Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih-lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman. Justeru, dia rasa malu dan “terancam” setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan berlaku. Di kalangan rakan sebaya, mereka tidak memperlakukannya seperti mana orang dewasa.

“Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya!” Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri!

Tambahan lagi, apabila setiap kali ahli keluarga atau orang dewasa yang lain datang menyapanya, sudah tentu anda akan mengatakan “Dia ni pemalu…”, “Pemalu sangat budak ni…”, “Dia ni memang macam ni. Pemalu sangat, tak tau nak buat macam mana…” atau mungkin orang yang datang menyapanya akan berkata “Mana budak cantik ni…”, “Mana budak cantik yang pemalu tu…”. Ia adalah sebahagian kata yang mungkin pernah diucapkan.

IKLAN

“Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya!” Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri!

Anak anda sudah memahami kata-kata orang dewasa. Jadi dia rasa malu. Apatah lagi sekiranya anda dan juga orang lain memang melabelnya sebagai pemalu. Mungkin pada asalnya dia tidak tahu pun dia sebenarnya pemalu. Tetapi oleh kerana perkataan itu yang selalu disebut dan ditujukan kepadanya, membuatkan dia telah menyerapkan ke dalam diri. Lalu, dia menganggap yang dia adalah pemalu dan akan berbuat demikian setiap kali bertemu orang dewasa.

IKLAN

3 tip mengurangkan rasa malu anak;

  1. Jangan disebut-sebut lagi kata-kata seperti, “Adik yang pemalu” atau “Si cantik yang pemalu” dan sebagainya. Jangan sebut panggilan yang mengaitkannya dengan pemalu. Ini akan hanya menguatkan lagi rasa malunya dan dia akan terus berperangai sedemikian. Beritahu juga ahli keluarga dan rakan agar turut sama membantu anda merealisasikan perkara ini.
  2. Jika dikunjungi oleh rakan dan ahli keluarga, teruslah mengajar anak-anak bersalam dengan tetamu dan tidak memanjakannya kerana tahu dia akan menyorok di sebalik kaki ibu. Tetapi jangan memarahi dan meninggikan suara pula. Cukup lah dengan mendakapnya dan hadapkan badannya kepada tetamu dan hulurkan tangannya. Selepas itu ucapkan “Pandai.” atau “ Good girl.” atau kata yang biasa disebut untuk memuji perbuatan baiknya.
  3. Berikan sedikit masa untuknya berubah dan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata.

Jangan berputus asa untuk mendidik anak untuk menjadi lebih berkeyakinan. Keyakinan yang ada pada ibu bapa itu pasti akan berjangkit kepada anak anda kelak.

IKLAN

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI