Sebak dan luluh hati seorang ibu apabila anak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu ditemukan lemas di sebuah anak sungai di Kampung Kuridak Gerama, Beaufort, Sabah pada Ahad.
Jumpa 500 meter dari rumah
Mohd Qyis Azhar Abdul Halim ditemukan pada jam 10.20 pagi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 5.45 petang Sabtu.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dari BBP Beaufort.
“Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan kenduri dan mangsa didapati telah hilang selain pintu rumah berada dalam keadaan terbuka.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan pada hari yang sama dengan menyelusuri sungai dan kawasan kebun kelapa sawit namun operasi ditangguhkan apabila mangsa tidak ditemui.
Ads
Anjing pengesan turut digunakan bagi mengesan bayi 18 bulan yang dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, Beaufort pada Ahad.
“Operasi kemudian disambung semula pada pagi Ahad sebelum jasadnya ditemui di anak sungai dalam keadaan terapung di celah daun keladi dan kangkung,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohammad Hasbullah berkata, SAR mengesan seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, dan SAR masih sedang dilakukan.
“Operasi mencari mangsa menggunakan bantuan dua anjing pengesan dari unit K9 bagi pencarian di darat dan satu lagi di sungai.
Ads
“Keluasan kawasan pencarian sejauh dua radius kilometer dan setakat ini mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Jude Angel berusia 18 bulan hilang dipercayai tersesat di hutan atau terjatuh ke sungai berikutan kawasan rumahnya berhampiran dengan sungai.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj melalui kesukaran untuk hamil dan mengambil masa 10 tahun sehingga mendakap anakanda sulung, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Kata Permaisuri berjiwa rakyat ini, baginda disifatkan oleh Alhmarhum ayahandanya sebagai anak yang kuat. Bonda kepada lima putera puteri ini melihat nendanya, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad sebagai dirinya.
“Kerana Tok (nenda) saya sendiri, Almarhum Sultanah Tun Aminah selepas 12 tahun berkahwin baru mendapat cahaya mata. Jadi saya melihat diri Tok sebagai seseorang yang memberikan semangat,” kata baginda permaisuri berlinangan air mata menahan sebak.
Mengimbas kembali bagaimana perjuangan nendanya itu mendapatkan cahaya mata, ia sungguh menginspirasikan permaisuri berusia 58 tahun ini.
“Bukan sahaja 12 tahun, 6 gugur. Melahirkan anak setahun kemudian meninggal. Hamil dan bersalin kemudian setahun kemudian meninggal dunia lagi.
“Ayahanda saya adalah anakanda yang keempat. 12 tahun berumahtangga barulah Nenda memperolehi cahaya mata yang hidup,” kata Tunku Permaisuri Agung.
“Saya seolah-olah seperti nenda saya sendiri di mana saya mengalami 6 keguguran dan melahirkan 6 anak. Kalau tidak saya sudah ada 12 orang anak manakala nenda pula 13 orang anak,” kata baginda.
DAHULU TAHUN 1920AN TIADA LAGI RAWATAN KESUBURAN
Kata Permaisuri kesayangan rakyat Malaysia ini, baginda turut cuba merasakan cabaran yang terpaksa dilalui nendanya.
“Jadi bila saya lalui ini semua, saya fikirkan nenda saya juga. Perkahwinan nenda pada tahun 1920, pada usia 14 tahun. Anak gugur dan anak meningga dunia. Nenda alami kesukaran mendapatkan anak. Agaknya masa tu sains perubatan tiada rawatan. Hanya pada tahun 1932, barulah seorang cahaya mata hidup iaitu Almarhum ayahanda saya,” ungkap baginda.
NENDA DAN SAYA TIADA BEZANYA
Puteri ketiga Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ini menganggap apa yang berlaku kepada nendanya adalah apa yang pernah dilalui dulu, tiada beza.
“Saya fikir jika nenda saya boleh melalui semua ini, tiada bezanya antara saya dan nenda. Ayahanda saya selalu berkata “Azizah macam Tok. Susah (dapatkan anak).”
Baginda Permaisuri Agung juga turut berkongsi kepahitan yang terpaksa didepani dalam usahanya mendapatkan zuriat. Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi amat prihatin dengan apa yang dilalui puterinya.
“Macam mana ye, menangis bila balik. Apabila selesai rawatan, dua minggu kemudian kita akan mengetahui keputusan sama ada mengandung atau tidak. Dalam dua minggu tu hati berdebar-debar tapi apabila mendapat keputusan, negatif mengandung.
“Saya menangis patah hati. Jadi ayahanda saya merasa lebih bila dia tengok tu. (Baginda Permaisuri Agung sebak)
TAK SANGGUP TENGOK AZIZAH DERITA…
“Saya ingat lagi semasa lahirkan anak kembar, Almarhum memberitahu saya. “Azizah cukuplah. Abah tak sanggup tengok Azizah derita lagi.”
“Setiap kali saya membuat treatment dia tahu apa yang saya lalui. Saya ke Singapura dan balik kena baring selama 6 bulan.
“Azizah, Tuhan dah kurniakan Azizah 4 anak, cukuplah. Abah tak sanggup tengok Azizah derita,” kata Almarhum.
Tapi rezeki sudah tertulis buat ibu cekal ini. DYMM Permaisuri Agung akhirnya hamil sendiri tanpa rawatan pada tahun berikutnya. Apa yang dikatakan Alharhum ayahanda baginda, itulah berkat sabar.
Paling manis ialah apabila Almarhum ayahandanya mengatakan dia adalah anak yang paling kuat dan diuji. Doa bapanya selalu mengiringi.
YAYASAN FERTILITI TUNKU AZIZAH
Pengalaman mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata, permaisuri berjiwa rakyat ini telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu pasangan kurang berkemampuan mendapatkan cahaya mata.
“Saya ada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah kerana saya tahu susahnya nak dapat anak. Dan anak saya seramai 4 orang pun daripada rawatan IVF. Saya buat tu apabila saya nak lancarkan buku masakan. Saya ditanya ke manakah saya nak salurkan hasil jualan meja-meja.
“Masa tu lah tercetusnya idea. Saya kata saya nak buat yayasan untuk menolong mereka berpendapatan rendah yang tak mampu untuk membayar kos rawatan infertiliti yang mahal iaitu RM20 ribu hingga RM30 ribu. Jadi apa yang Allah kurniakan kepada saya, saya nak beri balik untuk menolong,” kata baginda.
60 PASANGAN AKAN DIHANTAR MEMBUAT RAWATAN KESUBURAN
Alhamdulillah saya ada 115 cucu dan Insya Allah bulan depan, sempena hari keputeraan Tuanku yang ke 60, saya ingat saya nak hantar 60 orang untuk membuat rawatan. Raja Permaisuri Agong turut memberitahu ia masih dalam peringkat mesyuarat.
“Yang saya hantar beratus juga couple trough the years. Itu yang saya terima hasil daripada jualan buku dan makan malam amal, 100 peratus memang disalur untuk yayasan ini. Saya tidak kira bangsa dan agama tapi pasangan tersebut mestilah berkahwin dan bergaji terkumpul RM5,000 ke bawah,” kata baginda.
BERI HARAPAN KEPADA PASANGAN 35 TAHUN KE ATAS
Dalam pemilihan, baginda menumpukan kepada pasangan yang pada peringkat usia 35 tahun hingga 43 tahun.
“Saya selalu tumpukan kepada pasangan yang berumur 35 tahun ke 43 tahun untuk memberikan peluang dan harapan yang lebih. Yang muda-muda saya kata tunggu sekejap. Tapi ada juga yang muda tetapi bila kita tengok surat daripada doktor report 30 tahun kahwin pun tak akan mengandung.
“Dan masalah kesuburan ini bukan masalah isteri sahaja, 50% daripadanya adalah daripada suami. Lelaki juga ada masalah.”
Antara kriteria kelayakan ialah;
Jika memenuhi kriteria :
Pasangan hendaklah melengkapkan dan menandatangani borang permohonan berserta borang penilaian Pakar Sakit Puan.
Terdapat beberapa lagi peringkat dan prosedur perlu dilalui. Untuk keterangan lanjut boleh melayari Portal Diraja Pahang > TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION (TAFF).
"Semua tahu bagaimana susahnya saya nak dapat anak. Empat anak saya hasil rawatan IVF.Saya sembilan tahun lebih kahwin pun macam hendak putus asa, 17 kali buat rawatan. Setiap kali saya mengandung, saya kena baring enam bulan tak turun daripada katil," kata Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.
“JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO)
“Pengawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti itu kesan baharu dilahirkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya di lokasi berkenaan.
Katanya, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan sesuai.
Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari HSA pada Rabu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari. JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat,” katanya.
JKM katanya, berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Anak OKU dibuang dalam terusan dipenuhi buaya, suami isteri anggap membebankan. Seorang wanita di selatan India, ditahan kerana didakwa membuang anak lelakinya yang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ke dalam terusan dipenuhi buaya selepas bertengkar dengan suaminya.
The Independent yang memetik media tempatan melaporkan mayat budak lelaki mengalami masalah pendengaran dan pertuturan itu ditemukan dalam keadaan berkecai di terusan di daerah Uttara Kannada di negeri Karnataka pada Ahad.
Pegawai polis, Inspektor Krishna Barakeri berkata kepada Hindustan Times, ibu budak itu, Savitri, 32, menyalahkan suami Ravi Kumar, 36, kerana memaksanya membuang anak mereka di terusan berkenaan.
Suaminya menganggap anak mereka sebagai beban dan mereka sering bergaduh mengenainya. Savitri mendakwa suaminya menyeksa mental dan menyuruh membuang anak mereka ke dalam terusan dipenuhi buaya itu.
“Selepas pertengkaran yang memuncak berhubung perkara sama, Savitri didakwa membuang anaknya ke dalam terusan yang mengalir ke Sungai Kali an dipenuhi buaya sekitar jam 9 malam,” katanya.
“Suami saya kerap berkata demikian, berapa banyak seksaan yang anak saya boleh tahan? Di mana saya akan pergi untuk berkongsi kesakitan saya,” katanya memetik rakaman percakapan kepada polis.
Jiran pasangan itu menghubungi talian kecemasan dan pihak polis menghantar penyelam untuk mencari kanak-kanak OKU itu.
Tetapi operasi mencari terpaksa ditangguhkan sehingga keesokannya kerana hari sudah gelap.
“Cebisan mayat budak lelaki itu ditemui di rahang buaya dan sudah diambil selepas buaya itu ditangkap,” kata polis.
Mangsa yang mati dalam keadaan mengerikan itu mengalami kecederaan parah dengan kesan gigitan di pelbagai anggota badan, malah lengan kanannya hilang.
Savitri, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dan suaminya, Ravi seorang tukang ukiran batu sudah ditahan atas tuduhan membunuh, kata polis.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Anak introvert tidak semestinya tidak pandai berkawan. Ketahui ciri-ciri, perkembangan sosial serta 10 cara berkesan membantu anak lebih yakin bergaul tanpa memaksa mereka.