsungan hidup anak-anak. Dia yang sebelum ini mengenakan purdah dalam kehidupan seharian telah melakukan tindakan untuk tidak lagi memakai purdah. Tindakan tersebut terpaksa dilakukan olehnya demi menyara anak-anak selepas rumahtangga antara dia dan suami bergolak akibat kes curang.

Umpama jatuh ditimpa tangga, bukan sekadar dikhianati suami, malah Inara juga perlu membanting tulang menyara tiga orang anaknya sendirian selepas Virgoun nekad ingin memfailkan cerai.

Betapa cekalnya sebagai seorang ibu cuba untuk bangkit dahulukan kebajikan anak-anak.

 

Ads

Menerusi satu video di aplikasi Tiktok Inara mengatakan dia terpaksa membuka purdah kerana Allah demi menyara kesemua cahaya matanya. Ketika Inara membuka purdahnya, kedengaran suara pihak media yang berkata ‘MasyaAllah’ kerana terpegun dengan kecantikan wanita itu. –Tribunnews

@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli #virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp ♬ الصوت الأصلي – maherzainfanforever

Ads

 


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Ads

Semoga ujian yang menimpa Inara membuatkan ibu tunggal ini menjadi lebih kuat dan sabar mendepani hidup di samping tiga cahaya mata comelnya.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini...

Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.