Mak-mak yang ada anak kecil, jangan selalu susah hati. Jangan selalu rasa bersalah. Jangan selalu salahkan diri. Kenapa? Ini yang wanita bergelar ibu kena faham.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Puan Masturah Abu Bakar memberi sedikit kekuatan untuk ibu menguruskan keluarga tanpa rasa stres.
Mainan berterabur maksudnya anak-anak tengah kembangkan kreativiti. Buku bersepah maksudnya anak suka belajar dan membaca.
Pensil warna dan alat tulis berselerak maksudnya sel-sel otak anak bekerja keras.
Sinki penuh maksudnya anak-anak kenyang. Nasi berterabur bawah meja tandanya anak-anak tengah asah kemahiran motor halus.
Baju banyak dalam bakul tandanya anak-anak guna pakaian bersih setiap hari.
Kita selalu nak selesaikan semua. Nak perfect. Nak semua ikut expectation kita. Nak semuanya ikut KPI kita.
Tapi,
Ads
Kita bukan robot untuk selesaikan semua benda dalam satu hari.
Kita tak ada tangan sotong yang boleh buat semua dalam satu masa.
Kita manusia yang ada emosi yang turun naik.
Kita bukan selalu positif, selalu rajin, selalu ada mood untuk selesaikan hal-hal dalam rumah.
Buat dulu yang penting dan yang utama.
Ads
Asalkan anak dah mandi, kenyang, boleh main dan cukup tidur. Kita dah buat yang terbaik.
Yang lain kita boleh buat berdikit-dikit. Buat sikit-sikit.
Kita sakit mata, tapi yang penting jangan sampai kita sakit mental.
Jangan sebab nak rumah kemas, kita marah anak-anak. Kita sekat kreativiti. Kita halang mereka bermain bebas.
Zaman anak-anak kecil tak lama. Esok lusa kita dah sunyi.
Mind set macam ni sekurang-kurangnya beri kebebasan kepada kita. Kebebasan mental dari mengurung diri dalam gua fikiran ‘saya kena buat semua segera’. Yang akhirnya menjadi kita tertekan.
Kita tak perlu berkejar untuk selesaikan semua. Kita boleh putuskan mana yang utama. Kita boleh pilih masa dan bila kita patut buat.
You are still the best mom even you think you have do nothing in a day.
Hai min, anak i dah masuk 14 bulan tapi masih belum nampak tanda-tanda nak berjalan. Sepatutnya umur berapa dia dah boleh berjalan? Ada orang cakap anak lelaki ni lambat sikit. Betul ke?
Sofea, bukit bandar
Jawapan daripada Doktor
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Cerebral palsy: Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Lewat perkembangan secara umum (global): Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot: Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Apabila kita mengherdik dan membentak anak, isyarat “TAKUT” dihantar oleh telinga kecilnya ke amygdala otak hanya dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya untuk sekali herdikan. Apabila kita terus-terusan mengherdik dan membentak, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stres. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.
Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan semula hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh “DIBETULKAN” untuk berfungsi semula. Tetapi, apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.
Apa pula yang berlaku kepada kita? Apabila kita marah, mengherdik dan membentak, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati serta mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.
Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan …
Beristighfar
Tarik nafas panjang dan lepas nafas
Senaman
Senyum/ketawa
Pelukan/belaian
Solat sunat/berdoa
Bertafakur
Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.
Seorang ibu telah menceritakan bahawa setiap kali beliau berasa ingin marah, mengherdik dan membentak anak, beliau akan cepat-cepat berdiri di hadapan cermin. Di hadapan cermin itu, beliau menilik wajahnya sendiri. Beliau melihat wajahnya yang buruk dan menakutkan. “inilah sebenar wajah yang dilihat oleh anak. Sungguh menakutkan. Kalau aku sendiri pun takut, anak aku apatah lagi” katanya di dalam hati. Dari situ timbul rasa keinsafan dalam dirinya. Tentu sekali tidak ada ibu yang sanggup apabila memikirkan bahawa anak memandang kita seperti HANTU. Dalam hati tentu akan rasa sedih.
Sumber: ibubapacemerlang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul ker anak tak perlu ajar anak membaca, selalunya jadi salah satu isu pembelajaran anak-anak. Semua ini kerana semua ibu bapa inginkan anak pintar dan cerdas. Tetapi bagi Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari, banyak bermain menjadikan anak-anak itu bijak tanpa perlu mendesak anak-anak membaca. Ikuti jawapannya yang mudah dan ringkas serta beberapa soalan-soalan popular yang sering menjadi persoalan ibu bapa.
Saya nak share 1 isu yang paling banyak di tanya kepada saya melalui private massage di facebook
Saya listkan soalan-soalanya
OK.. Ni compilation of soalan yang saya taip semula.. Sbb ni pon curi2 masa untuk jawab.. Xdan nak printscreen, nak padam nama, gambo dll yang perlu disembunyikan..
Jawapan saya
Untuk anak boleh menulis, bukan bermula dengan menyambungkan dot dlm buku. Tapi bermula dgn process koyak kertas, crumple kertas, pinching makanan masa umur 8 bulam lagi, menggunakan sepit baju, button baju, guna gunting dan byk lg aktiviti strengthening fine mltor skills sebelum anak boleh memegang pensil.
Kemudian biarkan dia menconteng.. Sama seperti ajar anak membaca. Bermain permainan bersama-sama. Membawa anak mengalami pengalaman benda-benda maujud seperti ke playground, zoo, kampung, kenderaan awam dll sambil kita berbual.. Kemudian bacakan buku cerita.. Seterusnya barulah anak akan bersedia membaca.. It doesn’t work… Belikan tabs.. Install apps membaca dan biarkan.. Yes dia akan copying.. Tp dia hafal. Bukan faham. Utk pulihkan lagi susah dari nak ajar membaca..
Anak sepatutnya bersama ibu bapa melalui proses seperti no 3 di atas.
Saya bukan marketing sistem di tfa. Jika semua saya lakukan utk marketing, tak perlu rasanya saya fully practice pada anak saya. Tfa menggunakan system yang genuine ECE. begitu juga Aulia. Jangan jadi parents yang takut mendengar ape orang kata. Jadilah parents yang bertanggungjawab terhadap anak.
Just for the record, anak saya memang ada sign of GDD dan spd masa kecil, tapi konsistensi on stimulating process, sekarang dia dah resolved semua problem. Berapa lama ambil masa? Its a process, dan the process still goes on?
Perfeksionis dalam kalangan anak boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan keyakinan diri rendah. Kenali 10 tanda penting, punca serta cara ibu ayah membantu anak mengatasinya.