Rimas rasanya bila melihat taburan tahi cicak yang banyak di rumah. Masalah cicak yang semakin banyak di rumah buat kita mula rasa tak selesa.
Apa nak buat? Perkongsian idea dari Encik Mohd Sanusi ini anda boleh cuba untuk mengurangkan kehadiran cicak-cicak ini.
Paling menarik kosnya paling jimat, tidak sampai RM3 cicak berjaya ditangkap. Macam mana nak buat? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang menjadi!
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.
Ia bertujuan untuk mendidikan kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka. Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik serta melahirkan Insan Rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Untuk mendidik anak ia melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
1.Cara komunikasi yang sopan
Haruslah mendidik anak bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik. Anda harus menjaga perilakuan supaya menjadi role model kepada anak-anak semasa anda berkomunikasi dengannya.
2.Doa penerang hati
Sebelum belajar didik anak membaca doa-doa penerang hati ia termasuk surah Al-Insyirah. Malah Rasulullah pernah menyuruh Ali RA membaca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, menjadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.
3.Mini perpustakaan Islamik
Sediakan mini perpustakaan yang bercirikan islamik di rumah dengan perbanyakkan pilihan buku-buku berkaitan Islam seperti kisah nabi-nabi dan rasul. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak dan mendedahkan kegemilangan Islam dalam diri anak.
4.Posisi tidur
Jangan lupa ingatkan anak untuk mengamalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi SAW. Pastikan anak-anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar dan lena tidurnya.
5.Didik anak bawa kelengkapan solat
Jika pergi bercuti atau pulang ke kampung, biasakan kepada anak-anak untuk membawa kelangkapan solat. Dengan ini, mereka akan tahu betapa pentingnya solat sebagai seorang muslim.
6.Adab makan minum yang baik
Ajari anak makan dan minum dengan sopan. Oleh sebab itu, digalakkan anak membaca bismillah dan alhamdulillah sebelum dan selepas makan. Sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Beritahu juga kepada anak mengenai cara seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
7.Lima minit membaca Al-Quran
Digalakkan ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit setiap hari.
8.Adab baca doa sebelum tidur dan bangun
Didik anak sebaik sahaja bangun membacakan doa bangun tidur dan sebelum tidur. Seeloknya tidur dalam keadaan mengadap qiblat, membersihkan diri kaki dan muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
9.Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas,
Tandas juga salah satu adab yang tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu didik cara yang betul untuk membuang air kecil atau besar. Juga cara masuk ke dalam tandas antaranya menutup kepala, membaca doa, memakai selipar dan membelakangkan qiblat
10.Adab dengan ibu bapa
Mendidik anak untuk menghormati dan mengerti pengorbanan ibubapa terhadapnya. Ia penting untuk memberi kesedaran dan bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa.
11.Sembahyang berjemaah
Biarpun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan juga ada waktu untuk anda berjemaah dengan anak-anak terutama waktu solat subuh, mahgrib dan Isyak.Suasana seperti ini memberikan aura positif kepada anak dan rumah anda.
12.Bawa anak ke masjid
Jika masjid jauh daripada rumah, tak salah jika membawa anak ke masjid waktu cuti hujung minggu. Laungan azan yang berkumandang dalam masjid sesungguhnya membuatkan jiwa anak menjadi tenang.
13.Berpakaian sopan
Biarpun anak baru berusia enam tahun, tidak menjadi kesalahan mendidik anak pakaian yang menutup aurat. Cara ini secara tidak langsung didikan awal buatnya untuk berpakaian sopan.
Kanak-kanak kadangkala akan berkelakuan buruk mengikut emosinya. Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka, “time-out’’ perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6 taktik hukum anak dengan “time-out’’.
Salah satu daripada aspek yang paling penting dalam “time-out’’ adalah tempat yang sesuai. Anda perlu memastikan tempat tersebut adalah masih dalam jangkauan pemerhatian anda dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengganggu seperti rakan-rakan atau adik-beradik anak anda, televisyen atau permainan. Anda boleh memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding. Selepas menentukan tempat, putuskan pula bagaimana anda mahu hukum anak anda.
Anda disarankan meluangkan masa selama 1 minit untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan berikutnya. Jika tempohnya terlalu pendek, “time-out’’ ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.
Ketika anda dan anak anda sedang berada dalam mood yang baik, ajar mereka mengenai “time-out’’. Tunjukkan mereka tempatnya dan terangkan mengapa mereka perlu melaluinya. Biarkan mereka tahu kesilapan spesifik yang mana akan menyebabkan mereka dihukum. Anda boleh gunakan contoh seperti memukul rakan-rakan, mencarut dan menjerit sebagai kelakuan yang boleh mengakibatkan “time-out’’.
Jika anak anda mula berkelakuan buruk, hukum anak anda dan disiplinkan mereka sesegera mungkin. Jangan sesekali bertangguh. “Time-out’’ adalah lebih berkesan jika ia dilakukan pada waktu itu juga selepas mereka melakukan kesalahan. Kanak-kanak masih belum mempunyai memori yang kuat. Oleh itu mereka akan cepat lupa dan keliru tentangnya jika anda bertangguh.
Jika anda berada di luar rumah jika anak anda berkelakuan buruk, ada alternatifnya. Anda boleh menyuruh mereka melakukan “time-out’’ di penjuru dinding pasar raya atau di kerusi taman rekreasi.
Tujuan “time-out’’ dilakukan adalah untuk memastikan mereka kekal tenang dan dapat mengawal diri. Jadi, sebagai ibu bapa anda sendiri perlu mengawal mood anda. Jangan sesekali marah, kritik atau memukul mereka.
Cuma jelaskan pada mereka mengenai kesalahan mereka dalam nada suara yang tenang dan minta mereka melakukan “time-out’’. Kemudian, jelaskan pada mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan selepas tamat hukuman.
Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan “time-o ut’’. Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok. Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti perhatikan mereka dan pastikan mereka tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan.
Setiap kali mereka cuba melarikan diri, mula semula hukuman tersebut. Dengan melakukan ini, anak anda tidak akan beranggapan hukuman ini boleh diambil ringan.
Selepas tamat tempoh “time-out’’, terangkan kepada anak anda mengenai kesalahan mereka dan keperluan hukuman dijalankan. Kemudian, tanya perasaan dan pemikiran mereka terhadapnya. Puji mereka kerana mampu menghabiskan “time-out’’ tersebut. Paling penting, maafkan mereka dan teruskan hari anda seperti biasa.
Orang perempuan memang tak dapat elak daripada berleter atau membebel. Namun bagi lelaki mereka lebih suka mengambil pendirian berdiam diri jika nak marah atau ada tak puas hati.
Begitu juga dalam sebuah rumah tangga, suara isteri ibarat suara keramat kerana jika sehari tak berbunyi tak sah. Suami kena ingat, isteri membebel tandanya dia sayang. Bukan saja-saja nak cakap.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, isteri kuat bebel itu tanda dia sihat. Kalau isteri kuat termenung itu petanda yang kurang baik. Suami kena jaga-jaga ya!
Orang perempuan memang dijadikan oleh Allah sangat istimewa. Kekuatan mereka ialah pada percakapan, tidak seperti lelaki, itulah pula kelemahannya.
Cuba baca wasap ayah-ayah kita, atau wasap suami kita, bila kita wasap dia panjang-panjang, ayah atau suami akan reply “k”, “ok”, “ya”, “belum”, “👍🏻”. Yang bestnya, kadang-kadang tak reply langsung. Inilah antara pattern reply orang lelaki kebanyakannya.
Wahai wanita, bukan kerana orang lelaki tu sombong, tapi sebenarnya mereka tak tahu nak reply apa, dan tak tahu nak panjangkan kata-kata sebab kuota bercakap dia barangkali dah habis.
– Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Wanita pula boleh mengeluarkan 100 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Kuota untuk bercakap bagi seorang lelaki ialah sebanyak 7,000 patah perkataan sehari.
– Kuota bercakap bagi seorang wanita untuk sehari pula ialah 20,000-25,000 patah perkataan!
Jadi, jika suami tengok isteri diam tak seperti kebiasaannya, sila ambil cakna dan fikirkan sesuatu.
Kalau dibiarkan lama-lama dikhuatiri keadaan akan lebih mudarat. Boleh jadi isteri sedang mengalami depression. Depression sangat merbahaya bagi isteri. Cepat-cepat bawa jumpa doktor pakar ya!