Tangunggjawab sebagai insan yang bergelar ayah tetap harus dilaksanakan walaupun sudah tidak bersama isteri. Emosi anak-anak tetap harus dijaga dan keperluan mereka tetap perlu dipenuhi. 

Tiada siapa yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga yang dibina. Namun jika sudah tertulis jodoh tidak panjang, cubalah berbaik demi anak-anak dan penuhilah keperluan anak-anak dengan baik. Hubungan yang baik antara bekas suami ataupun bekas isteri akan menjadikan anak-anak membesar dalam suasana yang positif dan baik.

KISAH KU INGINKAN

“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”

Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.

Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.

Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.

Dugaan Bertunang Tu Hebat

Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.

Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.

Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.

Masa Lafaz Cerai Tak Fikir, Tapi Bila Tengok Anak Baru Lahir Terus Sebak & Rujuk!

IKLAN

Bermula Hidup Suami Isteri

Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.

Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.

Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.

Tak Dapat Kawal Emosi

Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.

Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.

Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.

IKLAN

Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.

Masa Lafaz Cerai Tak Fikir, Tapi Bila Tengok Anak Baru Lahir Terus Sebak & Rujuk!

Sampai Masa Isteri Bersalin

Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.

Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.

Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.

Anak Lahir, Terus Rujuk Balik

Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.

IKLAN

Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.

Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.

Masa Lafaz Cerai Tak Fikir, Tapi Bila Tengok Anak Baru Lahir Terus Sebak & Rujuk!

Namun Jodoh Tak Berpanjangan

Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.

Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.

Masih Berbaik Demi Anak

Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.

Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.

Salam Jumaat

Sumber: Ariff Ismail 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI