Tidak mahu berpisah dengan ayahnya, tangisan dan pelukan anak perempuan jutawan, Datuk Aliff Syukri semasa bapanya berangkat mengerjakan haji semalam mengundang hiba wargamaya.

Menerusi Instagramnya, Datuk Aliff memuat naik video momen menyentuh hati itu. Akui Datuk Aliff lagi, dua anak perempuannya, Raudah dan Qadejah sememangnya cukup rapat dengannya.

“Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan @qadejah_terlajaklaris. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah.

“Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji,” kongsinya.

“Dia Paling Manja” Berpisah Seketika Tunai Haji, Tangisan Anak Datuk Alif Syukri Buat Ramai Sebak!

Malah menurut Datuk Aliff lagi, berbanding anak lain yang sudah semakin membesar, anaknya Raudah Arshiyah yang baru berusia tiga tahun cukup manja dengannya malah setiap malam tidur bersamanya.

IKLAN

“Banyak-banyak anak saya, Raudhah ni paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya tak tahu saya nak cakap macam mana.

“Dia Paling Manja” Berpisah Seketika Tunai Haji, Tangisan Anak Datuk Alif Syukri Buat Ramai Sebak!

“Rindunya saya dengan anak dara kecil saya semoga Allah jaga dia baik-baik. Korang boleh rasa tak apa saya rasa sekarang ni bila tinggakan Raudha?,” kongsinya lagi.

Tangisan dan pelukan Raudah yang kemas membuatkan wargamaya hiba. Apalagi kala dipujuk ibunya, Datin Sri Shahida ketika di lapangan terbang semalam.

IKLAN

“Dia Paling Manja” Berpisah Seketika Tunai Haji, Tangisan Anak Datuk Alif Syukri Buat Ramai Sebak!

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen rata-rata pengikut usahawan berjaya itu bukan saja mendoakan Datuk Alif yang pergi mengerjakan haji bahkan turut mendoakan Raudah agar tidak bersedih hati bila berpisah dengan ayahnya.

 

@shahidadherbs2 Alhamdulillah….hari ni rasa gembira syukur dapat melihat suami saya mengerjakan ibadah haji bersama anak sulung saya Ammar Ahyan,turut serta bonda dan kedua ibu bapa saya dapat juga rezeki menunaikan haji tahun ni… Rasa sayu,rasa hiba. Semua rasa bermain di fikiran.. Doa saya sentiasa mengiringi mereka semua agar selamat dan dapat melakukan ibadah dengan penuh tawaduk dan khusyuk. #haji2023 #fypシ゚viral🖤 ♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid

IKLAN

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri berangkat menunaikan haji bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan dan juga kedua ibu bapa mentuanya.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

“Dia Paling Manja” Berpisah Seketika Tunai Haji, Tangisan Anak Datuk Alif Syukri Buat Ramai Sebak!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI