Anak lelaki sebenarnya punya keistimewaan tersendiri. Bagi ibu yang dikurniakan anak lelaki, itu adalah satu anugerah yang sangat bermakna. Namun, sama seperti anak perempuan, anak lelaki juga memerlukan didikan yang seimbang dan penuh kasih sayang untuk membesar dengan baik.
Dalam usaha didik anak lelaki, ibu ayah tidak seharusnya membezakan layanan atau pendekatan berbanding anak perempuan. Kedua-duanya berhak mendapat asas didikan yang sama agar mereka mampu menjadi individu yang matang dan bertanggungjawab apabila dewasa nanti.
Menurut Dr Taufiq Razif, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu ayah tanpa sedar ketika didik anak lelaki. Kesilapan ini jika tidak diperbetulkan boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi dan peribadi mereka.
5 Kesilapan Besar Ibu Ayah Perlu Elak
1. Anggap emosi anak lelaki lebih kuat
Ramai beranggapan anak lelaki lebih tahan emosi berbanding anak perempuan. Hakikatnya, kajian menunjukkan bayi lelaki lebih mudah terkesan dengan tekanan emosi ibu, termasuk ketika dalam kandungan. Ini bermakna dalam proses didik anak lelaki, perhatian terhadap emosi mereka sangat penting, malah mungkin lebih diperlukan berbanding yang disangka.
Ads
2. Anggap kerja rumah bukan tanggungjawab anak lelaki
Masih ada yang berfikiran kerja rumah hanya untuk anak perempuan. Sebenarnya, anak lelaki juga perlu dilatih sejak kecil untuk mengurus diri dan membantu di rumah. Didik anak lelaki dengan memberi tanggungjawab kecil akan membantu mereka membesar menjadi individu yang lebih berdikari dan menghargai usaha orang lain.
3. Larang anak lelaki menangis atau tunjuk emosi
“Lelaki tak boleh menangis.” Ayat ini sering kita dengar, namun ia sebenarnya sangat merugikan. Anak lelaki juga manusia yang ada perasaan. Jika emosi mereka ditekan, ia boleh terpendam dan memberi kesan buruk dalam jangka panjang. Dalam usaha didik anak lelaki, ajar mereka mengenal dan mengurus emosi, bukan menafikannya.
4. Letak harapan terlalu tinggi
Tidak dinafikan, anak lelaki sering dianggap sebagai harapan keluarga. Namun, meletakkan bebanan yang terlalu besar boleh membuatkan mereka tertekan. Anak lelaki juga ada batas kemampuan. Jika terlalu dibebani, mereka juga boleh “patah” dan hilang keyakinan diri. Oleh itu, penting untuk didik anak lelaki dengan realistik dan penuh sokongan.
Ads
5. Terlalu keras dan kasar dalam mendidik
Memang anak lelaki memerlukan aktiviti fizikal seperti bergelut atau bermain kasar secara terkawal sebagai sebahagian perkembangan mereka. Namun, itu berbeza dengan sikap ibu ayah yang terlalu keras seperti menengking atau menghukum secara melampau.
Pendekatan yang terlalu kasar boleh melemahkan emosi anak dan menjejaskan hubungan mereka dengan ibu ayah. Cara terbaik adalah didik anak lelaki dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.
Setiap anak itu berbeza, termasuk anak lelaki. Mereka mungkin nampak kuat di luar, tetapi tetap perlukan kasih sayang, perhatian dan bimbingan yang lembut dari ibu ayah. Proses didik anak lelaki bukan sekadar membentuk kekuatan fizikal, tetapi juga emosi, empati dan nilai kemanusiaan.
Ibu ayah perlu menjadi contoh terbaik kerana anak lelaki cenderung meniru tingkah laku orang dewasa di sekeliling mereka. Komunikasi yang baik, sokongan emosi dan disiplin yang konsisten adalah asas penting dalam membentuk peribadi mereka.
Didiklah dengan seimbang, agar mereka membesar menjadi lelaki yang bukan sahaja kuat, tetapi juga penuh empati, bertanggungjawab dan mampu menghadapi cabaran hidup dengan bijak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda mempunyai tabiat menggigit kuku terutamanya ketika berasa gemuruh, cemas, tertekan, atau bosan hingga menjejaskan kesihatan kuku? Ternyata kalian tidak keseorangan!
Untuk makluman, hampir 20% ke 30% daripada populasi umum mempunyai tabiat yang sama, dan tingkah laku ini juga tidaklah sebahaya seperti yang difikirkan.
Tapi jika tidak dirawat, gigitan kuku yang kronik boleh akibatkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan dan masalah kebersihan lain.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan kuku ini? Jom baca!
Mengapa saya asyik gigit kuku?
Tabiat menggigit kuku juga mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu onychophagia.
Menurut Dr. Rebecca Rialon Berry, Ahli Psikologi Berlesen dan Pengarah Tics, Tourette Disorder, and Trichotillomania Program at the Child Study Center di NYU Langone Health, tabiat ini dikategorikan sebagai body-focused repetitive behaviors (BFRBs).
Ia merujuk kepada tingkah laku dandanan diri berulang yang merosakkan kulit, rambut, atau kuku.
Jadi, kenapa anda boleh terjebak dengan tabiat ini?
keburukan menggigit kuku
Kajian menunjukkan, ia berkemungkinan ada kaitan dengan faktor genetik, tetapi sesetengah pencetus (trigger) di persekitaran; stres, kegelisahan, kebosanan, dan bentuk tekanan emosi yang lain turut mempengaruhinya.
Kadang-kadang, seseorang individu boleh terjebak dengan tingkah laku ini apabila mereka rasa terganggu secara emosi, atau kebosanan, tambah Dr. Berry.
Menggigit jari juga boleh menjadi antara salah satu medium untuk melepaskan bebanan emosi yang dirasai.
Tabiat ini biasanya tidak menyebabkan kerosakan kekal. Tetapi ia pasti mempunyai kelemahan tersendiri, seperti:
Kuku tumbuh secara tidak normal: Sekiranya tisu di sekitar kuku dirosakkan, pertumbuhannya akan terjejas, lantas menyebabkan penampilan kuku yang pelik.
Menjejaskan senyuman! Apabila kerap menggigit kuku, gigi anda juga akan mula menerima tempiasnya. Lama-kelamaan, ia mampu menyebabkan masalah rahang!
Boleh jadi punca sakit: Tangan kita adalah ‘sarang’ kuman, dan kuku adalah ‘tempat persembunyian’ yang sempurna. Apabila anda memasukkan jari ke dalam mulut berkali-kali sehari, risiko terjadi pemindahan kuman adalah tinggi.
Apa cara terbaik untuk cegah tabiat gigit kuku?
#1 Kenal pasti pencetus anda!
Sekiranya anda ingin menghentikan tabiat gigit kuku, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti pencetusnya! Kalian mungkin akan menyedari, tabiat ini sering dilakukan ketika sedang membaca e-mel, melakukan kerja, atau menonton TV.
Kata Dr. Berry lagi,
“Kami ingin melihat secara khusus perkara yang dilakukan, tempat mereka berada, orang di sekeliling, dan perasaan yang sedang dirasai.”
Kesemua elemen ini saling bersangkut paut, yang berpotensi menyumbang kepada tingkah laku tersebut. Sebaik sahaja anda dapat kenal pasti pemicunya, langkah seterusnya bakal melibatkan usaha untuk mengubah persekitaran bagi menyingkirkan faktor pencetus.
#2 Pastikan kuku sentiasa pendek
Anda mungkin akan mempunyai kecenderungan menggigit kuku apabila ia dibiarkan panjang. Maka, pastikan kuku sentiasa dalam keadaan pendek supaya tabiat tersebut dapat dikurangkan. Kuku yang pendek tidak akan dapat memberikan kepuasan yang diinginkan apabila digigit. Tambahan itu, kuku pendek lebih mudah dijaga dan secara umumnya lebih bersih berbanding kuku yang panjang.
#3 Lakukan rawatan manicure yang bagus
Inginkan alasan tambahan yang kuat untuk hentikan tabiat buruk anda? Laburkan wang untuk menjalani rawatan manicure yang bagus dan mahal di salun kuku! Apabila sudah banyak melabur untuk penampilan kuku, anda pasti tidak mahu merosakkannya dengan menggigit, kan? Walaupun kaedah ini mungkin melibatkan kos, ia mampu mengurangkan dan mencegah tabiat gigit kuku daripada melarat.
#4 Balut/tutup kuku
Sekiranya rawatan manicure masih tidak berkesan untuk menghalang diri daripada menggigit, cuba balut atau tutup kuku menggunakan pembalut luka. Perkara ini akan mewujudkan kekangan dan halangan membuatkannya mustahil untuk digigit, jelas Dr. Berry.
Tidak hanya terhad kepada pembalut luka, kalian juga boleh menjadi kreatif dengan menggunakan sarung tangan, memakai set kuku pressed on dan sebagainya!
#5 Pastikan tangan atau mulut kekal ‘sibuk’
Cara yang baik untuk menghentikan diri daripada menggigit kuku adalah dengan memastikan tangan dan mulut kekal ‘sibuk’ dengan perbuatan atau makanan.
Apabila otak dialihkan perhatian, tenaga itu akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti lain yang sedang dilakukan sama ada mengunyah gula-gula getah atau bersenam.
Selain itu, anda juga boleh cuba menukar tabiat tersebut kepada perkara lain seperti memegang atau memicit barangan tertentu seperti bebola getah atau permainan fidget.
Konklusi
Kuncinya, usah tergopoh-gapah dalam cubaan melawan tabiat buruk ini dan lakukan sedikit demi sedikit okey!
Tetapkan matlamat kecil untuk diri sendiri secara perlahan. Misalnya, cuba hentikan tabiat menggigit kuku selama beberapa hari, kemudian dipanjangkan selama seminggu.
Apabila anda makin selesa dengan perubahan ini secara fizikal dan emosi, tambah lagi tempoh masa kepada beberapa bulan hingga tabiat itu berjaya dihentikan secara kekal.
Namun, jika kaedah ini juga gagal, berbincanglah dengan doktor tentang pilihan terapi yang baik untuk bantu anda menyelesaikan masalah dihadapi.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak-anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh. Bagaimana perasaan ibu bapa itu? Dan jika anak itu masih hidup, bagaimana dia membesar dengan trauma yang kuat itu; hanya Allah yang tahu.
Bolehkah kita membendung kejadian ini dari terus menular dan menjadi ketakutan ramai ibu bapa yang terpaksa meningalkan anak-anak dengan pengasuh.
Natijah dari cabaran ini, ramai para ibu yang berhenti kerja sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini. Mungkin itu yang terbaik.
Namun, ada keluarga yang tidak mampu mengambil tindakan itu kerana tekanan ekonomi dan kemungkinan juga kerana spesifikasi kerja yang memerlukan si ibu perlu terus bekerja. Selain itu, isu single mums, juga menjadi sebab mengapa berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian bagi sesaorang ibu itu.
3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMASTIKAN PENGASUH ITU BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI.
1- Pastikan dia mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak. Ini amat penting kerana ini akan memastikan kemahiran yang dimiliki. Jika ia adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka amat penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.
Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan sesaorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Tiada kompromi!
2- Buat siasatan dan kajian sebelum sah mengambil seorang atau pusat asuhan itu sebagai pengasuh anak-anak anda.
– Lihat track recordnya. Jangan hanya dengar apa yang dia atau mereka katakan. Ingat ya, mereka di dalam bisnes. Mereka boleh kata apa sahaja agar dapat sales.
– Interview kepada ibu bapa yang juga menghantar anak mereka di situ.
– Tanya anak kecil yang diasuh tu, jika ada yang sudah pandai bercakap. (Tapi tanyalah bila pengasuh tiada di situ) dan perhatikan gerak badan anak itu. Selalunya anak-anak kecil bercakap benar. Kalau nampak mata anak itu seperti takut-takut, tandakan ia sebagai satu petanda yang anda perlu kaji lagi. Kemungkinan tempat itu kurang selamat adalah tinggi. Bertanyalah dengan anak-anak lain secara berasingan.
– Dengar dan lihat bahasa dan lihat akhlak pengasuh-pengasuh, anak-anak mereka jika ada di situ dan juga kanak-kanak lain yang diasuh. Jika bahasa dan akhlak mereka kasar, anda mungkin mahu ‘cancel’ sahaja niat anda untuk menghantar anak anda di situ. JANGAN ambil mudah perkara seperti ini jika mahu anak anda berakhlak mulia. Jika mahu
3- Pantau Berkali kali. Sekiranya anda sudah yakin itulah tempat atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa. Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar atau lebih baik minta seseorang yang anak anda tidak kenal untuk datang membuat pantauan.
Walaupun kita telah memilih tempat atau orang itu untuk kita tinggalkan anak kecil kita, kita masih bertanggungjawab memastikan keselamatan anak kecil kita yang masih belum tahu apa-apa. Oleh itu pantau selalu dari semasa ke semasa. Terutama jika ada perubahan pekerja dan sepertinya.
Ini point tambahan yang sangat penting untuk anda lakukan;
Bila ambil anak balik.
-Buka mata dan lihat keadaan tempat itu. Dengarkan ‘bahasa’ yang digunakan. Adakah pengasuh masih boleh berbahasa berlembut dengan anak-anak asuhannya dan anak-anaknya sendiri? Jika tidak ini suatu yang perlu diselidik lagi.
– Balik rumah, terus check seluruh badan anak anda. Peka terhadap mood anak anda. Jika ada nampak kesan lebam atau yang sepertinya; maka selidik bagaimana ianya berlaku, jika anak itu sudah boleh bercakap. Jika tidak, esoknya tanyalah kepada pengasuh itu.
Tak mengapa jika anda nampak cerewet. Jika pengasuh itu baik, mereka sendiri akan sangat prihatin dan ingin tahu apa sebenarnya dan mereka akan berhati-hati. Jika sebaliknya, maka anda perlu terus pantau.
Ada yang merasakan kalau sudah pilih pengasuh maka tawakal sahaja lah. Oh, ini sangat bahaya. Tawakal bukan bermaksud ‘tidak mengikat tali unta itu’. Kita tetap perlu terus berusaha memastikan keselamatan anak-anak kita. Membuat ‘checking mechanism’ itu bukan bermaksud kita tidak percaya. Itu bermaksud kita prihatin.
Kisah Benar #1
Seorang ibu mengadu yang anak perempuannya, 2 tahun di dapati asyik mengesel kemaluannya ke lantai.
Setiap kali dia mahu menghantar ke pengasuhnya, anak kecilnya akan menangis dan tidak mahu. Dan dia akan kata “ Abang tu buat!” dalam bahasa telurnya.
Mujur ibunya bertindak pantas dan berhenti menghantar dia ke pengasuh itu. Kini anak kecilnya tidak lagi menangis untuk dihantar ke pengasuh yang baru.
Apa yang terjadi semasa di pengasuh yang pertama itu, Allah sahaja yang tahu. Dalam ilmu Ibu yang sedikit ini, Ibu nampak tanda-tanda kemungkinan besar anak itu kemaluannya telah ‘disentuh’ oleh abang yang dia takut itu!
Kisah Benar #2
Seorang datuk, ditangkap kerana didapati mencabul cucunya sendiri yang ditinggalkan untuk dijaga neneknya. Konon, setiap kali cucu itu hendak tidur, dialah yang akan membawa cucu itu tidur. Tapi rahsia apa yang dilakukannya semasa itu akhirnya terdedah bila si ibu anak itu mahu memandikan anaknya itu, mendapati kemaluan anak perempuannya itu berbau sangat kuat seolah-olah ada luka.
Dia lantas membawa ke hospital dan di dapati anak kecil 4 tahun itu telah dicabul oleh datuknya sendiri. Apa yang lagi menyedihkan adalah si nenek itu sebenarnya tahu tetapi tidak berdaya menghalang tabiat buruk suaminya yang telah lama dipunyai oleh suaminya!
Perlu Bekerja
Memang kita sedih dan tersentap membaca cerita begini dan merasakan ia mungkin tidak akan terjadi kepada kita. Namun, tidak ada ruginya jika kita cerewet akan hal begini.
Bila anda membaca ini, kemungkinan anda merasakan bahawa takut untuk tinggalkan anak anda dengan pengasuh.
Itu bukan matlamat perkongsian Ibu ini. Perkongsian Ibu ini bermatlamat agar pembaca akan tahu bagaimana untuk memastikan tempat asuhan yang anda tinggalkan anak-anak anda itu yang baik dan anak-anak anda selamat.
Anda perlu bekerja. Tidak kiralah kerana apa. Namun, pucuk pangkalnya anda perlu bekerja. Pergilah kerja dengan hati yang tiada was-was kerana anda telah memilih pengasuh yang bertanggung-jawab, baik akhlaknya dan menjaga keselamatan anak-anak anda.
Berdoa
Satu perkara yang PALING PENTING untuk anda lakukan setiap hari adalah BERDOA kepada Allah dan minta Allah jaga anak-anak anda. Minta dari Allah agar anak-anak mu dijauhi dari mereka yang tidak bertnaggung-jawab.
Kita boleh mengambil segala langkah ajaib, namun langkah berdoa kepada Allahlah yang paling utama. Kerana tidak bergerak sebiji zarah sekali pun kecuali dengan izin Allah.
Allahlah yang menjaga anak-anak kita sebenarnya. Maka pohonlah daripadanya. Pohon anak-anak kita senantiasa selamat dari segala musibah dan penganiayaan Pohonlah agar hati pengasuh anak-anak kita itu ikhlas menjaga anak-anak kita. Doakan kebaikan untuk pengasuh anak-anak kita itu juga.
Hargai Pengasuh yang baik.
Dan sebelum Ibu mengakhiri perkongsian Ibu ini; pesanan Ibu, jika anda sudah menjumpai pengasuh yang baik, maka hargailah dia. Layan dia atau mereka baik-baik. Mereka adalah insan yang didatangkan kepada anda untuk memudahkan anda melakukan urusan hidup anda seharian. Itu rezeki yang sangat besar dan Allah telah berpesan;
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini, dilindungi Allah segala musibah samada berbentuk perkara yang dikongsikan atau yang lain.
Semoga sayang yang membaca ini dilimpahi rahmah dan dapat mewujudkan Syurga di rumah. Yang membawa kepada rumah di Syurga.
Salam Sayang.
Kredit: Ibu Rose, Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat kedegilan sesetengah rakyat malaysia, Perdana Menteri malam ini menjelaskan sebab-sebab kenapa perintah kawalan pergerakan dikeluarkan. Ikuti perutusan yang disampaikan oleh beliau.
PERUTUSAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PERDANA MENTERI 18 Mac 2020
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya hormati.
Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wabak COVID 19 di negara kita. Hari ini terdapat 117 kes jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 sebanyak 790.
Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.
Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini. Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan
dan kilang ditutup.
Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja. Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.
Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.
Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family.
Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur.
Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan.
Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.
Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.
Saudara-saudari,
Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.
Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID19. Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virus ini. Inilah tujuannya.
Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan wabak ini adalah tinggi.
Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah. Stay at home and protect yourself and your family. Saudara-saudari mungkin bertanya. Kalau duduk di rumah sahaja, bagaimana dengan keperluan harian? Bolehkah pergi ke pasar? Atau kedai makan?
Jawapannya boleh. Pasar masih dibuka. Tetapi amalkan penjagaan kesihatan yang rapi. Elakkan bersentuhan dengan cara menjarakkan diri anda daripada orang lain dan sentiasa bersihkan diri. Basuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh mandi dengan lebih kerap supaya badan sentiasa bersih.
Kedai makan juga dibuka. Tetapi untuk mengelakkan risiko jangkitan, saudara-saudari tidak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau lebih baik gunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah atau home food delivery service.
Dengan cara ini, saudara-saudari tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli makanan.
Jangan pula gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak. Jangan saudara-saudari. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan melepak dengan kawan-kawan di restoran, di kopitiam, di pusat hiburan atau di mana-mana tempat yang boleh mendedahkan
Saudara saudari kepada jangkitan wabak COVID-19. Di kampung-kampung saya tahu ini musim kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari, termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah perhimpunan ramai, antaranya
kenduri kahwin.
Jadi, kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tetapi majlis kenduri jangan buat dulu. Tangguhkanlah. Apabila keadaan telah bertambah baik, buatlah kenduri untuk anak kesayangan.
Saya fikir anak tuan-tuan dan saudara-mara yang dijemput hadir faham masalah besar yang sedang kita hadapi ini. Jangan malu, jangan segan.
Beritahulah tetamu yang telah dijemput bahawa kenduri kahwin yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana masalah COVID 19. Saya percaya mereka akan berterima kasih kepada tuan-tuan kerana prihatin tentang kesihatan para tetamu.
Ini adalah antara perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil, tetapi amat penting untuk dilakukan. Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diamdiam di rumah. Stay at home.
Nampak mudah dan remeh. Tetapi sebenarnya inilah perkara penting yang saudara-saudari mesti lakukan untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Sebagai Perdana Menteri, saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua.
Saya memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan saudara-saudari sekalian untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara kita.
InsyaAllah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran kita semua, saya berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya mengatasi krisis ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.