Punya anak ramai bukan rasa seronok sahaja, tanggungjawab mendidik perlu lebih diberikan perhatian. Takut anak tersasar dari landasan. Tapi melihat cara Johan mendidik kesemua anak-anaknya memang patut dijadikan contoh pada semua.
Ada waktunya dia bergurau, mengusik anak tapi ada waktunya tetap beri nasihat dan tunjuk ajar agar anak-anak tidak tersasar. Sesi kuliah selepas solat maghrib yang dikongsikan di instagramnya ini mendapat respon dari netizen. Paling menarik bukan hanya sesi air mata sahaja bahkan bapa contoh ini pandai membeli jiwa anak-anaknya dengan membawa mereka berjalan. Superb!
Lepas maghrib, selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa untuk sama-sama dengan anak-anak berbual, luah perasaan, nasihat.. dan pasti ending dia linangan air mata. Baik dari yang sulung sampailah yang no 4, yang bongsu tak faham pape lagi so dia selamat.
Papa lepas bagi ceramah mesti amik hati anak-anak balik.. haishhh dia pandai main jiwa n beli jiwa anak-anak. Sebab tulah anak-anak lebih rapat dengan dia.. aku?? Selalu jadi tukang bakor line, papa dorang tengah merah, kadang bila geram kita tambah minyak tanah, bagi api tu besor sikit.
Bila bebudak takut baru sikit.. sikit.. kita jirus air kat papa dorang. Tapi kadang papa dorang tengah membara tu cepat-cepat minum air, bukan apa risau mama dorang pulak yang telah minyak tanah!.
Dalam hidup ni kita kena flexible, tak boleh nak amuk anak je, ada masanya kita kena berbicara secara tenang, biar banyak kali terangkan, jangan rungut kalau anak masih sama atau kejap je berubah pastu buat balik. Normal weh. Nama pun budak. Kalau yang tua pun tak faham bahasa, so as a mother kena doakan yang baik-baik.
IKLAN
Mengamuk? Tak apa tapi kena ada had dan masanya. Kalau mak naik hantu, bapaknya kenalah tenang. Tengok kalau mak dah macam kena sampuk hantu tibai anak, pelan-pelan tarik mak ke tepi, tenangkan. Begitulah sebaliknya, jangan jadi perosak anak. Bila mak tengah marah, kat belakang bapak pulak cakap.. “haaa tak mau kawan mama yek, mama marah adik ye tadi”, Weh tu rosakkan anak!!!
Plsss ye..jangan buat macam tu, lepas marah atau tegur anak pastikan kita tenangkan balik keadaan yang tegang tadi. Bagitau anak-anak kenapa kita marah. Mulakan dengan kata-kata semangat, kata-kata yang penuh kasih sayang, tarik dan beli jiwa anak kembali dengan berkhemah.
Beri kata semangat pada anak, bukan spoilkan, so ending dia, papa belanja pergi main kat Wangsa Walk, Please jangan spoilkan anak-anak, sampai kesalahan dia buat tidak ditegur, sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri di kiss-kisskan.
IKLAN
“Terbaik Johan”
Netizen turut memuji cara kedua-dua selebriti ini mendidik anak mereka. Tak kurang juga rakan-rakan artis yang turut meninggalkan kata-kata positif. Semoga cara didikan ini akan menjadi contoh buat bapa-bapa muda lain. Cayalah Johan!
IKLAN
Kredit: @jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, anak kedua pelakon Eyra Hazali kini sudah pun berusia sebulan selepas selamat dilahirkan pada 29 April yang lalu, iaitu beberapa hari sebelum kita beraya.
Melalui Instagramnya, sempena kelahiran sebulan anak keduanya yang diberikan nama, Muhammad Endra Haqimie itu, Eyra memuat naik gambar keluarga mereka bersama.
Malah melalui entri terbaru, Eyra turut sama memuat naik beberapa keping gambar majlis aqiqah yang berlangsung pada 21 Mei yang lalu.
“My Endra is one month old today.
“My Hayder & Endra 🤍,” kongsi Eyra di kapsyennya.
Pilih tema warna putih
Pada majlis majlis aqiqah yang berlangsung meriah pada 21 Mei lalu, Eyra sekeluarga tampil anggun dan cantik dengan pakaian serba putih.
Biarpun masih berpantang, namun Eyra kekal cantik jelita bersama dua anaknya, Hayder dan Endra.
Jom intai perkongsian majlis ringkas Eyra sekeluarga.
Eyra selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie pada 29 April tepat jam 6.18 petang. Eyra turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya hingga detik melahirkan.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie.
Berdasarkan data dari Numbeo.com, Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai antara negara yang memiliki kos sara hidup terendah di dunia. Jika anda tinggal di ibu negara Kuala Lumpur, kos sara hidup di sini berada pada ranking ke-222 daripada keseluruhan 354 buah bandar dalam indeks Numbeo.com.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berkeluarga ramai, semestinya kos yang diperlukan akan menjadi lebih besar. Tambahan lagi, jika seseorang individu tersebut memiliki pendapatan yang tidak seberapa setiap bulan. Secara realitinya, kos bagi membesarkan seorang anak di Malaysia bukanlah satu kos yang kecil.
Kami kongsikan di bawah ini berkenaan dapatan kajian anggaran kos membesarkan seorang anak di Malaysia daripada bermulanya fasa kehamilan sehinggalah anak tersebut mencapai umur sekurang-kurangnya 23 tahun.
Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak. Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.
Kehamilan dan keperluan bayi
Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar. Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian. Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.
Umum mengetahui, bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan. Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka. RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut. Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi! Kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan.
Kos persekolahan kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah. Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira. Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan. Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekolah kerajaan.
Pembiayaan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi
Bagi anak-anak yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat asasi Universiti Awam atau matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos tahunan juga boleh dikatakan agak rendah kecuali kos pendaftaran pengajian. Ini kerana yuran pengajian telah diberikan subsidi dan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM350 bagi yuran pengajian dan RM360 bagi yuran penginapan setiap semester. Pelajar yang mendaftar di asasi
Universiti Awam juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,250 setiap semester bagi mereka yang layak. Antara Universiti Awam yang menawarkan program asasi ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Jika anda memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS sebagai destinasi pengajian tinggi pertama untuk anak anda, kos tahunan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali ganda daripada kos pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam atau Kolej Matrikulasi KPM.
Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kos yang diperlukan bagi pengajian di Universiti Awam adalah sekitar RM20,400 bagi tempoh setahun. Ini bergantung kepada yuran pengajian setiap semester sama ada kurang atau lebih daripada jumlah RM1,000 bagi setiap semester. Manakala bagi IPTS, ia bergantung kepada jenis IPTS itu sendiri. Bagi IPTS yang berstatus tinggi dan lebih berprestij seperti Taylor’s University atau INTI University, kosnya adalah lebih tinggi berbanding universiti atau kolej universiti swasta biasa. Jika anak anda mendaftarkan diri ke universiti-universiti luar negara yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia, kosnya akan menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang mungkin masih tidak tahu, Malaysia merupakan rumah kepada beberapa kampus cawangan universiti luar negara yang ternama. Antaranya termasuklah University of Reading dan Newcastle University (UK) di Johor Bahru, Heriot Watt University (UK) di Putrajaya, Monash University (Australia) di Subang, University of Nottingham (UK) di Semenyih dan Xiamen University (China) di Sepang.
Cadangan bagi mereka yang ingin mengurangkan kos
Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda. Antaranya adalah:
Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL
Selain itu, bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda
Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar. Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga. Gunakan kesempatan ini secara maksimum kerana kemudahan dan inisiatif yang diberikan ini sememangnya untuk kesejahteraan rakyat.
Bila anak mengamuk, kita belikan. Bila anak menangis, kita turutkan keinginan dia. Bila anak meraung, kita bagi gajet. Dari situ akan wujud tingkah laku MANIPULATIVE TANTRUM.
Dan bermulanya episod mak ayah melahirkan tuan. Anak tau, melalui amukan, tangisan dan raungan dia, dia dapat kuasai kita. Lebih-lebih lagi bila kita tunjuk muka panik.
Ini yang saya pelajari tentang Manipulative Tantrum.
1️. Penyebab utama :
i. Anak nak sesuatu yang kita tak bagi
ii. Anak nak elak buat sesuatu yang kita suruh
2️. Jadi anak perlu ‘lakonkan’ tangisan untuk capai kehendak mereka.
3️. Manipulative tantrum berbeza dengan MELTDOWN. Meltdown ni bukan ‘lakonan’. Anak sendiri terseksa untuk kawal emosi kecewa, letih dan marah mereka. Meltdown biasa terjadi pada sekitar usia 2 tahun.
4️. Macam mana nak hadapi Manipulative Tantrum?
i) Keep Calm & Stick With The Rules.
Kalau dah kata dari awal tak bagi, maka kekal bertegas. No compromise.
ii) Validate perasaan anak.
“Mama tau awak nak. Tapi maaf. Mama tak boleh bagi.”
iii) Redirect.
“Ingat tak, mama kata, mama akan bagi lepas habis makan?”
“Ingat tak, mama kata, kita datang sini nak beli roti je.”
Paling menguji, bila anak mula buat perangai tantrum ni di tempat awam.
Saat tu, persetankanlah kalau ada mata yang mula memandang serong. Teruskan berjuang jadi mak bapak yang tenang.