Ibarat diberi peluang kedua untuk bernafas..Ya Allah, saya bersyukur sangat..” Demikian kongsi Puan Nadia Nozula mengenai pengalamannya yang terpaksa ditidurkan (intubated) ketika ingin melahirkan cahaya mata keempat, selepas disahkan positif Covid-19.
Ibarat diberi peluang kedua
Mengimbas kembali pengalaman bersalin yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya itu, Nadia Nozula berkata dia pada mulanya mengalami simptom seperti demam dan batuk selama seminggu sebelum melakukan ujian calitan (swab).
“Waktu itu saya hamil 36 minggu. Mula-mula saya demam selama seminggu. Selepas demam, bertambah satu lagi gejala iaitu batuk. Jadi saya terus buat swab test. Bagi saya, sebenarnya agak terlambat juga bertindak.
“Bila sah positif Covid-19, saya dimasukkan ke wad untuk pemantauan kerana hamil. Saya dimasukkan ke hospital pada 17 Disember. Doktor terus buat pemeriksaan lanjut untuk tengok virus dah merebak sejauh mana.
“Keputusannya, paru-paru saya penuh dengan warna putih.. bermakna dah merebak seluruh paru-paru. Doktor beri bantuan oksigen paling kuat sebab waktu tu saya batuk pun sakit. Siap meracau-racau.
“Doktor beritahu suami, saya kena ditidurkan. Masa dengar, saya jadi takut. Saya fikir mati je. Saya tanya doktor, saya boleh sedar balik tak? Doktor cakap 50-50. Saya fikir, ‘dapat ke aku besarkan anak-anak.’
“Doktor bagi saya call family dulu dan minta mengucap sebelum tidurkan. Masa call family, sedih sangat-sangat,” cerita wanita berusia 36 tahun ini.
Bayi negatif Covid
Ads
Senang disapa Nadia, wanita ini berkata dia ditidurkan pada malam hari yang sama dimasukkan ke wad dan bersalin secara pembedahan petang keesokan hari.
Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, bayinya dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan disahkan negatif Covid-19.
“Saya sedar pada 21 Disember kira-kira tiga hari selepas ditidurkan. Bila dengar pengalaman wanita lain yang ditidurkan, ada yang berminggu, berbelas-belas hari ditidurkan dan ada juga kes yang meninggal dunia.
“Tapi Allah uji saya ditidurkan dengan hanya tiga hari. Ya Allah..ujian aku sekejap saja dibandingkan dengan yang lain.
“Syukur sangat-sangat sampai nak menangis. Masa mula-mula sedar, ingatan macam blur, mamai. Nak taip mesej pun kena fikir panjang. Nombor telefon pun tak ingat. Saya call semua orang sebaik sedar.
Ads
“Saya tak boleh tengok baby langsung. Saya discaj hari ke-10 selepas bersalin dan dua hari kemudian, baru baby keluar,” ujar wanita yang menetap di Gua Musang, Kelantan ini.
Jadi cepat penat
Lebih sebulan melahirkan bayi bongsunya, Raja Muhammad Danial Raja Khairul Nizam, Nadia berkata dia bersyukur tidak mengalami simptom ‘post Covid-19’ yang teruk.
Sebaik sedar, dua malam saya tak boleh tidur langsung..hanya berjaga saja. Alhamdulillah sekarang semakin pulih dan sihat. Cuma kadang-kadang penat sikit.
“Doktor kata mungkin ambil masa selama enam bulan untuk normal seperti biasa.
Ads
“Saya sama sekali tak sangka video perkongsian pengalaman saya viral di TikTok. Rupa-rupanya, di ruangan komen, ramai yang lalui pengalaman sama malah ada yang lebih lama ditidurkan.
“Untuk ibu mengandung, cepat-cepat ke hospital kalau positif Covid-19. Ada yang pilih kuarantin di rumah sebab kalau pergi di hospital, takut ditidurkan. Sebenarnya ditidurkan itu adalah ikhtiar.
“Bila di hospital, kita dipantau dan boleh tahu sejauh mana kuman merebak. Kalau duduk di rumah, kita sangat berisiko sebab tak tahu situasi sebenar,” ujarnya lagi.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir tiga minggu bersalin, wajah anak comel, pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy dinantikan oleh peminatnya.
Terbaru, menerusi perkongsian terbaru, Fasha Sandha yang juga kakak kepada Elisya turut memberi bayangan wajah anak adiknya itu persis anak perempuannya, Aisha Amaira yang kini berusia satu tahun lebih.
Malah kata Fasha lagi, hampir 90 peratus wajah Bunga sama seperti anaknya dan apabila keduanya membesar kelak boleh dianggap seperti kembar.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh share lagi, tapi muka bunga 90 percent muka Aisha.
Nanti besaq jalan sama orang kata kembaq Aisha,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian beberapa keping gambar terbaru, Aisya Amaira yang dilahirkan pada Ogos 2020 ini cukup comel, secantik ibunya.
Malah kongsi Fasha lagi, dia bersyukur kini adiknya Elisya semakin bertambah sihat. Malah baby Bunga juga kini membesar dengan baik di bawah jagaan insan tersayang, ibu mentuanya, Sheila Rosli.
“Syukur alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak.
“Thank you Natalis Mothecare yang memudahkan proses berpantang adik bongsuku,” tulis Fasha.
Selepas dua minggu kelahiran Baby L, kemunculan Scha Alyahya di Instagramnya sering dinantikan seluruh peminatnya. Mana tidaknya, hari demi hari, wajah Baby L yang bakal dikongsikan oleh Scha atau Awal begitu dinantikan.
Tidak mahu peminat tertunggu-tunggu, Scha tampil berkongsi beberapa keping fotonya namun masih tidak mendedahkan wajah bayi keduanya itu kepada umum.
Satu hantaran Scha menerusi Instagramnya beberapa hari lepas membuatkan peminat Scha teruja malah memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Menariknya walau hanya berkongsi gambarnya sambil berbaring menidurkan bayinya. Walaupun tanpa mengenakan sebarang olesan pada wajah, Scha kelihatan cukup cantik dan sempurna.
“They say sleep when your baby sleeps hmmmkayy,” kata Scha selepas menidurkan bayinya.
Pun begitu, kecantikan Scha ketika di dalam pantang lebih menarik perhatian peminatnya. Terbaru menerusi satu entri berlainan, Scha turut menyatakan dia bernasib baik kerana filter membantunya kini.
“All i can say..Instagram filter saved my life,” kongsinya lagi.
Meninjau di Instastory miliknya, Scha dilihat sering berkongsi mengenai kisah berpantangnya. Tidak terkecuali bertanyakan kepada peminatnya mengenai menu berpantang dan sebagainya untuk dirinya ketika berpantang.
Malah rutin berpantang ibu cantik ini juga banyak dipenuhi dengan berurut dan bertungku yang menjadi kegemarannya.
Bagi peminat Scha dan Awal, jangan lupa menyaksikan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria pada setiap Khamis jam 9.30 malam. Malam ini pula, Scha sudah pun dibenarkan pulang ke rumahnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah ibu mesti dapat 20oz ke atas baru boleh berjaya dalam penyusuan?
Adakah dengan hanya dapat 12-15oz sehari ibu tak mampu berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu hingga cukup 2 tahun?
Adakah ibu yang mampu hasilkan lebih dari 40oz sehari confirm boleh berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun?
Adakah dengan sekali perah hanya dapat 3oz ibu tak mampu melengkapkan penyusuan untuk anak mereka?
Saya yakin ramai ibu yang keliru untuk memberi jawapan BETUL atau SALAH pada persoalan di atas..kerana tiada satu jumlah oz pun yang mampu menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.
Semuanya bergantung pada KEPERLUAN ANAK..ya dengan mengetahui berapa oz yang anak perlukan setiap hari barulah ibu boleh merancang perjalanan penyusuannya agar lebih lancar dan sempurna.
Sebab itulah saya katakan tiada satu jumlah oz pun yang WAJIB atau MESTI ibu perolehi kerana setiap orang keperluan anaknya berbeza. Ada ibu yang anaknya cuma perlukan 12oz saja sehari tapi ada ibu seperti saya yang perlukan 32oz untuk anak sehari.
Jadi anda tidak perlu atau jangan sesekali BANDINGkan hasil kita dengan orang lain, jangan pernah persoalkan kenapa ibu lain boleh dapat lebih sedangkan dengan hasil yang anda perolehi mampu cukupkan keperluan anak anda hari ini.
Saya ambil contoh :-
1. Anak anda perlukan 3oz x 6 botol sehari..ada masa kesemua 6 botol habis, ada masa ada balance 1 botol..jangan kira yang minimum tapi ambil kira jumlah maksimum 18oz.
2. Jadi, jumlah hasil yang anda perlu dapat MESTILAH sekurang2nya 18oz..jika lebih alhamdulillah tp jika tidak cukup usahakan untuk mencukupkan keperluan itu sebaiknya..hasil yang dimaksudkan bukan hanya jumlah hasil di pejabat sahaja tapi termasuk hasil perahan waktu subuh dan sebelum tidur..untuk memastikan hasil tersebut cukup untuk keperluan anak adalah dengan cara :-
***Pam sekurang2nya 5 sesi sehari Sesi 1 : 5.00pg/5.30pg Sesi 2 : 10.00pg/10.30pg, Sesi 3 : 1.00tgh/1.30tgh, Sesi 4 : 4.00ptg/4.30ptg Sesi 5 : Sebelum tidur
3. Jika dari 6 botol tadi anda bekalkan ( 4 botol chilled, 2 botol frozen) maka anda guna 3oz x 2 : 6oz dari stok frozen sehari..pastikan anda ganti sekurang2nya 6oz setiap hari..JANGAN SESEKALI biarkan yang keluar lebih banyak dari yang masuk..jika yang dibekukan lebih dari 6oz alhamdulillah.
4. Untuk ibu yang hasil setiap hari ngam-ngam saja untuk anak..cara menambah stok beku sedia ada ada boleh dilakukan dengan 2 cara :-
***CARA 1 (Dapat simpan lebih banyak) : Pastikan semua hasil perahan hari terakhir KHAMIS/JUMAAT dibekukan..jadi keperluan hari Isnin anda kumpul sepanjang 2 hari cuti hujung minggu..katakan anak perlukan 18oz bahagi dgn 2 hari anda perlu dapatkan sehari 9oz bahagikan pula dgn 2 sesi (awal subuh dan sebelum tidur) satu sesi anda perlu dapatkan 4.5oz katakan hasil pagi dapat hanya 3oz anda perlu tambah sesi pada waktu lain untuk dapatkan baki yang masih belum cukup sama ada pam waktu lain atau lakukan tandem pumping.
***CARA 2 : Pastikan semua hasil perahan waktu cuti hujung minggu dijadikan stok beku.
Usaha perlu bermula dari awal lagi..jangan kesah berapa oz yang anda perolehi setiap sesi yang PENTING jumlah keseluruhan dari kesemua sesi mengepam anda sama atau lebih dari jumlah yang anak anda perlukan..jika masih juga tidak cukup try check :-
1. Jadual pam 2. Sparepart pam / Jenis pam 3. Jumlah air yang diminum 4. Emosi
Betulkan keempat-empat ini dahulu sebelum give up atau pilih susu gantian untuk anak anda..jangan mengalah sebelum kalah! Teruskan perjuanganmu.
TAK PERLU BANYAK YANG PENTING CUKUP UNTUK ANAK!
Noorfazila Binti Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang
Kaunselor Laktasi Bertauliah Anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.