Diet, kawal stress dan ambil ubat yang dipreskripsi oleh doctor pakar antara usaha yang dilakukan wanita ini bagi mendapatkan cahaya mata.
Anak pelengkap rumah tangga. Setiap wanita yang berkahwin tentu mahukan kehadiran cahaya mata. Perkongsian Puan Noor Inora Putri ini boleh dijadikan panduan bagi wanita yang berusaha mendapatkan cahaya mata. Berikut ialah perkongsiannya;
PERLU SENTIASA POSITIF
noorinora Hahaha jangan terkejut! Nora tak pregnant okay tapi Nora nak share since ramai tanya Nora how to get pregnant walaupun berbadan besar and period tak teratur. Sejujurnya Nora rasa bukan faktor berat sahaja kut sebab yg kurus2 pun ada yang susah jugak conceive so Nora it’s actually depends on kita nya hormones and also lifestyle and paling penting kita kena selalu positive ok?
Ok Nora sikit tips few months before Nora berjaya pregnant ok semoga bermanfaat untuk semua!
Ads
DIET UNTUK RINGANKAN BADAN
Few months before dah ready nak try for second baby kalau ade perasan after raya last year tuh Nora ada la start diet sikit just nak ringankan badan heheh sebab raya makan tak ingat dunia.
HAID TIDAK TERATUR TAPI BUKAN PCOS. DOKTOR CADANG 2 UBAT
And then Nora nya period tak regular jenis yang 6 bulan sekali so doctor suggest untuk Nora makan dua ubat ni, masa concieve Oya pun Nora consume ubat ni. But doctor tak diagnose Nora bukan Polycystic ovary syndrome (PCOS). Tapi papepun sila consult doctor on dosage to consume ok?
Ads
1. Duphaston ( untuk turunkan period, tapi some ada consume Duphaston ni untuk kuatkan rahim. Ada dua functions so kena consult doctor )
2. Clomid ( untuk release telur ovum kita. Yang ni pun kena consult doctor jugak sebab dia ikut weight kita etc ade certain dosage )
3. Ovulation Kit ( yang ni sangat penting pls beli sebab nak tentukan waktu ovulation kita. Nora usually test every night and lepas dah 4-5 days after period )
4) Make suremood kita masa fertile window tu kita kena happy je.
JANGAN OVERSTRESS
Tapi Nora rasa yang paling penting is kita jangan overstress ourselves sebab nak pregnant. To be honest masa Nora awal2 kahwin dulu pun stress jugak sebab lambat pregnant walaupun around 6 months camtu tapi once Nora macam forget about the stress, Alhamdulillah lekat with Oya.
Ads
FAHAMI KONSEP ALLAH AKAN BERI PADA MASA YANG SESUAI
Yang penting kita just enjoy our lives and kena faham konsep Allah S.W.T akan bagi rezeki at the right time. Ada yang maybe cakap saya dah ready tapi belum ada rezeki tapi kena cepat2 ingat balik yang Allah S.W.T dah aturkan yang terbaik untuk kita. ❤️ .
Semoga sharing ini bermanfaat and Nora doakan untuk semua yang masih menunggu cahayamata akan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. InshaaAllah
Kehadiran anak dianggap penguat dalam hubungan rumah tangga. Namun bagi pasangan yang berkahwin rezeki memiliki anak bukan di tangan kita sendiri. Semua itu dah ditentukan oleh Allah.
Bagi yang mudah seawal beberapa bulan kahwin pun dah dapat keputusan mengembirakan tetapi bagi yang diuji dengan sedikit ujian, ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk memeluk seorang zuriat.
Percayalah setiap usaha yang dilakukan dengan niat dan bersungguh-sungguh pasti ada manisnya di hujung walaupun diawal terasa perit untuk melaluinya.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Thokha Muhammad mengenai pasangan ini berjaya hamil selepas melalui prosedur yang dilakukannya buatkan ramai yang sebak.
Pakar Perbidanan & Sakit Puan itu berkongsi sebuah rakaman video mengenai sepasang suami isteri yang akhirnya bakal menimang cahaya mata setelah hampir 11 tahun menanti zuriat.
“Is this real? Wow 11 years of waiting to see this double line for the first time. Unspeakable joy,” tulisnya.
Menerusi rakaman tersebut, pasangan ini seolah-olah macam tak percaya dengan berita yang dikongsikan oleh Dr Thokha sehinggalah si suami bangun dan terus memeluk isterinya dengan linangan air mata.
Sebagai tanda terima kasih si suami telah meluahkan rasa gembiranya dengan melakukan sujud syukur dalam bilik rawatan sejurus selepas keputusan ujian kehamilan disahkan oleh doktor.
Posting berkenaan mendapat komen netizen dan rata-rata turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan yang terbaik buat pasangan terbabit.
Sebaknya 11 tahun tunggu Allah bagi hadiah paling mahal
Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin
Alhamdulillah syukur Ya Allah! Tahniah buat pasangan suami isteri ni. Setelah lalui pelbagai dugaan akhirnya Alllah gantikan dengan berita gembira yang ditunggu selama ini. Semoga bayi dalam kandungan dan ibu selamat serta sihat.
Melewati Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada Khamis lalu pastinya cukup terhibur melihat perkongsian Siti sepanjang majlis pelancaran produk terbarunya, Beaukids Aafiyah dan juga sambutan hari lahir Aafiyah yang sudah pun berusia tiga tahun.
Namun apa yang menjadi tumpuan wargamaya pastinya anak sulung Dato’ Siti, Aafiyah yang kelihatan cukup comel dengan busana serba merah jambu.
Meneliti beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Dato’ Siti, gaya dan raut wajah Aafiyah kini saling tak tumpah seperti ibunya di masa kecil.
Dan ianya turut diakui oleh seluruh peminat Dato’ Siti di Instagramnya. Kata mereka, seolah-olah melihat gambar Dato’ Siti ketika kecil. Comel sekali.
Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah, tidak kurang juga yang menggelarkan Aafiyah sebagai ‘Mini Tokti’
Bukan itu sahaja, bahkan kehadiran Aafiyah yang muncul selepas majlis pelancaran berlangsung mula mencuri tumpuan semua. Hadir menaiki kereta Ferrari kecilnya, Aafiyah kelihatan cukup manis, bak puteri yang dinantikan semua.
Tulisan Aafiyah 19 yang tertera pada kenderaan yang dinaiki Aafiyah merupakan simbolik kepada tarikh lahir puteri kesayangan Datuk K dan Dato’ Siti.
Majlis dua acara ini berlangsung dengan cukup meriah mengikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Dato’ Siti yang kini sarat hamil lapan bulan berharap proses kelahiran anak keduanya nanti berjalan dengan lancar pada bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat, anak dalam kandungan juga sihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah.
” Saya akan berpantang dan berharap pandemik akan segera selesai agar dapat bekerja seperti biasa selepas ini, ” kata Siti ringkas.
Dalam pada itu, si comel Aafiyah juga khabarnya akan muncul bersama Siti mendendangkan lagu-lagu menerusi Medley Klasik Siti (1) yang turut dilancarkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !