Tiada seorang ibu bapa pun mahu lihat anak-anaknya sakit. Tapi jika dah ditakdirkan, tiada daya kita untuk menolak melainkan dengan izin Allah dapat sembuh kembali.

Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang bapa yang memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.

Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.

Di Usia 3 Tahun, Allah Uji Dengan Kanser Otak. Bapa Mohon Doakan Kesembuhan Nazfahrel

Ikuti perkongsiannya yang cukup menyentuh hati

Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK [Pasangan Yang Masih Menanti Zuriat, Ustaz Mujahidin Kongsi Doa Ini. Bacalah Setiap Hari!]

Di mana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.

Di Usia 3 Tahun, Allah Uji Dengan Kanser Otak. Bapa Mohon Doakan Kesembuhan Nazfahrel

IKLAN

Sebak dan sedih hati bercampur pilu seorang kanak-kanak Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.

Di Usia 3 Tahun, Allah Uji Dengan Kanser Otak. Bapa Mohon Doakan Kesembuhan Nazfahrel

IKLAN

Di sini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang ‘Gembira’ Bukan ‘Sempurna. Yang Sempurna Itu Tak Wujud

Saya tidak meminta lebih hanya doa daripada anda. Terima kasih semua dan semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan kepada kita semua. Aamiin.

Sumber : Facebook Ebit Lew Channel ; OMM

https://www.youtube.com/watch?v=UG4-jArn7eo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI