“Bila Hamzah menangis, datang penemannya (kucing) masuk bilik dan ciumnya. Lepas cium, elok-elok Hamzah tidur dan kucing itu juga akan tidur di sebelahnya.
Memang seperti arwah ayahnya yang selalu pujuk tiap kali Hamzah menangis. Alhamdulillah Allah hadirkan kucing ini untuk menjadi peneman setiap kali Hamzah nangis,” luah Nor Hidayah Mohd Ali.
Hidayah akui sejak arwah Abam pergi, seolah-olah kucing kelabu ini menemani Hamzah sepanjang masa. Pantang dengar Hamzah nangis, laju je datang.
Sementara itu, selepas lebih seminggu pemergian ayahnya, ternyata nampak kerinduan Hamzah pada arwah Abam. Walaupun si kecil ini tak boleh nak beritahu kerinduannya tetapi bila menatap gambar ayahnya seolah dia mengerti.
Ads
“ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis.”
Nor Hidayah sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Hamzah tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.
Ads
Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.
“Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sumber: ig hidayah_abam; ig sirazmier
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid-19.
Setiap masa, Nazratul Adawiah Abdullah, 31, berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim, 7, sehingga mereka disahkan sembuh dan dibenarkan pulang.
Menceritakan pengalamannya, Nazratul berkata, dia dan Muhammad Zhafril dimasukkan ke wad Hospital Rembau selama 10 hari bermula 9 Disember lalu.
Menurutnya, anaknya yang sepatut ditahan di wad selepas keputusan ujian calitan kali kedua menunjukkannya positif Covid-19 namun dia nekad menemani anaknya ketika di wad.
Swab kali kedua positif
Tanggal 9 Januari, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak saya, Zhafril Adam disahkan #covidfighter. Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman saya tentang pandemik ni.
Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak saya positif, waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama-sama negatif . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok-elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut.
Rasa lembik dunia berperang dengan perasaan. Kenapa bukan saya, kenapa anak yang kena. Macam-macam soalan datang masa tu. Anak yang tak mengerti apa-apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri? Waktu tu macam-macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa-apa, jadi bayangkan perasaan saya masa tu?
Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Saya buat demi anak. Jam 12.30pm ambulans sampai, saya mintak mereka off siren supaya tak nak jiran-jiran takut atau cemas.
Sepanjang 1 jam lebih perjalanan ke hospital, dalam ambulan saya lemah lembik. Dari pagi tak makan apa. Tak ada tenaga. Tapi anak saya macam dah redha. Seolah mengerti dia akan diambik ambulan dan dibawa ke hospital.
Ada yang menyalahkan, ada yang bersimpati
Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tau. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpe saya paham. Mentaliti orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon Covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan.
1.30pm sampailah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari.
Kejap kejap makanan sampai, kejap kejap makanan sampai, makan tidur jela keje nya time ni. Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.
Adam mengadu sakit tekak
Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doktor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni tak ada ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doktor akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja.
Anak takde lagi swab sebab dah memang positif, tapi saya diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk saya kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.
Amalkan makan vitamin C
Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua saya buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan saya bagi dia kumur air garam selama 3 minit.
Selepas gosok gigi, madu akan saya suapkan. Tengahari waktu makan, saya bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga saya buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi saya juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.
Masuk hari ke 4, anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru.
Cuma dalam masa 3-8hari tu badan kena strong untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular. Kerana sy tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal. Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sy terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi.
Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan. Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit.
Buat swab kali ketiga
Swab ke 3, result sy negatif juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni fikir jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak sambung bercuti dalam ni. Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepu.
Swab kali keempat
Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankan. Dengan harapan result kali ni negatif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni. Sebab result keluar bergantung result swab test saya.
Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still negatif. Doktor kata baru laa boleh disharge esoknya.
Esoknya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas. Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganya.
Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru untuk sy. Biarpun kebolehjangkitan untuk sy kena lagi tu adalah tinggi. Sy seorang yg sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga sy untuk rasa melalui anak. Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin sy dpt ilmu pasal covid ni sbb sy bukan ada basic dalam bidang medic.
Hanya pengalaman guru sy. Sy sangka sy tak kuat, kenapa sy diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya. Siang malam berdoa agar anak sembuh dan sy dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mental fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya. Redha dan terima. Orang cakap saya kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya saya tak kuat pun. Kekuatan saya semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan saya melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.
Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah. Walaupun mereka sendiri penat, panas berlapis-lapis saya saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun.
Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri & patuhi SOP. Kita masih belum menang. Kita Jaga Kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie menjelaskan tentang sebab kenapa dia menghantar anak lelakinya, Adam Fateh Lee, 4 tahun masuk ke sekolah di usia yang masih kecil.
“Fateh (4tahun) dia tak mau pergi sekolah. Dah 2 minggu tak pergi. Dia kata dia nak school yang ada playground.”
Menurut Adam, dia menghantar anaknya ke sekoah di usia yang masih kecil kerana atas saranan doktor serta therapist.
“Kenapa awal sangat hantar anak pergi school? Sebab tahun lepas, atas saranan doktor/therapist minta fateh masuk school supaya dia ada kawan.”
“Jadi sekarang abah kena bawa anak abah pergi kerja sekali di Johor. Bagi keluarkan lebihan tenaganya. Pergi swimming”
Adam juga bercadang untuk menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri mengikut tahap kemampuan serta usia anaknya.
“Jadi abah nak masukkan kelas martial art (wushu) nanti .. sebab saya Cina.. nak bagi fateh wushu Ataupun kelas swimming.”
“Kita buat step by step mengikut usia dan tahap kebolehan anak. Tidak mendesak tetapi mencari kesesuaian . InsyaAllah dunia & akhirat”
Pemergian kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui dalam keadaan tragis dan dipercayai lemas dalam tong air beberapa hari lalu begitu membuatkan rakyat Malaysia bersedih. Ini kerana cara kematiannya benar-benar menyayat hati.
Walaupun baru kembali kepada ibu kandung tiga bulan lalu selepas dijaga oleh keluarga angkat ketika usianya dua bulan, adik Amir dipercayai di dera ibu kandung dan bapa tirinya kerana terdapat kesan kecederaan di kepala dan lebam pada beberapa anggota badan.
Waris tuntut jenazah adik Amir
Bagaimanapun, hasrat keluarga angkatnya yang ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang Selangor dan dikebumikan disana tidak kesampaian selepas jenazah diserahkan kepada waris.
Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.
Setakat ini, laporan daripada bedah siasat belum diperoleh dan pihak keluarga angkat memohon agar orang ramai dapat mendoakan urusan pengebumian dipermudahkan pada hari ini. Mereka juga menyerahkan segala urusan berkaitan kes kepada pihak polis.
Doakan umi kuat
Dalam pada itu, mereka juga berharap orang ramai sudi mendoakan kekuatan ibu mereka kerana wanita itu begitu sedih dengan keputusan tersebut berikutan hasrat membawa pulang jenazah Amir tidak kesampaian.
Hal ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang hak walaupun telah mengasuh Amir sejak berusia dua bulan sebelum diminta kembali oleh ibu kandungnya pada tiga bulan yang lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?