Monkey Bar antara (support) untuk anak-anak autisme bagi meningkatkan dan meransang motor kasar mereka.
Selain bagus untuk anak autisme, aktiviti ini juga baik untuk membina (memantapkan) otot tangan kanak-kanak. Kalau otot dah mantap, baru boleh pegang pensel dengan baik dan lama.
Ramai orang tak tahu, aktiviti lasak adalah seiring dengan perkembangan otot dan otak. Ia jauh lebih baik dari membiarkan anak bermain dengan gajet.
Bermain dengan monkey bar boleh menguatkan otot-otot bahagian atas badan, otot bahu dan lengan, pergelangan lengan dan jari jemari, ini mampu memberi kesan seperti berikut:
Ads
1. Anak-anak yang mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang kuat. Mereka boleh berdiri dan duduk tegak dengan baik, ini membantu memudahkan aktiviti menulis.
2. Anak-anak yang mempunyai otot bahu dan lengan yang kuat. Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.
3. Anak-anak yang mempunyai pergelangan tangan dan jari-jemari yang kuat Mereka mudah menggerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari-jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka. –Special Kidz Rehab Care Center SKRC.
Ads
Perkongsian dari Puan Nur Syakirah Rusili yang membuat sendiri monkey bar khusus untuk dua anaknya boleh di cuba oleh ibu bapa yang turut berminat nak melakukan demi manfaat anak-anak.
Siapa-siapa nak buat, tengok gambar-gambar tu ye.. Saya gerenti mesti semua fikir bahagian rod untuk monkey bar tu paling mencabar nak cari idea kan. Kalau setakat pakukan kayu semua pun tau kan.
Ads
Saya dah puas selongkar google tapi tak jumpa cara untuk diy rod monkey bar besi melainkan kena welding. Yang saya jumpa jual online ada la. Ingat nak beli je tapi harganya RM300 lebih untuk 8pcs!!! Kat Lazada pun ada kalau tak silap.
Lepas tu saya teringat yang saya pernah pasangkan penyidai besi ikea untuk mak saya. Batang besi tu kosong je kat dalam. Di hujung kiri dan kanan ada besi berlubang untuk skru dari situlah saya terfikir nak sumbatkan batang kayu pengecat dalam paip besi. Batang mop pun boleh kot. Kukuh ni! Tak percaya cubalah. Nak cantik lagi boleh catkan.
Ni lah hasil paip besi yang siap dipasang kemas.. kukuh ni.. sy dah try panjat memang ok sangat!!Slot angle plate membantu stabilkan kedudukan pangkin.Untk bahagian sambungan kayu ni saya guna slot angle plate. Rasanye lebih kemas daripada guna kayu untuk tahan bahagian ni.Bahagian kaki monkey bar sy guna cara mcm ni je.. tebuk lubang guna drill bit saiz 4 dan guna skru untk kayu.Ni lah hasil bucu tajam yg dh dipotong dn dilicinkan..Bahagian yg bucu tajam tu sy ratakan guna mesin grinder. Pastu licinkan guna sander yg sy diy tu. slepas tu barulah guna kertas pasir gred halus untk melicinkan lagi bucu kayu.Guna kertas pasir gred halus untk melicinkan kayu.Sy setting impact drill kt bhagian putaran untk skru dan guna arah reverse.. klau putaran untk hammer, getarannya kuat. Susah nnti nk kawal bdan impact drill. Nk tau ape jdi klau x guna arah reverse? Bolt & nut akan longgar dn trlepas dari kayu.. sy blajar ni pn dri kesilapan.. makin bnyak silap makin pndai lah jadinya.. klau bnyak silap tpi x pndai2 gak xtau lah..Ni lah hasilnya penggosok kayu menggunakan mesin drill.Ni diy untk mesin sander. Guna mesin drill. Bahan2 nya adalah kayu, bolt & nut, span, double sided dan kertas pasir. Rasenye bleh paham cara2nya dari gmbar.Kt bahagian kayu monkey bar tu tebuk siap2 lubang. Pastikan sama rata dgn kayu yg sbelah. Cara mudah yg sy buat tdi, sy tebuk awal2 sbelum psang bdan monkey bar. Mula2 sy ambil dua batang kayu tu, cantumkan dn sy tapekan pakai masking tape. Sebab tkot kayu bergerak mse tebuk. Jadi, tebuk dua batang kayu tu serentak. Tandakan guna pensel kt bahagian hjung kayu Supaya x keliru mne depan mne blakang. Sy tulis kt hjung kayu A dn B. Kayu lgi satu pn mcm tu A dn B. Ble pasang bdan monkey bar nnti konfem sama rata… xtau la korang bleh paham ke x ape aku tulis ni.. hahaha… lupe nk amik gmbar tdi. Kan dh merapu2 nk terangkanTebukkan lubang kt tengah2 kayu dlam paip. Sy guna drill bit untk metal/wood jenama bosch saiz 4.Dah ptong tdi.. ketukkan kayu yg lebih tu smpai msuk habis dlam paip besi. Haaa.. kn kemas tu.Lebihkan skit bahagian kayu tu bile potong.Ni hasilnya lepas ketuk batang kayu tu pkai hammer. Dh xbleh msuk dh tu.. jdi bleh la ptong..Untuk rod monkey bar sy guna paip besi dn paint roller stick atau batang mop pn boleh.. msukkan sikit kt dlam paip. Mmg x muat.. kne ptong skit2 bahagian tepi. Dan masukkan pastu ketuk pakai hammer. Ketuk2 selagi bleh masuk.
Rokok menjadi punca jangkitan kuman kepada paru-paru. Asap dan habuknya menjadi pelbagai masalah kesihatan kepada para perokok pasif termasuk bayi dan kanak-kanak.
Dr Ainul Farahin Kamalruzzaman membuat catatan di Facebooknya mengenai dua pesakit kecilnya yang mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru gara-gara ahli keluarga merokok. Beliau menyelar tindakan bapa atau ahli keluarga yang merokok tanpa memikirkan orang sekeliling sehingga menyebabkan masalah kesihatan.
Kedua-dua pesakitnya mengalami simptom yang sama namun salah seorangnya mengalami demam. Simptom jelas ialah batuk, nafas laju dan dada melekuk. Kedua-duanya diberikan rawatan nebulizer dan terpaksa diwadkan untuk rawatan lanjut. Berikut ialah perkongsian Dr Ainul Farahin;
Malam menghampiri jam 12..
Masih ada lagi beberapa kes yg menunggu untuk dipanggil.
Aku panggil nama seorang pesakit.. Sambil membaca chief complaint ni kertas triage: ‘cough/fever x 1 day’
Masuk seorang ibu mendukung anak yg berusia 1 tahun 4 bulan.
Comel budaknya..
Tapi sayang, bila aku senyum kat budak tu, budak tu terus nangis..
Mungkin muka aku tak cukup comel? Atau muka aku macam hantu kaklimah yg menakutkan..
Known case of ‘aku suka budak, budak tak suka aku’
K fine.
“Dia kenapa, mak?”
“Dia demam, batuk2… “
“Berapa hari sudah?”
“baru ja harini.. Tapi teruk butul batuk, tidak pandei berenti. Nda mau tidur.. “
Sambil2 aku perhati je budak tu.
Nafas berombak2.
Cepat2 aku selak baju beliau.
Tudiaa… Punya laju nafas dia…Lekuk2 di dadanya pulak punya la dalam, kalau semut lalu nescaya terpeleot.
Jadi sebelum semut lalu dan terpeleot, aku perlu buat sesuatu…
Aku pun bagi la neb kat budak tu…
Tau tak neb tu apa? Neb tu singkatan untuk nekbat.
Sambil2 prepare neb, ak tanya2 lagi further history daripada emaknya.
“mak, ada sapa2 merokok ka di rumah kamu? Atau ada sapa2 suka merokok dalam kereta?”
“Ada… “
“siapa?”
“bapak dia… “
(haih… Mengeluh sekejap ak depan maknya)
” bapak ada diluar? “
” ada… “
” nanti saya nak jumpa dia”
*********
Sambil2 budak comel nombor 1 kena nekbat, aku sambung tengok kes lain.
Panggil lagi satu kes..
Masuklah ibu bersama anaknya umur 9 bulan.
Sekali lagi aku senyum kat budak comel nombor 2, dia bagi blank stare je.
K fine.
Pendek cerita, kisah budak comel nombor 2 ni sebijik dengan budak comel nombor 1 kecuali yg nombor 2 ni xde demam. Nafas pun laju, semut pun ada risiko terpeleot di dadanya. Nafas pun bunyi2.
Aku nekbat kan budak comel nombor 2. Tanya maknya, bapak perokok tegar.
“nanti saya nak jumpa bapak dia ya”
Maka, bisinglah ruang asma tersebut dengan teriakan dua budak yg di’neb’ sambil emak2nya struggle masing2 nak pegang budak yg menggelepar menangis bagaikan diberi gas beracun. Tak paham lagi sebenarnya kenapa budak suka nangis time neb tak selesa kut kan~
********
1 jam.. 2 jam..
Nekbat (nebulizer) dah, sedut kahak dah, bagi oksigen dah… Namun budak2 comel masih lagi berlekuk2. Ak pun refer doktor kanak2 untuk masuk wad.
Selepas 2 jam, baru bapak2 masuk cari anak2.
“encik bapak dia? ” sapa aku
” iya… “
” encik, anak encik kemungkinan masuk wad malam ni, jangkitan paru2 dia agak teruk, nafas laju sangat, perlukan oksigen.. Salah satu punca jangkitan yg teruk macam ni berlaku adalah disebabkan anak encik terdedah kepada asap rokok atau habuk2 rokok yg melekat di langsir rumah, karpet, baju encik, kerusi kereta dll..”
Saya nasihatkan encik untuk cuba kurangkan merokok, dan kalau boleh berhenti terus. Kalau tak boleh sangat, jgn merokok dlm rumah dalam kereta, lepas merokok salin baju mandi baru main dengan anak. Tapi lebih baik kalau encik boleh berhenti untuk kebaikan anak.”
*********
1) Tahukah anda kanak-kanak yg terdedah kepada asap/habuk rokok di rumah berisiko mendapat jangkitan bronkiolitis dua kali lebih teruk dan 5x lebih tinggi risiko memerlukan bantuan mesin pernafasan (masuk tiub pernafasan). [kajian University of Liverpool]
2) Tahukah anda 20-30% perokok pasif (dia tak merokok tapi dia hidu asap rokok sebab contohnya suami/ayah merokok) mendapat kanser paru2 dan 25-35% mendapat penyakit jantung. Ha tepuk!
3) Tahukah anda di kecemasan hospital, yg duk layan anak menangis masa neb tu majoritinya emak2, bapak main henset tunggu kt luar. Dan bila masuk wad, mak2 yg tunggu anak, bapak kalau tunggu, banyak yg kalau doktor tanya pasal anak semua tak tahu, esoknya tukar dah emaknya pula menjaga. Amboi, kamu yg merokok sampai paru2 anak tak bagus, emak2 yg menanggung sengsara.
4) Tahukah anda bapak2 sekalian, bahawasanya neb itu sebenarnya bukan nekbat? Apakah beza neb dan nekbat? Tanya la isteri anda.
5) Tahukah anda peribahasa ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’? Sambungan peribahasa tu adalah ‘sayang anak isteri, rokok tinggal-tinggalkan’.
Meningkatkan keyakinan diri anak adalah tindakan yang penting supaya menjadi anak yang berani mencuba dan boleh berdikari. Tiada gunanya anak itu seorang cemerlang akademiknya tetapi tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan menonjolkan diri dihadapan orang ramai .
Jadi sebagai ibu bapa kita mestilah mendidik anak sejak kecil lagi untuk membentuk keyakinan dalam diri anak anda.
Untuk membina keyakinan diri anak ini ada pelbagai cara. Coretan Puan Sabrina Ismail ini salah satunya yang menggunakan cara Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan panduan untuk anak-anak tersayang. Semoga bermanfaat untuk ibu ayah semua.
Keyakinan diri adalah suatu latih tubi yang dipupuk dalam kehidupan seharian. Ia tidak diwarisi atau wujud begitu sahaja. Keyakinan datang apabila anak itu berjaya melakukan sesuatu. Untuk berjaya, mereka harus mencuba. Dalam proses mencuba, pasti ada hari mereka berhadapan dengan cabaran yang menduga. Ketika ini, ibu bapa berperanan untuk menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong dan berdoa untuk setiap kejayaan mereka.
Dalam mewujudkan keyakinan diri dalam jiwa kecil anak kita, ia perlu dilakukan dengan cara bersahaja. Ada beberapa cara yang diguna pakai oleh Baginda Rasulullah SAW untuk umat cilik ini tampil yakin dan membesar dengan jiwa yang kental.
Anak anda perlu pandai berkawan-kawan, samada rakan sebaya, lebih muda atau yang lebih tua. Perspektif mereka akan lebih terbuka apabila sering bertukar pendapat dengan orang lain. Apabila mereka bermain dengan rakan sebaya, percaya diri akan datang secara semulajadi. Apabila dibawa bersama, bergaul dengan sahabat ibu bapa yang lebih matang, mereka akan belajar apa yang mereka dengar. Apabila mereka selesa, terasa diterima oleh masyarakat, mereka akan yakin dengan diri sendiri.
Ilmu mengubah segala. Kita tidak takut untuk bangun hari esok, kerana yakin dengan diri, atas secebis ilmu yang ada di dada. Begitu juga anak kecil kita. Lengkapkan mereka dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup Baginda. Cukuplah tiga ini untuk menjadi panduan rohani mereka. Bukan sahaja yakin dengan diri, bahkan hidup mereka akan penuh rahmat dan ilmu ini akan membawa mereka jauh dari dunia khurafat dan khayalan.
Sejauh mana anda mempercayai anak kecil anda mampu melakukan transaksi jual beli di pasar? Andai kata ibu bapa tidak mempercayai mereka, maka masih jauh perjalanan mereka untuk mempercayai diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar : Makanan keldai Sa’id bin Abi Waqqash habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih belia, “Ambillah tepung kemudian tukarkan dengan gandum. Timbangannya harus sama.”
Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih belia sedang melakukan transaksi jual-beli. Maka, baginda mendoakan keberkatan untuknya. Begitu Rasulullah percaya pada seorang anak belia untuk belajar dan melaksanakan sesuatu yang besar dengan sendirinya. Betapa anak kecil itu akan mula mempercayai kebolehan diri sendiri apabila berjaya melalui fasa jual beli itu.
Kata kunci, ibu bapa harus percaya dan biarkan mereka melakukannya sendiri. Pengalaman mengajar mereka untuk menjadi lebih matang dan berdiri di atas kaki sendiri. Teladanilan cara Rasulullah SAW dalam melentur anak-anak muda Islam suatu masa dahulu. Mereka ternyata kuat di dalam juga di luar.
Senyuman manis anak kita adalah salah satu nikmat kecil yang membawa bahagia besar. Tapi, senyuman itu perlukan penjagaan yang rapi – bukan sekadar ajar mereka gosok gigi. Ramai ibu bapa rasa cukup sekadar beri berus gigi dan ubat gigi pada anak, tapi sebenarnya, ada seni dalam mendidik si kecil tentang kesihatan mulut. Dalam satu sesi temu bual menarik bersama Dr. Hafiz dari Toothsuite Dental, video oleh saluran Bintang Kecil ini membongkar beberapa tips penting dan praktikal untuk bantu ibu bapa galakkan anak menjaga gigi dengan cara yang menyeronokkan.
Jangan Salahkan Gula Semata-mata – Didik Anak Kenali Makanan ‘Melekat’
Ramai ibu bapa menyalahkan gula setiap kali anak alami gigi berlubang. Tapi menurut Dr. Hafiz, bukan gula sahaja puncanya – malah nasi, roti dan biskut pun boleh menjadi penyebab jika ia melekat lama di gigi. Ajar anak untuk faham jenis makanan yang “melekat” dan bantu mereka faham kenapa perlu berkumur atau gosok gigi selepas makan. Didikan secara visual – tunjuk kesan makanan pada gigi menggunakan cermin atau kartun – boleh jadi sangat efektif.
Tabiat anak yang suka mengunyah snek sepanjang hari sebenarnya memudaratkan gigi. Dr. Hafiz mencadangkan supaya ibu bapa menetapkan waktu tertentu untuk snek, contohnya selepas makan tengah hari. Ini beri peluang untuk air liur ‘neutral-kan’ asid dalam mulut. Galakkan anak untuk minum air kosong selepas makan dan ajar mereka bezakan antara ‘lapar betul’ dengan ‘sekadar nak kunyah’. Gunakan pendekatan cerita atau permainan untuk mudahkan pemahaman.
Waktu malam ialah saat paling kritikal untuk anak berus gigi. Ibu bapa perlu pastikan gigi anak dibersihkan sebelum tidur kerana bakteria lebih aktif semasa mulut kering di waktu malam. Gunakan lagu pendek semasa berus gigi sebagai penanda waktu (contohnya “Twinkle Twinkle” atau cipta lagu sendiri!), dan wujudkan ‘ritual’ berus gigi bersama sebelum tidur supaya ia jadi kebiasaan positif yang menyeronokkan.
Dr. Hafiz menekankan pentingnya teknik memberus yang betul – bukan sekadar ‘sapu-sapu’ saja. Ibu bapa perlu tunjukkan cara betul kepada anak, termasuk berus permukaan lidah, gusi dan celah-celah gigi. Pilih berus gigi bersaiz sesuai dengan tangan dan mulut anak, serta ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah. Tukar berus setiap tiga bulan dan jadikan ia momen seronok, contohnya dengan hadiah berus bergambar kartun kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi anak agak kekuningan. Dr. Hafiz jelaskan, gigi yang sedikit kuning masih boleh dianggap sihat jika ia bersih dan tak berlubang. Yang penting ialah kebersihan, bukan warna semata-mata. Elakkan anak dari produk pemutih yang tak sesuai dan fokuskan pada rutin penjagaan gigi yang konsisten. Tanamkan dalam diri anak bahawa gigi bersih itu lebih penting dari gigi ‘putih macam iklan’.
Mengajar anak menjaga gigi bukanlah satu tugas kecil, tapi ia adalah pelaburan besar untuk kesihatan masa depan mereka. Dengan pendekatan yang santai, kreatif dan konsisten, ibu bapa boleh menjadi ‘doktor gigi mini’ di rumah. Senyuman anak bukan hanya menceriakan hari kita – ia cermin kepada didikan yang kita berikan. Jadi, mulai hari ini, jadikan penjagaan gigi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan, bukan satu paksaan. Anak gembira, gigi sihat, semua orang senyum!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!