Pelakon dan juga ibu kepada sepasang cahaya mata, Amyra Rosli berkongsi momen indah apabila menerima kejutan istimewa makan malam daripada suaminya, Amar Baharin.
Menerusi perkongsian di instagramnya itu, Amyra memuat naik sekeping foto yang sangat sweet di laman akaun instagram.
Bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini nyata cukup terharu dengan kejutan tersebut meskipun terpaksa menyambutnya di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan di seluruh negara.
“#stayathome candle light dinner by @amarbaharin..Dia rindu nak dating”, tulisnya.
Sikap Amar yang romantik ini buatkan ramai peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan berharap dengan kehadiran Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa akan mengukuhkan ikatan perkahwinan.
Sebelum ini pun, pasangan sama cantik sama padan ini memang selalu membuat kejutan. Seperti yang sedia maklum, ketika Amyra tahu dirinya hamil anak kedua pun dia hanya memberitahu ketika hari jadi Amar yang ke-34 dengan meletakkan alat penguji kehamilan dalam kotak.
Manakala ketika mengandungkan Ayra Aryssa, Amyra turut menyembunyikan dulu jantina anaknya daripada pengetahuan Amar sebelum diumumkan ketika majlis baby shower.
Sumber: IG Amyra Rosli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Tak ada masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila masa tengah baik ni.
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah. Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada org kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia. Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar. Orang lain mugkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang perempuan memang tak dapat elak daripada berleter atau membebel. Namun bagi lelaki mereka lebih suka mengambil pendirian berdiam diri jika nak marah atau ada tak puas hati.
Begitu juga dalam sebuah rumah tangga, suara isteri ibarat suara keramat kerana jika sehari tak berbunyi tak sah. Suami kena ingat, isteri membebel tandanya dia sayang. Bukan saja-saja nak cakap.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, isteri kuat bebel itu tanda dia sihat. Kalau isteri kuat termenung itu petanda yang kurang baik. Suami kena jaga-jaga ya!
Orang perempuan memang dijadikan oleh Allah sangat istimewa. Kekuatan mereka ialah pada percakapan, tidak seperti lelaki, itulah pula kelemahannya.
Cuba baca wasap ayah-ayah kita, atau wasap suami kita, bila kita wasap dia panjang-panjang, ayah atau suami akan reply “k”, “ok”, “ya”, “belum”, “👍🏻”. Yang bestnya, kadang-kadang tak reply langsung. Inilah antara pattern reply orang lelaki kebanyakannya.
Wahai wanita, bukan kerana orang lelaki tu sombong, tapi sebenarnya mereka tak tahu nak reply apa, dan tak tahu nak panjangkan kata-kata sebab kuota bercakap dia barangkali dah habis.
– Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Wanita pula boleh mengeluarkan 100 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Kuota untuk bercakap bagi seorang lelaki ialah sebanyak 7,000 patah perkataan sehari.
– Kuota bercakap bagi seorang wanita untuk sehari pula ialah 20,000-25,000 patah perkataan!
Jadi, jika suami tengok isteri diam tak seperti kebiasaannya, sila ambil cakna dan fikirkan sesuatu.
Kalau dibiarkan lama-lama dikhuatiri keadaan akan lebih mudarat. Boleh jadi isteri sedang mengalami depression. Depression sangat merbahaya bagi isteri. Cepat-cepat bawa jumpa doktor pakar ya!
Masuk sahaja bulan Merdeka, ramai mak-mak mula tercari-cari pelbagai idea kreatif. Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka.
Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada bendera Malaysia dengan cara paling pantas? Jangan bimbang! Ada cara mudah tau nak dapatkan bintang 14 bucu yang sama saiz dan bentuknya cantik seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.
“Zaman sekolah dulu, korang lukis bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut sangatlah mudah. Antara barang utama yang digunakan adalah selotaip sebagai pengukur utama selain pensel, pembaris dan pemadam.
Lukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.
Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi. Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.
Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.
Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.
Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.
Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.
Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.
Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.
Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.