Saat isteri berpantang, suamilah yang menjadi tunjang utama menguruskan kedua-duanya, isteri dan bayi. Tanpa pengalaman dan asas menguruskan rumah tangga, pasti suasana jadi kelam kabut. Namun tidak kepada pelumba basikal negara, The Pocket Rocket Man, Dato’ Azizulhasni Awang yang rupanya cukup handal memasak apa lagi membantu isterinya ketika berpantang.

Menerusi Instagram isteri tersayang, isteri kepada Dato’ Azizulhasni, Athiah Ilyana Abd Samat sempat berkongsi cerita mengenai suaminya yang rupanya amat mahir di dapur.

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

“Apa benda yang paling suka dengan Dato Azizul? (Soalan from DMs)

Selain seorang yang sangat displin. Suami saya sangat pandai memasak.

“Suruh je dia masak apa sekalipun dia boleh buat,” kongsinya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Boo (@tyailyana)

Dalam pada itu, kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga, dia tidak begitu bimbang mengenai penjagaan berpantang anak ketiga nanti kerana suaminya cukup handal dan bijak menguruskan rumah tangga.

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

“Sebab tu saya tak berapa risau kalau dia yang jaga saya time pantang nanti. Roti canai dia memang terbaik! Saya sendiri tak reti nak menebor. @azizulhasniawang,” kongsinya di Instagram.

Bukan calang-calang, menebar roti canai di bumi Australia rupanya menjadi kemahiran bapa kepada dua orang cahaya mata ini kala berada di rumah. Tidak hairanlah kerja-kerja di dapur juga turut diuruskan dengan baik olehnya.

IKLAN

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

Kekal positif walaupun terpisah jauh

Walaupun masih berjauhan dan belum berkesempatan untuk bertemu dengan suami sehingga kini, namun ibu kepada Amna Maryam dan Amna Khadeja ini terus kuat dan begitu cekal berjauhan walaupun sedang hamil anak ketiga.

Katanya menerusi Instagram, apa yang dilakukannnya adalah untuk sentiasa kekal positif dan memperbanyakkan doa kepada Allah.

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

“Sentiasa berdoa, redha dengan ketentuan Allah,berfikiran positif , banyak melalukan aktiviti kerohanian & jasmani , berkawan dengan orang yang positif.

“Macam mana kekal positif bila keluarga & suami jauh berbenua?

I recevied so many Dms asking me this. Benda pertama yang saya accept ialah “Redha”. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku.

IKLAN

“Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian. Ujian ini perlukan kesabaran. Saya harus berusaha untuk mendekatiNya. Saya percaya walau dimana pun saya berada, Allah akan menjaga saya dan anak-anak.

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

” Minta lah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan. Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya.

“Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(al-Baqarah: 153),” kongsinya di Instagram.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Boo (@tyailyana)

Menarik: Elfira Loy Kongsi Amalkan Zikir Ini 100x Sehari, Kita Jadi Kurang Pemarah Pada Anak

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

“Tak Risau Dia Jaga Time Pantang Nanti” Dato’Azizulhasni Rupanya Handal Memasak, Isteri Tak Risau Nak Berpantang!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @tyailyana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI