Siapa sangka, pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu dirasai oleh semua rakyat walaupun dia bukanlah siapa-siapa. Malah berita pemergiannya itu mengejutkan  Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Muhammad Nadir Al-Nuri yang berada di Wilayah Gaza tersentak dan sebak ketika membaca berita pemergian penyanyi kesayangan ramai itu.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

“Saya baru dihubungi arwah Siti Sarah sebelum Aidiladha lalu untuk mengikuti program korban di Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN [Baby Sarah Bagi Reaksi Positif, Dah Buka Mata, Kaki Menendang, Tangan Bergerak Aktif]

“Masa itu, saya terkejut apabila arwah memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit. Bukan satu bahagian, seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebajikan terakhir,” katanya.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

Tidak hanya itu, arwah dikatakan kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan umat Islam di Palestin.

IKLAN

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

Rupanya Allah takdirkan, nyawa diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli nasib, malah sudah didoakan ratusan penduduk di Palestin yang merasa daging, tahun ini.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

Berkongsi menerusi Facebooknya Nadir turut menitipkan doa buat Isteri Shuib Sepahtu semoga rohnya tenang di sana.

IKLAN

“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah,” tulisnya.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

IKLAN

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman IG, pagi ini.

Kredit: FB Nadir Al-Nuri

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pilih Untuk Berhijrah, Kejar Amal Kebajikan Terakhir, Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI