Ads

Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Hamil Kena Tahu Risiko Bersalin Terlalu Cepat!

Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Hamil Kena Tahu Risiko Bersalin Terlalu Cepat!

Bayangkan baru beberapa minit bertolak ke hospital, tiba-tiba ibu sudah terasa hendak meneran. Belum sempat sampai ke bilik bersalin, bayi sudah pun dilahirkan dalam kereta!

Ada ibu terpaksa menahan sakit bersalin hampir 20 jam sebelum melahirkan bayi. Namun, ada juga yang baru beberapa jam merasakan kontraksi, tiba-tiba bayi sudah mahu keluar.

Kenapa ada ibu mengambil masa begitu lama untuk bersalin, sedangkan ada yang langsung tidak sempat sampai ke hospital?

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, keadaan ini dikenali sebagai Born Before Arrival (BBA), iaitu kelahiran bayi sebelum ibu sempat tiba di fasiliti bersalin yang dirancang.

Walaupun bersalin cepat kedengaran lebih mudah, keadaan ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Hamil Kena Tahu Risiko Bersalin Terlalu Cepat!

Apa Itu Born Before Arrival (BBA)?

Born Before Arrival atau BBA merujuk kepada kelahiran yang berlaku sebelum ibu tiba di hospital atau pusat bersalin yang dirancang.

Dalam bidang perubatan, terdapat juga keadaan dikenali sebagai precipitous labour, iaitu proses bersalin terlalu pantas, lazimnya dalam tempoh kurang tiga jam selepas kontraksi teratur bermula.

Bagaimanapun, bukan semua kes BBA berlaku kerana proses bersalin terlalu cepat.

Ada ibu yang tinggal jauh dari hospital, menghadapi kesesakan lalu lintas atau lambat menyedari tanda awal bersalin.

Kenapa Ada Ibu Bersalin Terlalu Cepat?

Menurut Public Health Malaysia, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan kemungkinan ibu melahirkan bayi sebelum sempat tiba di hospital.

Ads

Antaranya:

  • Pernah bersalin terlalu cepat. Ibu yang mempunyai sejarah kelahiran pantas lebih berkemungkinan mengalaminya sekali lagi.
  • Pernah melahirkan beberapa orang anak. Proses bersalin mungkin berlaku lebih cepat berbanding kelahiran pertama.
  • Bayi bersaiz kecil. Dalam keadaan tertentu, saiz bayi yang lebih kecil dikaitkan dengan kelahiran pantas.
  • Rumah jauh dari hospital. Masalah pengangkutan atau kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan ibu tidak sempat mendapatkan bantuan.

Namun, faktor ini tidak bermaksud seseorang ibu pasti mengalami BBA. Sebab itulah ibu yang pernah mempunyai pengalaman bersalin terlalu cepat perlu berbincang dengan doktor lebih awal mengenai masa yang sesuai untuk bergerak ke hospital apabila tanda bersalin bermula.

Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Hamil Kena Tahu Risiko Bersalin Terlalu Cepat!

Bersalin Cepat Nampak Mudah, Tapi Ada Risiko!

Sesetengah ibu mungkin menganggap proses bersalin singkat lebih baik kerana tidak perlu menahan sakit terlalu lama.

Namun, kelahiran tanpa bantuan petugas kesihatan terlatih boleh meningkatkan risiko komplikasi.

Risiko Kepada Ibu

Antara risiko kepada ibu:

  • Pendarahan selepas bersalin.
  • Koyakan pada saluran kelahiran.
  • Masalah pengeluaran uri.

Risiko Kepada Bayi

Risiko kepada bayi pula termasuk:

Ads
  • Kesukaran bernafas.
  • Hipotermia atau suhu badan terlalu rendah.
  • Risiko jangkitan.

Bayi baru lahir mudah kehilangan haba badan, terutama jika dilahirkan dalam kereta berhawa dingin tanpa segera dikeringkan dan dihangatkan.

Dalam keadaan kelahiran berlaku di luar hospital, ibu dan bayi juga mungkin tidak mendapat pemeriksaan serta rawatan segera sekiranya berlaku komplikasi yang tidak dijangka.

Ibu Hamil Kena Peka, Ini Cara Elak Bersalin Dalam Kereta!

Bagi mengurangkan risiko BBA, ibu hamil disarankan membuat persediaan lebih awal.

1. Maklumkan Sejarah Bersalin Kepada Doktor

Jika pernah mengalami kelahiran terlalu cepat, beritahu doktor atau jururawat semasa pemeriksaan antenatal.

2. Jangan Tunggu Kontraksi Terlalu Kuat

Hubungi hospital apabila kontraksi semakin kerap, kuat dan teratur, terutama jika mempunyai sejarah bersalin pantas.

Bagi ibu yang pernah bersalin dengan cepat, jangan tunggu sehingga sakit menjadi terlalu kuat atau timbul dorongan untuk meneran sebelum mendapatkan nasihat petugas kesihatan.

3. Rancang Perjalanan Ke Hospital

Sediakan beg bersalin, kenal pasti laluan perjalanan dan pastikan ada pengangkutan alternatif.

Ads

4. Jangan Abaikan Tanda Amaran

Jika air ketuban pecah, berlaku pendarahan atau pergerakan bayi berkurang, segera hubungi fasiliti kesihatan.

Persediaan awal amat penting, terutama bagi ibu yang tinggal jauh dari hospital atau mempunyai sejarah kelahiran pantas. Pastikan juga pasangan atau ahli keluarga mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya proses bersalin bermula secara tiba-tiba.

Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Hamil Kena Tahu Risiko Bersalin Terlalu Cepat!

Dah Rasa Nak Meneran Dalam Kereta, Apa Perlu Buat?

Jika ibu merasakan dorongan kuat untuk meneran dan bayi seolah-olah hampir keluar, jangan paksa diri meneruskan perjalanan. Berhenti di tempat selamat dan segera hubungi talian kecemasan 999.

Jika bayi sudah dilahirkan sebelum bantuan tiba, ikut arahan petugas kecemasan. Sekiranya bayi bernafas normal, keringkan badannya, lakukan sentuhan kulit ke kulit bersama ibu dan selimutkan kedua-duanya supaya kekal hangat.

Walaupun ibu dan bayi kelihatan sihat, kedua-duanya tetap perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Public Health Malaysia 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Fatima Makin Rapat Dengan Adik, Fattah Amin Syukur Lihat Kasih Sayang...

Fattah Amin syukur melihat Fatima semakin rapat dengan adiknya, Muhammad Jarir Umar. Fatima juga teruja mahu memperkenalkan adiknya dalam TikTok.