Depan Anak Tegas! Takut Pecahkan Pasu, Gelagat Kembar Zizie Menyorok Bawah Tilam Menghiburkan

Share

Momen sewaktu anak kecil yang akan dikenang sampai bila-bila. Percayalah bila diingat semula ketika anak dah besar, kita boleh tergelak sendiri. Tak mustahil bila mereka tengok gelagat masing-masing pun macam tak percaya.

Malah pakar pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan pun mengesyorkan layanlah anak-anak sewaktu kecilnya. Bergurau dan bermain lah ketika 6 tahun pertama. Selepas fasa 6 tahun, layanan ibu bapa juga dah tak sama.

Menerusi perkongsian Zizie Izzete di instagramya, dia ada memuat naik video gelagat anak kembarnya yang cukup mencuit hati yang menyorok takut kena marah selepas memecahkan pasu bunga.

Disebabkan takut mommy marah selepas memecahkan pasu bunga di dalam rumah, pasangan anak kembar pelakon Datin Seri Zizie Izette bertindak menyembunyikan diri mereka di bawah timbunan tilam.

Perkara itu dikongsikan Zizie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Dua beradik ni buat projek kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok.

“Nasib tukang report (Aaric) beritahu diorang menyorok kat mana. Watak singa mommy dah keluar!,” ceritanya.

Begitupun, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila, Zizie bertukar karakter dengan suara ‘menyinga’ kerana geram dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu.

Apa yang mencuit hati, anak-anaknya itu sanggup bersembunyi baring di bawah tilam bagi mengelak daripada dikesan ibunya.

Zizie yang pada mulanya gagal mencari, kemudian berjaya menemui lokasi persembunyian mereka selepas dimaklumkan anaknya yang lain.

Namun, sebaik ditemui, kedua-dua anaknya itu, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, terus berteriak kerana ketakutan selepas menyedari kesalahan mereka.

Lucu tengok gelagat si kembar

Bagaimanapun, rata-rata lucu melihat gelagat anak-anaknya yang disifatkan cukup bijak.

“Ya Allah anak, boleh kau nyorok bawah tilam..hahah, mak nya pun tak perasan.

“Pandai senyap sembunyi, lepastu belum marah lagi dah drama dulu dah,” tulis sebahagian komen netizen.

Begitupun menurut Zizie, dia sengaja mengeluarkan suara garang kerana mahu mendidik anak-anaknya itu bahawa apa yang dilakukan itu satu kesalahan.

“Saya pun rasa kelakar juga, tapi saja je buat marah depan diorang, agar mereka tahu benda ni bukan main-main,” jelasnya.

Sumber: Ig Zizie Izette & Gempak

IKLAN