Disangka bengkak susu, rupanya kanser payudara stage 3, kemudian disahkan stage 4. Allah beri sign melalui bayi yang baru dilahirkan ketika itu. Luahan ibu, Puan Siti Mastura, 35 tahun dari Brunei apabila sedih kerana tak dapat meneruskan penyusuan susu ibu, berita yang paling sedih daripada berita sakit yang dialaminya. 

Disangka Bengkak Susu, Rupanya Kanser Payudara Stage 4! Allah Bagi Sign Melalui Anak Yang Masih Menyusu

Saya ada dua org anak, alhamdullilah. Sepasang, anak sulung perempuan 5 tahun, yang baby sekarang dah nak masuk 1 tahun 11 bulan. Nama baby kedua saya Muhammad Aidan Bin Hj Md Fadhil.

Masa mengandung dalam 2 bulan, saya mulai sakit belakang, ingatkan saya letih daripada kerja sebagai guru, saya pun heran kenapa awal-awal pregnancy tu dah sakit belakang, selalunya bila hampir-hampir nak melahirkan barulah perut dah berat baru rasa sakit belakang.

BENGKAK SUSU

Selepas melahirkn, seperti biasa bengkak susu, anak saya tidak berapa mahu menyusu bahagian yang sakit itu. Maybe Allah dah bagi sign pada anak, yang bahagian itu sakit. Itu yang saya faham. Bengkak susu berbulan-bulan. Sakitnya MasyaAllah… Allah saja yang tahu. Tidur tak tentu, segala usaha yang orang cadangakan untuk bengkak susu dilakukan. Namun masih sakit, demam datang. Air mata dan doa tidak putus-putus mengharapkan kesembuhan sepanjang saya sakit.

Disangka Bengkak Susu, Rupanya Kanser Payudara Stage 4! Allah Bagi Sign Melalui Anak Yang Masih Menyusu

KANSER STAGE 3

Kawan baik saya yang mencadangkan saya untuk ke hospital. Saya ke hospital, nurse di sana berusaha menolong saya. Bengkak itu masih ada. Jadi doktor suruh saya membuat scan dan biosy. Sebelum mereka beritahu hasil daripada scan itu pun dalam sminggu.

Disangka Bengkak Susu, Rupanya Kanser Payudara Stage 4! Allah Bagi Sign Melalui Anak Yang Masih Menyusu

Harapan dan doa tidak putus, mengharap kesembuhan dan tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Setelah itu mereka mengesahkan saya, masa itu, saya, suami dan anak saya yang masih bayi saya bawa mendengar result doktor. Doktor dengan tenangnya memberitahu saya yang ada kanser payudara stage 3.

Saya balik-balik bertanya kepada doktor. Betul ke doktor? Ya Allah.. hanya air mata belinangan. Melihat suami dan anak saya yang masih baby di depan saya. Dia sendiri tidak terkata apa-apa hanya dengan tenang menenangkn saya. InsyaAllah sayang.. It’s going to be ok… Allah ada.

TIDAK BOLEH MENYUSU LAGI

Biasa saya lihat atau mendengar berita ini daripada org lain. Dan pada hari itu, saya dpt benda yg org slama ini geruni. Sedih hanya Allah yg tahu. Doktor terus bgtau yg saya perlu mengambil ubat dan saya tidak boleh menyusukan anak lagi.

Pada masa itu, Ya Allah.. Berita mengenai saya ada kanser dengan doktor mengarahkn untuk berhenti menyusu. Saya lebih sedih berita mengenai saya perlu stop menyusukan anak saya. Sedih sangat. Balik daripada hospital, saya mencari merata-rata tempat botol-botol yang anak saya mahukan. Sebab saya tidak boleh menyusukn bayi saya lagi. Melihat anak saya menangis tidak mahu menyusu botol, hancur hati saya melihat anak saya. Dia menangis sehingga kepenatan dan tertidur tanpa meminum sedikit pun susu.

Tapi dengan izin Allah, allah permudahkan. Walaupun susah, dalam hati saya “Maafkn mommy sayang… Mommy tidak dpt menyusukn Aidan”

Kanser Stage 4

Hari pertama saya hendak menjalani chemo, doktor mengarahkan saya menjalani MRI, sebab saya bagitahu saya ada sakit belakang. Dari result mri itu, rupanya kanser itu dah melarat ke tulang belakang saya dan doktor mengesahkn saya sudah stage 4. Alhamdulillah. Syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucapkan syukur pada tuhan.

AMALKAN SURAH AL-MULK SEBAGAI PENAWAR

Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat.

Sentiasalah periksa payudara anda, kerana payudara itu mahkota setiap wanita. Kalau ada rasa sakit, segera berjumpa pakar.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI