Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 1 April.
Beliau berkata, selain itu, pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.
sumber gambar: Sinar Harian
Bermula 1 April
Jelasnya, fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April sehingga 31 Disember 2020.
“Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.
“Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Pengumuman Muhyiddin itu mengesahkan laporan media sebelum ini yang memetik dokumen diserahkan Bank Negara (BNM) kepada bank-bank di Malaysia, sebelum ini, bahawa pelanggan akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Laporan sebelum ini juga menyebut penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Kenyataan BNM
Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Ads
Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan
sumber gambar: Astro Awani
Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan, kata Bank Negara Malaysia (BNM) menurut dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di Malaysia.
“Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.
“Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual,” katanya.
Ads
Menurut BNM, usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan BNM pada Selasa dan akan berkuat kuasa bermula 1 April.
Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.
Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan bank masing masing. Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.
Keputusan ini dibuat PM kerana ramai rakyat yang resah memeikirkan hutang yang perlu dibayar dengan keadaan sekarang.
Ads
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata langkah itu amat bermakna dan mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Kementerian Kewangan, BNM serta industri perbankan negara.
“Seperti yang saya umumkan tempoh hari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi akan dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara.
“Saya telah pun meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman ini dengan lebih mendalam agar rakyat memahami sepenuhnya manfaat yang ditawarkan,” katanya.
Ujarnya, kerajaan pada hari ini sentiasa mendengar permintaan dan denyut nadi rakyat.
“Saya sedar bahawa impak wabak COVID-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan.
“Rakyat pelbagai lapisan sama ada usahawan, petani, nelayan, pekerja harian tertanya-tanya akan kedudukan ekonomi mereka.
“Antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ini ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi peminjam persendirian mahupun PKS yang perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini,” katanya
Seperti kita sedia maklum, COVID-19 gelombang kedua ini nampaknya menunjukkan peningkatan jumlah mangsa. Malah mangsa yang tidak pernah ada sejarah keluar negara ataupun berjumpa dengan pesakit COVID-19 juga dijangkiti virus ini.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan media agar semua menagguhkan aktiviti luar (mass gathering) yang melibatkan perhimpunan orang ramai.
Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan kenyataan agar segala program sekolah yang melibatkan perhimpuan ramai ditangguhkan dahulu untuk mengelakkan virus daripada terus merebak.
Gambar hiasan
PENANGGUHAN PROGRAM SUKAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)
Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2019 yang dikeluarkan oleh KKM.
Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.
Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan. Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperolehi melalui laman web rasmi KKM.
KPM mengambil cakna berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 MAC 2020
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesanan si ayah buat anak tatkala kelahiran ini mengundang sebak. PU Abu Sufyan selamat menyambut kelahiran anak sulung.
Syukur dan reda, itu lah yang dinyatakan oleh Pencetus Ummah Abu Sufyan yang selamat menyambut kelahiran anak sulungnya. Bayi lelaki yang dilahirkan pada 7 Jun 2019, jam 12.55 beberapa hari selepas sambutan Aidilfitri itu.
Besarnya harapan ayah ini kepada anak telah dinyatakan dalam posting di Instagram. Dia turut memohon maaf kepada si anak atas apa yang terjadi ekoran kontroversi rumah tangga dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini.
MOGA MENJADI ANAK SOLEH
Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung kita ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.
MAAFKAN AYAH BUAT SALAH, JAGA HATI UMMI
Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.
TERIMA KASIH LAHIRKAN ANAK KITA, MOGA KUAT MACAM AWAK
@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat kita ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.
MOHON DOAKAN AGAR SEMUANYA BAIK & DIPERMUDAHKAN
Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.
Para follower mendoakan agar semuanya berjalan dengan baik dan mengucapkan tahniah. Ada juga yang menyatakan seolah memahami situasi yang sedang dihadapi Ain Afini berpantang tanpa suami disisi.
@ilyasyahari Air mata sy mngalir bca kisah ni…walau sy x kenal kamu siapa. sy doakan ain afini akan jumpa seorang lelaki yg jaga dan bimbing dia bagaikan permaisuri dan bidadari di hati lelaki itu…. fasa mengandung, melahirkan, berpantang tanpa seorang suami di sisi yg setia.
Subhanallah betapa peritnya perasaan itu… sedangkan yg ada suami di sisi pun terasa sakitnya.. ini kan pula tiada suami yg brkongsi rasa itu… tamatkanlah kisah ini dgn pertemuan ain afini dgn lelaki yg dpt membahagiakannya.. amin ya robbal alamin. Kisah kamu mnjadi pengajaran.
Semoga Allah memberi hidayah dan kekuatan utk kamu bertaubat nasuha. Benar perceraian itu halal tapi itulah seburuk2 perkara yg Allah benci sebagaimana perkahwinan sebaik2 perkara yg disukai dlm hal perhubungan manusia.
@m.sarahyus Tahniah @puabu.official semoga anak ni jadi anak yang soleh ..amiin
@bukhari_nazran Semoga si anak menjadi sperti si ibu tabah menghadapi ujian di saat ombak melanda bukan mencari yg lain ?
Pakai lampin di kepala mungkin dianggap lucu tapi sebenarnya kurang elok. Menyamakan lampin pakai buang dengan dengan amalan mulia agama sangat ‘tidak kena’. Apa yang dikatakan PU Amin ini ada benarnya.
Teguran daripada PU Amin ini adalah ekoran tindakan selebriti berstatus ibu yang memakai lampin pakai buang pada kepala seolah-olah mempersendakan pemakaian tudung bagi wanita. Lampin fungsi asalnya ialah untuk memerangkap kekotoran dan najis tidak seharusnya dijadikan bahan lawak.
PU Amin memberikan reaksi kepada isu ini. Menerusi posting Instagram, meluahkan pandangannya.
Sedih bila ibu sanggup pakai lampin anak di kepala.Menjelmakan tudung dari lampin tidak boleh diterima akal.
Lampin tempat buang najis, dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walau pun lawak, tidak kena dengan Islam
Hentikan pakai lampin di kepala anak, hormatilah kepala tempat tempat bersujud.
Tak selesa kalau kepala ditunjal & ditolak, tapi boleh disarung dengan tempat buang najis.