Beberapa hari ini ramai yang bercerita tentang kejadian yang menimpa Tomok ketika dia keluar membeli-belah di sebuah butik terkemuka apabila anak perempuannya, Siti Khadijah, tertumpah pewarna kuku pada beberapa helai seluar jean dan pakaian di situ.

Mengakui kesilapannya, Tomok handle perkara ini dengan tenang dan membuat ganti rugi kepada butik berkenaan. Namun dia telah memuat naik sebuah video untuk bercerita tentang kejadian tersebut. Tomok juga membuat jualan semula semua seluar jean dan pakaian yang dibayar kerana semuanya tidak sesuai dengan saiznya.

Baca Juga:

“Tetap Nak Minta Duit Raya Juga.” Sakit Lama & Baby Keluar Tangan Dulu, DS Shahida Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-6

Raja Ilya Kongsi Video Gelagat Talita Nak Turun Dari Stroller, Warganet Terhibur. Punyalah Comel!

Bagusnya Ardell! Cium Urwa Penuh Kasih Sayang, Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir

Mendapat pujian warganet kerana Tomok begitu tenang dan tidak melatah bahkan dia faham tentang polisi butik tersebut. Membuat bayaran sehingga hampir RM6000, namun berkat bulan Ramadan dan rezekinya, kesemua seluar jean dan pakaian tersebut berjaya dijual semula.

Rentetan dari perkongsian Tomok, seorang ibu melalui akaun TikTok @rin_zaky berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan penyanyi tersebut.

“Actually apa yang saya nak katakan di sini yang saya pernah mengalami nasib yang sama seperti Tomok.”

“Dia Koyak Kotak Toys & Hilangkan Mainan.” Terpaksa Bayar RM300, Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

IKLAN

Ceritanya, ketika itu dia dan suami membawa anak mereka ke sebuah kedai permainan. Anaknya yang dipanggil Zidane menghidap Moderate Autism dan ketika itu dia tertarik dengan sebuah kotak yang mengandungi patung-patung askar.

Biasanya anaknya akan diletakkan dalam stroller tetapi pada hari itu, mereka masuk ke kedai permainan terkenal tersebut kerana mahu membelikan mainan untuk Zidane.

“Lepas tu Zidane ada grab satu box tu harganya RM300.Dalam tu ada askar kecil-kecil. Saya memang tak mampu beli tapi Zidane nak sangat sbb dia tantrum. Sebenarnya dia bukan nak pun, dia boleh bertukar kepada toys lain tapi waktu tu dia memang dah tertarik dengan mainan tu.”

Tonton video ini;

@rin_zaky #stitch with @TOMOK sy pernah alami nasib seperti tomok kerana Zidane. #zidaneautismfamily #autism #autismawarenessmonth #kasihiautism #rinzaky #rinzakyshare #autismacceptance #autismoftiktok ♬ original sound – Rinzaky | Skincare Enthusiast

Untuk mengelakkan anaknya tantrum lebih teruk, dia membenarkan Zidane untuk memegang kotak tersebut.

“Masa saya nak letak balik tu, dia dah tantrum. Bising sangat. Saya bagi dia pegang dulu sementara nak carikan toys yang lain.”

Ketika dia sudah berjumpa dengan mainan yang sesuai dengan anaknya dan mahu letakkan semula kotak tersebut di rak, dia ternampak yang Zidane sudah mengoyak kotak itu dan menghilangkan salah satu patung askar yang ada di dalamnya.

IKLAN

Dia dan suaminya terkejut melihat kejadian itu dan mencari patung askar yang hilang di sekeliling tetapi tidak berjumpa. Tidak dapat berbuat apa-apa, pasangan ini terpaksa membayar harga mainan tersebut.

Oleh itu, mereka mengambil pengajaran dari kejadian yang berlaku;

“Lesson learnt, kami keluar dengan anak-anak takkan masuk kedai mahal. Hanya bawa Zidane ke kedai-kedai macam Mr. DIY atau Eco saja. Pernah juga kami bawa Zidane ke sebuah kedai, dia duduk dalam stroller tapi tangan dia mencapai barang display yang bernilai RM100 lebih. Benda tu jatuh dan patah.”

Sewaktu mahu membuat bayaran ganti rugi, pekerja kedai tersebut memberitahu yang barang tersebut sudah tiada dalam stok dan tidak dijual lagi jadi tak perlu dibayar.

“Selepas dua kejadian ni, tak pergi kedai mahal kalau ada Zidane. Kalau nak masuk pun, kami akan pergi weekdays waktu hantar dia ke sekolah. Baru berani nak masuk kedai mahal.”

Di akhir video, ibu ini memberitahu itulah ujian untuk para ibu yang mempunyai anak istimewa. Sebenarnya dalam tempoh nak membesar, memang macam-macam ragam anak.

IKLAN

Berikut antara komen dari warganet;

“Dia Koyak Kotak Toys & Hilangkan Mainan.” Terpaksa Bayar RM300, Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

“Dia Koyak Kotak Toys & Hilangkan Mainan.” Terpaksa Bayar RM300, Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

“Dia Koyak Kotak Toys & Hilangkan Mainan.” Terpaksa Bayar RM300, Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

Sama ada anak normal mahupun ada autisme, adalah normal untuk mereka tantrum pada masa-masa tertentu. Semoga dengan perkongsian dari ibu ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI