Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam. Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur. Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah.
Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal. Tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mak ayah boleh cuba.
“Doktor, macam mana saya nak latih anak saya tidur awal? Dia selalu tengah malam pun belum tidur-tidur lagi.”
Anak saya asalnya kerap tidur lewat. Agak sukar nak suruh dia tidur, apatah lagi nak suruh tidur awal. Dia akan berguling dan meragam jika dipaksa tidur awal. Saya tahu ini tidak bagus untuk tidur dan perkembangannya sebagai kanak-kanak. Jadi saya lakukan sesuatu.
Hasilnya, saya berjaya ubah waktu tidur anak saya seawal jam 9 malam. Berikut adalah cara bagaimana saya ubah rutin tidurnya:
◼Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari. Ini akan membantu meletihkan mereka dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.
Ads
◼Set waktu makan malam anak sekitar 2 jam sebelum waktu tidur yang disasarkan. Elakkan makan terlalu berat atau terlalu manis untuk makan malam.
◼Tetapkan waktu tidur untuk anak. Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini akan membentuk rutin tidur tetap.
◼Hadkan masa skrin pada waktu malam. Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.
◼Satu jam sebelum tidur, susun rutin yang melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai, berselawat, dsb.
Ads
◼Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak. Rumah digelapkan(suram), dan ibubapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.
◼Pastikan persekitaran tidur selesa dan sesuai untuk tidur. Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.
◼Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada. Ini boleh membantu mereka untuk merasa tenang.
Ads
◼Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibubapa boleh memberi pujian dan ganjaran yang sesuai kepada anak jika anak tidur awal. (pengukuhan positif)
◼Ibubapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari. Membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.
Semoga tip-tip ini bermanfaat kepada ibubapa yang ingin melatih anak-anak tidur awal!
Si comel Muhammad Endra Haqimie, anak kedua pelakon, Eyra Hazali mencuri perhatian ramai bila mana tampil cukup segak dalam beberapa persalinan di sesi fotografinya.
Menerusi Instagram pasangan ini, Eyra dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli turut memuat naik beberapa kepingan gambar anak kedua mereka yang dipotretkan dalam pelbagai gaya.
Paling menarik, pastinya gaya bak pendekar cilik si comel Endra yang cukup segak bergaya dengan persalinan berona hijau gelap.
Selain gaya pendekar, Eyra dan suami turut memilih beberapa gaya lain seperti karektor Harry Potter dan juga seorang chef. Semuanya comel-comel belaka.
Tidak ketinggalan juga gaya santai Endra yang seoalah-olah bersantai di kolam mandi. Comel sekali.
Bukan sahaja koleksi comel Endra bahkan Eyra dan suami turut memotretkan gambar keluarga kecil mereka bersama. Banyak aksi comel terutama aksi anak sulung Eyra, Haider turut sama dikongsikan di Instagram pasangan ini.
Meninjau di ruangan komen, pengikut pasangan ini turut sama memuji kecomelan dan gaya comel Endra yang tidak jemu dipandang.
Semoga Muhammad Endra Haqimie terus membesar dengan sihat malah menceriakan hari-hari bahagia Eyra dan keluarga kecil mereka.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie yang kini berusia sebulan lebih.
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja. Boleh dikatakan 80% pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh, baru bekerja dan sebagainya.
Bukan senang untuk membina hidup baru bersama pasangan. Namun bersyukurlah sekiranya anda dikurniakan dengan pasangan yang baik dan memahami. Mereka sanggup bersusah bersama anda, tidur beralaskan tilam biasa di dalam rumah yang kosong.
Lepas Kahwin Tinggal Kurang RM500
Lepas Kahwin, Rezeki Melimpah Ruah
Rezeki Yang Kumpul Bersama Isteri Terasa Cukup
Jangan Jadikan Harta Kayu Ukur Untuk Bersedia Berkahwin
Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan berhadapan dengan masalah kehadiran lipas di dapur. Tak tahu dari mana datangnya tiba-tiba dah beranak-pinak dalam kabinet dapur atau di bahagian tersorok di dapur.
Ramai yang geli dan tak kurang juga akan terjerit-jerit setiap kali ternampak binatang kotor ini. Walaupun disembur dengan racun serangga, selepas itu tetap akan ada juga.
Bagi anda yang ada masalah kehadiran lipas ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ummi As. Hanya menggunakan rempah 4 sekawan dan diletakkan dalam kain bunjut, ternyata ia sangat membantu.
LIPAS DALAM KABINET
Beberapa bulan lalu saya buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan saya nak kongsi idea. Mana tahu boleh bantu atasi masalah “cikpas”.
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak “diziarahi” cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu jadi dah tak nampak kelibatnya lagi.
Setakat hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangnya pun tiada. Petuanya saya letakkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dalam mesh net beg tapi kena buatlah tiga atau empat dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Cuba lah! Mana tahu berhasil untuk golongan ibu-ibu yang selalu jumpa binatang ini di dapur. Kita cuba tak salah, sekurangnya kalau berjaya dah tak perlu lagi nak sembur racun serangga.
TIP:
1) Sebelum letak tu bunjut rempah empat sekawan tu, bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa anda guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer.
2) Jika bau hilang, boleh gantikan rempah empat sekawan yang baru untuk pastikan bau-bauannya terus kekal dalam kabinet atau bawah sinki.
**Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, kliksini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi Ramadan bakal tiba. Lalu, apa persediaan yang boleh kita lakukan?1. Boleh mula mencari Al-Quran tetap. Pilih satu Al-Quran untuk menjadi teman...