Polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang kanak-kanak perempuan hampir diculik lelaki berjubah dan berkopiah di Kampung Krubong, Melaka pada petang Khamis (16 Jun).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung insiden itu daripada bapa mangsa berusia 45 tahun.

Baru balik mengaji, lelaki tak dikenali tarik masuk kereta

Menurutnya, berdasarkan laporan tersebut, dua kanak-kanak perempuan serta seorang anak saudaranya sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh individu lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah.

Ditegur Lelaki Jubah Putih Berkopiah. Adik Nyaris Diculik, Kakak Sempat Tolong

“Difahamkan kira-kira jam 6 petang, tiga kanak-kanak balik mengaji dan mereka telah ditegur oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna perak.

IKLAN

“Lelaki terbabit dikatakan menarik tangan anak kedua pengadu berusia enam tahun masuk ke dalam kenderaan sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian terus pergi ke rumah ibu saudara berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Ujarnya, bapa mangsa juga memaklumkan terdapat orang awam yang sempat mengecam nombor pendaftaraan kenderaan suspek.

“Bagaimanapun hasil semakan dua jenis nombor yang dilihat saksi mendapati ia adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.

“Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mendapati, dua jenis nombor pendaftaran kenderaan yang dicam saksi berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda,” katanya.

IKLAN

Ditegur Lelaki Jubah Putih Berkopiah. Adik Nyaris Diculik, Kakak Sempat Tolong

Suspek naik kereta Persona warna perak

Mengulas lanjut beliau berkata, saksi juga mengesahkan Proton Persona berwarna perak yang dinaiki suspek bercat hitam di bahagian pintu pemandu.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berdekatan.

IKLAN

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kamun Keseksaan kerana cubaan culik,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Ditegur Lelaki Jubah Putih Berkopiah. Adik Nyaris Diculik, Kakak Sempat TolongUntuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI