Pemergian allahyarhamah, Siti Sarah Raisuddin pada jam 5.13 minit pagi ini benar-benar memberi kesan pada kita semua. Satu kehilangan yang cukup dirasakan.

Rakan-rakan selebriti terutamanya turut meninggalkan pelbagai kemas kini di Instagram, tanda betapa kehilangan yang begitu dirasakan oleh semua.

Menurut Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan sahabat baik kepada Shuib dan Sarah menyatakan Sarah adalah isteri yang baik dan begitu taat kepada suaminya.

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

“Saya dalam perjalanan dari rumah ke TV3 pagi ni, lebih kurang jam 5.30 pagi, sahabat saya, Shuib menelefon memaklumkan isteri tersayang telah pun meninggal dunia.

” Apa yang saya boleh katakan adalah, almarhummah seorang yang baik dan sentiasa taat pada suami. Hebatnya seorang isteri apabila dia berjaya membangunkan keyakinanan seorang suami.

“Dia bersama dengan Shuib ketika Shuib tidak ada apa-apa, sehinggalah Shuib hari ini berjaya dan bersama dengan isteri juga berjaya.

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

” Itulah kelebihan apabila seorang isteri itu, Nabi SAW sebut ” Mana-mana perempuan, iaitu isteri yang mana taat kepada suami, kalau dia meninggal dunia, maka syurgalah tempatnya”

IKLAN

” Kalau beginilah keadaan isteri-isteri yang meninggal akibat Covid-19, ditambah pulak dia dalam keadaan mengandung kemudian bersalin, percayalah Allah Taala pilih dia untuk termasuk daripada ahli syurga, insyallah..amin Ya Robbalalamin,” begitu kongsi Ustaz Izhar menerusi program Tanyalah Ustaz awal pagi tadi.

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

Menerusi Instagramnya, Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff, turut sama berkongsi hal yang sama mengenai perkhabaran itu sebelum bersiaran awal pagi tadi. Satu kehilangan yang begitu dirasai.

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

Siti Sarah tinggalkan empat cahaya mata
Siti Sarah, 37 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

IKLAN

Allahyarhamah menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

 

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Menarik: Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebaikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

IKLAN

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

“Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami” Pemergian Sarah Di Rasai Sahabat!

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI