Ada segelintir ibu bapa apabila menimang cahaya mata rasa sayang nak cukur rambut anak yang lebat sampai botak. Alasannya nanti rambut anak lambat tumbuh.
Sebenarnya jika dikutkan ia sunnah dan seharusnya dicukur. Perkongsian dari Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh ini sangat bermanfaat.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan ya.
Ads
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Ads
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan yang baru.
Ads
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas 😉
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu. Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan. Ikuti penerangan doktor ini.
Dr Farhanah, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beberapa info mengenai perihal tersedak susu.
Hari ini saya cuma nak share. Setiap kali saya dapat anak, one of my biggest fears is tersedak susu. Biasa berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah, sebab baby ni salur pernafasan dan salur makanan yang terletak bersebelahan masih pendek, bayi pulak kerap jeluak/muak, tinggi risiko susu masuk ke salur pernafasan dan peparu.
Jom kita tengok 5 langkah keselamatan untuk kurangkan risiko tersedak susu:
Bila menyusukan bayi terutama menggunakan botol, jangan pilih lubang puting yang besar. Terlangkupkan botol berisi susu, kalau susu menitik tanpa ada hisapan, maksudnya puting ni tak sesuai terutama untuk bayi 6 bulan ke bawah.
Bila flow susu terlalu laju, baby boleh terkejut. Bila baby terkejut, salur pernafasan dia akan terbukak sikit. Baby boleh hilang kawalan antara proses bernafas dan menelan. So susu yang laju tadi boleh mengalir masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan tersedak susu.
2. JANGAN TINGGALKAN BAYI SENDIRIAN BILA MENYUSU
Kadang-kadang sesetengah parents/pengasuh tinggalkan botol susu dalam mulut baby. Bagi baby 3 bulan ke bawah, disendal dengan kain supaya botol tak jatuh.
Bagi baby 4 bulan pulak kadang dibiar pegang sendiri botol susu dalam mulut sampai baby tertidur.
INI SANGAT BAHAYA!
Bila flow susu ni berterusan, kadang susu terkumpul dalam mulut baby. Dan bila baby nak bernafas, susu tadi boleh termasuk ke dalam peparu dan menyebabkan ️tersedak susu.
Bagi yang menyusukan dengan botol, cara betul adalah pegang/dakap baby dengan meninggikan sikit kepala baby 45 darjah.
Botol susu pun perlu condong sikit untuk make sure bahagian depan botol dipenuhi susu. Kalau botol mendatar, bahagian depan ada angin, so baby akan hisap susu + angin. Hisap banyak angin,️ baby lebih senang muntah dans seterusnya tersedak susu (lebih-lebih lagi bila muntah dalam tidur).
3. JANGAN OVERFEEDING
Untuk bayi yang menyusu badan, boleh bagi breastfeeding on demand. Risiko tersedak susu lebih rendah untuk bayi yang menyusu badan, tapi masih ada.
Untuk bayi yang diberikan susu formula terutamanya, elakkan overfeeding.
Sesetengah ibu/pengasuh bagi susu setiap kali bayi menangis, walaupun belum sampai sejam baby baru menyusu.
Ada ibu yang bagi sampai 4-5oz susu formula untuk bayi baru lahir!
Secara amnya boleh rujuk jadual di bawah untuk keperluan susu bayi.
Ada juga ibu yang terpaksa akur bila orang tua-tua cakap anak “tak puas susu” sebab “tercari-cari”, padahal anak baru saja lepas diberi susu.
Rujuk post tentang reflex menghisap di sini:
Mama papa jangan lupa saksikan rancangan TV Pa&Ma Musim Ke-3 Selasa ini,29 Januari 2019 dengan tajuk Stres Di Kalangan Kanak-Kanak pada jam 12 tengah hari & ulangannya 9 malam. Banyak kupasan menarik tentang stres di kalangan kanak-kanak akan dikongsikan untuk anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa ada pendekatan sendiri untuk didik anak-anak. Ada yang anggap tegas dan garang tu baru anak takut dan jadi ‘orang’. Ada pula lebih berlembut dengan anak dengan harapan anak tahu ibu bapanya sayang.
Sebenarnya dalam bab mendidik anak ini, ibu bapa perlu tahu ASAS terlebih dahulu. Walaupun kita dah ada anak lebih dari seorang tak bermakna kita dah berjaya sebab setiap anak tak sama. Sebab itu penting kita sama-sama belajar dan perbaiki diri sepanjang masa agar anak-anak membesar dalam persekitaran yang lebih positif.
Seperti perkongsian Puan Wawa Shauqi, ada 4 gaya parenting memberi kesan pada masa depan anak jika tak diperbetulkan dari awal.
“Jangan manja-manja sangat anak ni. Kena jadi garang sikit. Kalau tak, besar esok jadi besar kepala.”
Saya angguk. Saya senyum. Ingat saya ni tak garang ke. Ada masa nanti saya mengaum la kak. Kata saya dalam hati.
Akak yang cakap ni, memang sangat terkenal dengan kegarangannya. Tapi saya perhati, bila anak menangis, dia kalah. Segala kehendak anak dia turuti.
Saya tak berniat untuk jugde. Tapi saya tau kes anak sulung beliau yang tak bersekolah dan ugut suruh beli moto.
Ada satu konsep yang saya rasa akak ini tak faham. TEGAS DAN GARANG. Macam sama. Tapi ia 2 perkara yang berbeza. Tegas tak perlu jadi garang. Garang pun, belum tentu mampu bertegas.
Kita ni, nak jadi mak ayah, pilihlah jadi mak ayah yang penyayang. Peluk, cium, cakap baik-baik. TAPI, bila bab agama, adab dan peraturan BERTEGASLAH.
Tak guna kalau kita garang, tapi bab peraturan kita longgarkan. Anak ni dia tau nak test boundary kita. Kalau dia tau mak ayah sejenis kalah dengan tangisan, tangisan itu akan dia guna untuk langkau boundary yang mak ayah tetapkan.
Kalau dia tau mak ayah kalah dengan ugut, maka dia akan gunakan kuasa ugut untuk memanipulasi kita.
Tapi kalau kita berpegang pada konsep LOVE & FIRM, kita peluk ciumlah anak kerap mana sekalipun.
Bila rules kata tak boleh, tetap tak boleh. Lama kelamaan anak tau, boundary takkan boleh dilangkaui. Dan mereka akan usaha hormat dengan peraturan yang ditetapkan.
Cium, peluk, puji, cakap lembut-lembut takkan bukan punca anak besar kepala. Tapi memanjakan dengan memberi segala yang anak mahukan tanpa peraturan dan sempadan, mungkin boleh jadi punca.
Nabi Muhammad contoh terbaik bagaimana kelembutan dia terhadap kanak-kanak tak langsung menggugat kaliber Baginda. Saya pegang nasihat dari Ibu Rose ni. Be a LOVING & FIRM parent.
Jangan kekok untuk peluk cium. Jangan lokek untuk puji. Jangan geli untuk cakap lembut-lembut.
Kita besarkan seorang manusia. Yang penuh dengan sifat kasih sayang. Bukan pembuli atau pembenci. yang kerjanya menghentam dan memaki.
Kasih sayang dan perhatian yang kita bagi, insya Allah melengkapi keperluan mereka untuk rasa selamat, dimiliki dan disayangi.
Moga dengan asbab ni, anak kita tak perlu buat perangai untuk meraih perhatian. Atau tak tersesat dalam dakapan buaya daratan. Hanya kerana laparkan kasih sayang.
Mahupun terjerat dengan ketagihan games gajet dan bahan terlarang, untuk penuhi jiwa yang kosong.
Saya takut nak menghadapi zaman remaja anak-anak saya. Tanyalah mana-mana ibu bapa. Atau flashback diri kita zaman remaja.
Mana-mana kerja gila yang pernah kita buat, banyak jadi waktu usia kita sedang remaja.
Tapi kerisauan saya berkurang bila membaca. Bahawa cabaran menjadi mak ayah seorang remaja boleh dikurangkan dengan mengisi keperluan emosi dan mental mereka pada awal-awal kehidupan anak-anak.
Jadi kawan bila mereka perlu bercerita. Jadi coach bila mereka terbuat silap. Jadi motivator bila mereka perlukan nasihat.
Bukan jadi bos yang memberi arahan. Atau ditaktor dalam meletakkan peraturan.Saya bukan ibu sempurna. Anak saya pun bukan baik mana. Tapi saya sedar cabaran membesarkan anak tidak semudah dengan hanya buat andaian sendiri. Saya yakin, dengan ilmu, kita dapat kurangkan diri dari buat silap yang kita akan sesali.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan sememangnya dilihat sebagai suami yang cukup penyayang buat isteri dan dua anak-anaknya. Melewati instagramnya, Saharul dilihat sering berkongsi kisah kehidupannya bersama anak-anak tidak terkecuali berkongsi kisah hidupnya bersama permata hati kesayangan, isteri tercintanya, Qaabila Deena Emir.
Terbaru, bapa dua anak ini turut berkongsi beberapa tip dalam rumah tangga. Malah menerusi satu entri ringkas di instagram, Saharul turut berkongsi cara-cara berkasih sayang dalam rumah tangga yang diamalkan bersama isterinya. Inilah rasa bahagia yang dimilikinya.
“Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah”.
Begitu kongsinya di instagram. Menariknya tip yang dikongsikannya ternyata amat dekat dengan kita malah bersahaja.
1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!”
2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat-kuat dalam bahasa Melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan.
3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar.
4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu.
5. Mendengar dengan sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan.
6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut.
7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah.
Begitu perkongsian tujuh tipnya diinstagram. Kata Saharul lagi, dengan berkongsi tip semacam ini sedikit sebanyak dapat menerbitkan lagi rasa cinta buat pasangan.
“ Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya cinta,” kongsinya lagi.
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan kini pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri kehidupan mereka, Muhammad Luth Ali, 2, Fateema Azzahra yang baru berusia 3 bulan.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.