Dalam usaha mendidik anak, rata-rata ibu bapa masih lagi mencari formula sesuai. Tapi kebanyakan kita terlupa cara didikan anak yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Nak tak nak memang kita perlu panduan terbaik mengikut cara Rasulullah SAW. Kita tidak mahu nilai-nilai murni  yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri anak makin lemah sehingga tiada lagi rasa hormat pada kedua ibu bapa.

Perkongsian oleh Ummi Al-Fateh ini boleh dijadikan panduan bersama agar kita tidak menjadi ibu bapa yang gagal mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna.

Baru baru ni Ummi saje saje bukak youtube cara mendidik anak mengikut Islam, Dalam tengah mencari tu, Ummi terjumpa video ceramah oleh Ustaz Fawwaz Mat Jan. Ummi rasa menarik untuk di kongsi kepada ibu ibu dan bapa semua.

IKLAN

Didik Anak Ikut Usia. Masa Kecil Layan Seperti Raja. Bila Besar Layanlah Seperti Hamba Dan Kawan

Menurut Ustaz Fawwaz, Baginda (Rasulullah SAW) berpesan, apabila dikurniakan anak Didiklah anak mengikut usia mereka..

IKLAN

1 HINGGA 7 TAHUN

  • Layanlah mereka seperti ‘RAJA’
  • Sentiasa beri perhatian apa yang mereka perkatakan, yang mereka tunjukkan
  • Beri mereka makanan yang halal,berkhasiat
  • Bermain bersama-sama dengan mereka (bergumpal/aksi lasak) dengan cara ini akan menguatkan fizikal mereka dan membantu perkembangan minda mereka.
  • Jika mereka tantrum/buat perangai jangan sekali kali ‘naik tangan’ atau berkasar kepada mereka, Didiklah dengan cara TAULADAN iaitu tunjuk sikap/perbuatan/percakapan yang baik , supaya mereka akan mencontohi perbuatan tersebut.
  • Beri apa yang mereka mahu asalkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka(mengikut kemampuan anda) sesuai dengan usia mereka

7 HINGGA 14 TAHUN

IKLAN
  • Layan mereka seperti ‘HAMBA’
  • Ajar mereka solat ,tutup aurat (pada usia 10 tahun jika mereka tidak mahu lakukan, boleh di pukul tetapi tidak sampai mencederakan mereka menyebabkan mereka luka/cacat/buta)
  • Jika mereka minta sesuatu ,tetapi apa yang mereka minta itu tidak memberi manfaat, jangan diturutkan. Contohnya Jika mereka minta Handphone/Gadjet menyebabkan mereka malas belajar, jangan di Turutkan kehendak mereka.
  • Asingkan tempat tidur, Jika mereka sudah berusia 10tahun asingkan tempat tidur mereka diantara anak lelaki dan perempuan atau dari ibu bapa mereka.
  • Ajar mereka kebersihan kerja rumah seperti contoh Selepas makan bawa pinggan ke sinki dan suruh mereka cuci sendiri..Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.

Didik Anak Ikut Usia. Masa Kecil Layan Seperti Raja. Bila Besar Layanlah Seperti Hamba Dan Kawan

 15 TAHUN 20 TAHUN

  • Layan mereka seperti ‘KAWAN’
  • Jika mereka ada melakukan kesilapan, tegur mereka secara Direct (bukan depan adik beradik atau orang lain) -Jaga Air muka mereka
  • Tidak membeza bezakan Kemampuan mereka dengan adik beradik yang lain.
  • Pada usia ini mereka sudah memiliki ego, Jadi mereka perlu dididik macam orang dewasa.
  • Ini sahaja yang dapat Ummi kongsikan kepada semua. InshaAllah kalau ummi dapat lagi ilmu2 yang bermanfaat Ummi akan kongsi lagi yer.
  • Jika ilmu yang Ummi kongsi ni terdapat percanggahan dengan apa yang ibu ibu dan bapa Tahu, bolehlah Inbox ummi yer, nanti ummi perbetulkan.

Sumber: Ummi Al-Fateh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI