Untitled design - 2019-12-28T165310.543

Sikap ibu ayah membeza-bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain. Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza-bezakan mereka tanpa sedar. Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca kepada perasaan dengki sesama mereka.

Mungkin tak ada niat pun dalam hati kita untuk membeza-bezakan anak tapi kadangkala tanpa sedar ia berlaku sendiri. Perhatian yang lebih diberikan pada anak yang kecil membuatkan anak yang besar terasa hati. Sikap acuh tak acuh atau kurang beri perhatian kepada anak yang besar kerana beranggapan mereka sudah boleh berdikari sebenarnya satu kesilapan besar yang ramai ibu ayah lakukan!

Didik Anak Kena Adil. Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah. Risau Dengki Sesama Sendiri

Kalau kita tak perasan yang kita lakukan hal ini, jom sama-sama baca perkongisan ditulis oleh Dr Taufiq Razif ini. Semoga selepas ini kita lebih prihatin dan dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Baru ni saya terpaksa marah isteri saya.

IKLAN

“Jangan lah puji berlebih lebihan si adik tu di depan si kakak. Adik masih tak tahu apa-apa tapi si kakak tu dah boleh faham dah! ”

Saya bukan apa. Benda ni nampak je simple tapi efeknya boleh sampai ke besar.

IKLAN

Kakak yang dah terima kehadiran dan kelahiran adiknya dengan hati terbuka sebenarnya dah buat ‘pengorbanan jiwa & emosi’ yang cukup besar dah. Tak patut la kita menyakitkan jiwa dia dengan melebih lebihkan si adiknya di depan si kakak.

Sebab tu saya pesan sangat pada semua mak dan ayah. Bila balik je daripada kerja, peluk la dulu si kakak tu. Biarlah secomel apa pun baby ( si adik ) tu, si baby masih tak memahami. Yang kita kena hargai dulu adalah emosi si kakak dah faham tentang kasih sayang dan juga perhatian.

Satu lagi, be fair!

IKLAN

Bila dua orang anak tengah berebutkan perhatian kita, jangan cuma fokus eye contact dan sentuhan kita hanya pada satu anak sahaja. Belai dan fokus secara bergantian kepada keduanya.

Kita taknak timbulkan ‘hasad’ dalam anak-anak kita. Pernah tengok orang berebutkan harta pusaka selepas kematian mak ayah tak? Salah satunya adalah kerana ‘hasad’ tu dah terbentuk sejak daripada kecil lagi la tu.

Nampak simple kan? Tapi efeknya sampai la anak kita dewasa! Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita ye.

Taufiq Razif
Paling Takut Anak Dengki Sesama Sendiri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI