Dalam keadaan sekarang, untuk mendidik dan membesarkan anak memang satu cabaran besar buat ibu bapa. Apatah lagi perlu berdepan perkembangan pesat teknologi canggih termasuk gajet yang banyak memberi pengaruh kepada pemikiran anak.

Perkara ini secara tidak langsung memaksa ibu bapa berfikir secara kreatif dalam memastikan didikan yang seimbang dengan pembentukan sahsiah dan jati diri anak sesuai mengikut peredaran zaman.

Bagi memastikan anak-anak seimbang akhlaknya, perlu didedahkan dengan sifat prihatin dan bersyukur dengan apa yang mereka ada dalam kehidupan seharian. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mendedahkan anak terlibat dalam program kemasyarakatan, membantu atau menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik dan semai semangat untuk bekerjasama walau berada di mana saja.

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!Melalui cara ini, secara tak langsung ibu bapa boleh menanam sifat prihatin dan kasih sayang dalam diri anak-anak kepada insan lain terutamanya kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ibu bapa juga perlu tahu, kejayaan anak bukan semata-mata dari aspek akademik, malah jiwa anak juga perlu diisi dengan didikan agama agar mereka dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk sekali gus mampu melahirkan generasi prihatin, berkeyakinan tinggi, cintakan Allah serta Rasul.

IKLAN

Sebagai permulaan ke arah penglibatan anak untuk aktiviti kemasyarakatan, ibu bapa boleh cuba membiasakan anak untuk bersedekah. Walaupun tak banyak, tapi bila amalan ini selalu dilihat dengan sendirinya mereka faham.

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!Antara salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu menyalurkan bantuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Peduli Insan diwujudkan pada tahun 2011, bermula dengan nama Syria Di Hatiku, dan didaftarkan semula pada tahun 2018 menggunakan nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mesasarkan bantuan melangkaui sempadan.

IKLAN

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!Kini mempunyai cawangan di Shah Alam dan Pulau Pinang di dalam Malaysia serta pejabat di Turki dan utara Syria, Peduli Insan mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia sekiranya ada kes-kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera. Antara bantuan yang disalurkan di dalam negara Malaysia adalah bantuan keperluan bagi kes-kes kecemasan kesihatan, bantuan makanan serta keperluan seperti bantuan pasca banjir dan juga ketika pandemik Covid-19 yang telah membuat ramai rakyat Malaysia terjejas. Selain itu, Peduli Insan juga konsisten menjadi badan penggerak bantuan kepada negara-negara bergolak akibat peperangan seperti Syria, Palestin, Yaman dan Pakistan hasil sumbangan dan sikap dermawan rakyat Malaysia.

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!Untuk maklumat lanjut kempen-kempen yang sedang digerakkan oleh Peduli Insan atau ingin menghulurkan sumbangan boleh layari

Website: www.peduliinsan.org
Facebook: https://www.facebook.com/peduliinsan.my
Instagram: https://www.instagram.com/peduliinsan.my

IKLAN

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!

Buat pengetahuan semua, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia juga terpilih dalam kategori Pertubuhan Amal Pilihan Pa&Ma untuk Jenama Pilihan 2022.

Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!

Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, sedikit sebanyak ia boleh mendidik ahli keluarga dengan semangat melakukan kebaikan serta belas kasihan kepada pihak yang kurang bernasib baik. Paling penting mendidik jiwa anak-anak untuk lebih bersyukur dengan kehidupan yang dilalui. Sifat belas kasihan boleh dipupuk dengan mengajar anak untuk bersatu dan saling menyokong melalui semangat perpaduan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI