Selalunya ibu bapa akan tertanya-tanya apa aktiviti yang sesuai untuk bagi anak tak bosan dirumah. Ini kerana anak-anak bila dah tiada aktiviti, pilihannya hanya menonton TV dan suka tengok gajet.
Jika ibu ada masa di rumah dengan anak-anak, cuba buat sesuatu yang lain daripada yang lain untuk cipta keseronokan. Bukan saja bermain tapi anak dapat belajar. Nak tahu apa DIY menarik untuk aktiviti anak, Puan Azyyati Azmi kongsikan aktiviti matematik tap secara santai.
Jom kita DIY aktiviti anak untuk subjek matematik. Bahan dia pun senang dapat dan mudah. Selamat mencuba.
Ok, bahan untuk DIY ‘counting board’ ialah:
1) Kotak
2) Penutup botol air
3) Hot glue gun
4) Pom pom/guli/batu (kedai ECO shop ada)
Ads
Aktiviti hari ni Ayyra buat praktis mengira menggunakan pom pom. Ok bahan dia, ummi DIY guna bahan terbuang je. Dah la jimat lepas tu mudah dan senang untuk disediakan.
Aktiviti ni bagus untuk membantu anak-anak kita membina dan memberi pemahaman mereka dalam mengenal pasti nombor serta kuantiti.
Ads
Ummi percaya ramai anak kita boleh mengira 1-50 bahkan 100 dengan lancar tetapi berapa ramai yang betul-betul faham jumlah kuantiti dengan nombor tersebut?
Jadi, kat sini ummi gunakan pom pom sebagai bahan maujud untuk Ayyra gunakan sewaktu mengira agar dia lebih memahami konsep mengira dengan tepat. Selain pom pom, ibu ayah boleh gantikan dengan benda lain seperti batu atau guli.
Ads
Selain tu, ibu ayah boleh gunakan penyepit untuk memindahkan pompom ke dalam bekas. Dalam masa yang sama boleh tingkatkan kemahiran kordinasi mata-tangan anak. Sekaligus meningkatkan daya fokus mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak salahkan siapa jika anak mula bersikap kurang ajar dan susah nak dengar kata bila dengan ibu bapa sendiri. Renungkan! Ini lah yang dah terjadi dalam masyarakat hari ini.
Dalam masa sama, anak yang mula bersekolah juga sudah pandai melawan guru sehingga langsung tiada rasa hormat. Situasi ini cukup meresahkan dan rata-ratanya bimbang dengan sikap anak-anak sekarang.
Malah perkongsian oleh Prof Dr Muhaya juga mengambarkan ibu bapa sekarang meletakkan pendidikan dunia nombor satu berbanding pendidikan berasaskan al-Quran yang sepatutnya dimartabatkan.
Sedih baca ni. Amat benar sekali. Dari rakan. Jom renungkan dan lihat apa ilmu kita beri pada anak-anak kita. Apakah membahayakan atau menyelamatkan mereka dari seksa di dunia dan akhirat?
Jangan salahkan pelajar yang semakin kurang ajar..Ini salah sistem meletakkan dunia untuk dikejar dan asas akhirat bukan keutamaan untuk dibelajar.
Ibnu sina mengaji agama dan hafal quran dulu baru menjadi ahli fizik
Ibnu khaldun mengaji agama dan hafal quran dulu baru menjadi ahli sosiologi
Umar Abd.Aziz mengaji agama dan hafal quran dulu baru menjadi pemerintah yang adil
Al-Khawrizmi menghafal quran dulu sebelum menjadi pakar matematik
Dan di zaman kita..Dr.Afifi Akiti berpengajian sekolah pondok sehingga sekarang menjadi pensyarah di Universiti Oxford.
Kesemua cendekiawan Islam belajar akhirat dahulu baru belajar bab dunia tapi sistem kita sekarang dah terbalik dan memang direka sebegitu rupa untuk melemahkan umat Islam.
Kembalilah sistem pendidikan asal mengutamakan al-Quran dan sunnah sebagai asas pendidikan barulah diajar dengan pendidikan sains, matematik dan sebagainya.
Sekolah akademik diutamakan dan sekolah agama dikelas keduakan. Maka tidak hairan juga jika mahkamah sivil menjadi yang teragung dan mahkamah syariah hanyalah picisan ini semua hasil sistem pendidikan yang kita amalkan.
InshaAllah jika ilmu akhirat menjadi teras pendidikan nilai akhlak dan ilmu yang tinggi akan dapat diterapkan oleh anak bangsa kita. Cikgu-cikgu dah tak pening kepala lagi dengan sikap anak-anak yang semakin tidak boleh diajar. Jangan kita biarkan anak bangsa kita dimanipulasi dengan sistem pendidikan berorientasikan barat..Inilah hasil jangka masa panjang mereka.
Kenapa anak 1 tahun 6 bulan ke bawah menangis sangat kuat bila tak nampak ibu atau penjaganya? Dikatakan anak berperangai buruk bila dengan ibunya.
Bagi anak berumur 1 tahun 6 bulan ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.
Otak bawah sedang berkembang
Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.
Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa keselamatannya tergugat. Itu yang buat dia menangis. Itu bukan manja. Jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan normal seorang kanak-kanak.
Menangis untuk berkomunikasi
Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk berkomunikasi dan menyampaikan keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.
Ibu risau, bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja, maka dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi. Ia sangat memberi kesan pada perkembangan psikologinya.
Tidak didik dengan kasih sayang
Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih-sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik tanpa meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.
Perlu perbetulkan kelakuan anak
Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah. Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan.
Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu telah berusia 4 tahun keatas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.
“children raised with reasons become reasonable”
Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahmai ini bukan kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada permissive dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu…apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’ …Kelemahan Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.
Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka. Setuju?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada anak-anak yang dilahirkan memang mempunyai bakat dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebayanya. Bersyukur dan bertuahlah si ibu ayah. Tetapi sejauh mana kita tahu yang anak kita mungkin mempunyai kebolehan luar biasa berbanding kawan-kawannya?
Kadangkala kita tak perasan pun mengenai pencapaian dan kebolehan si anak. Pada anggapan kita ia adalah perkara biasa dan mungkin dicapai oleh semua kanak-kanak seusia mereka. Ini kerana ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah berkesudahan.
Makanya sebagai ibu bapa, kita hendaklah lebih prihatin dan berinformatif mengenai perkembangan kanak-kanak. Jika anak kita mempunyai tanda-tanda yang dia dianugerahkan bakat dan kebolehan luar biasa maka ibu ayah sepatutnya memberikan sokongan dan perhatian supaya kebolehan mereka akan lebih berkembang dengan positif.
Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda istimewa atau kebolehan luar biasa pada seseorang kanak-kanak mungkin membantu anda mengenali potensi diri si kecil.
Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:
1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.
2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.
3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.
4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.
5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.
6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.
7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.
Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.
Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.