Setelah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, baru-baru ini penyanyi Syura Badron telah mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.
Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang kedua tidak lama lagi.
Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan penuh kegembiraan daripada tiga anak Syura yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.
Ads
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.
Video yang dimuat naik di instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.
Berkongsi khabar duka, pelakon dan selebriti serba boleh, Zulin Aziz mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu.
Zulin dan suaminya, Farhan Norzini yang melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu akur bukan rezeki mereka untuk memiliki cahaya mata.
Hal itu dikongsikan oleh Zulin menerusi video siaran langsung di Tik Tok miliknya.
Melalui sesi Live itu, Zulin turun menjawab pelbagai pertanyaan termasuklah mengenai kehamilan yang membuatkan dia dan suami mudah terguris.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby.
“Sabar la… Saya baru gugur bulan lepas,” katanya.
Terguris hati dengan pertanyaan itu, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.
Malah kata Zulin lagi, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya yang melibatkan soal rezeki, hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin,” kata Zulin menerusi salah satu petikan di Live nya.
Semoga Zulin cepat-cepat kembali sihat dan terus bersemangat untuk memperoleh rezeki cahaya mata mata kelak.
Terdahulu, Zulin dan suaminya, Farhan Norzini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
Setelah lama mendiamkan diri, pengacara versatil Jihan Muse berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua tak lama lagi.
Dijangka bakal bersalin bulan ini, isteri kepada Ungku Hariz turut memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya.
Jihan pada masa turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di instagram.
“Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Betul-betul anak nombor dua. Doakan ya,” tulisnya dengan hashtag #lastcheckup dan #kujipham.
Terdahulu, sebelum ini Jihan berkongsi perasaan keterujaannya dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertamanya Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan, rakan artis dan peminat mendoakan agar urusan Jihan sekeluarga dipermudahkan.
“Berseri- seri jihan😍
“MasyaAllah.. Lama tak tengok Jihan 😍😍.. Cantik berseri-seri, semoga dipermudahkan segala urusan jihan ye ❤️❤️
“Semoga dipermudah urusan bersalin sis..dan kedua-dua ibu dan anak selamat & sihat”
“Ya la berseri-seri, lama tak nampak. Inshaa ALLAH akan dipermudahkan semuanya, semoga selamat kedua mommy dan baby”
“Ni macam nak dapat puteri jer…sebab emaknya makin berseri-seri❤️”
Adakah terdapat cara agar cepat hamil boleh dicuba? Semestinya ada, cuma keberkesanannya mungkin berbeza. Tetapi tidak salah mencuba, siapa tahu rezeki anda untuk berbadan dua.
Cara agar cepat hamil
Kini, anda dan pasangan sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata. Namun, ada kalanya ia tidak semudah yang disangka dan pastinya penantian adalah satu penyeksaan, bukan?
Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, anda perlu berusaha dan berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.
Umumnya, terdapat beberapa perubahan pada amalan gaya hidup seharian yang dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
Antara petua cepat hamil yang boleh dicuba adalah:
#1: Pemeriksaan kesihatan
Apa kata sebelum anda merancang untuk mengandung, lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Tanyakan kepada doktor mengenai vitamin pranatal yang mengandungi asid folik, berfungsi melindungi daripada beberapa kecacatan kelahiran, seperti spina bifida.
Asid folik amat penting untuk peringkat awal kehamilan, disebabkan itu mustahak untuk memastikan anda mendapat cukup asid folik sebelum berbadan dua.
#2: Hentikan penggunaan kawalan kelahiran
Sudah tentu, jika ingin mengandung, anda perlu berhenti menggunakan sebarang alat kawalan kehamilan, termasuklah kondom.
Ini kerana terdapat kemungkinan anda memerlukan masa untuk mendapatkan tahap kesuburan kembali. Selalunya ia bergantung kepada jenis kawalan pencegahan kehamilan yang digunakan.
Secara umumnya, kesuburan diri akan kembali pada kitaran ovulasi yang seterusnya setelah anda menghentikan penggunaan kawalan kehamilan.
Terdapat juga kemungkinan, kitaran ovulasi mungkin tidak teratur pada permulaan tetapi jangan terkejut bahawa anda turut berpeluang untuk hamil!
#3: Berhenti merokok
Merokok sememangnya tidak membawa kebaikan waima kepada lelaki mahupun perempuan, bahkan ia boleh mengurangkan kesuburan.
Ia juga tabiat berbahaya kepada bayi jika anda masih merokok ketika hamil.
#4: Bersenam bersama bantu cepat hamil
Kekal cergas adalah antara cara agar cepat hamil yang boleh dicuba kerana ia membantu meningkatkan kesuburan.
Jika anda bukan kaki bersenam, mulakan dengan melakukan lebih banyak gerakan dalam kehidupan seharian anda.
Contohnya, memilih untuk menaiki tangga dan bukannya lif. Anda juga boleh bergembira dalam kelas tarian atau berjoging bersama pasangan.
Tetapi jangan berlebihan. Ini kerana wanita yang bersenam dengan kuat – seperti atlet profesional – ada kalanya mengalami gangguan kitaran haid dan menjejaskan kesuburan.
#5: Diet sihat
Pemakanan dan kesuburan saling berkaitan. Jika kalian mengikuti diet pemakanan yang seimbang, ia dipercayai dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Dapatkan nasihat pakar mengenai pemakanan yang bersesuaian untuk mereka yang merancang memiliki cahaya mata.
#6: Bertenang
Berusaha untuk mengandung boleh menyebabkan anda tertekan, betul tak? Tiada salahnya mengalami tekanan sekali-sekala dan ia tidak akan menjejaskan peluang anda.
Namun, jika berterusan dan bertambah teruk, ia boleh menipiskan kemungkinan anda untuk bergelar ibu bapa.
Sekiranya berada dalam keadaan tertekan, cubalah teknik meditasi, pernafasan mendalam atau saling memberikan urutan kepada pasangan.
#7: Elakkan alkohol antara cara agar cepat hamil
Alkohol boleh membahayakan kesihatan bayi jika anda minum setelah mengandung. Ini terutamanya pada fasa-fasa awal sebelum anda menyedari diri sedang berbadan dua!
Pengambilan minuman ini secara berlebihan turut boleh mengurangkan kesuburan lelaki. Jadi sebaiknya, jika merancang untuk mempunyai anak, elakkan minuman beralkohol.
#8: Hindari haba berlebihan
Apabila testis terlalu panas, kualiti sperma yang terhasil akan terjejas. Duduk untuk tempoh lama, meletakkan laptop di riba atau bekerja di persekitaran panas boleh mempengaruhi pengeluaran sperma.
Malah pemakaian seluar dalam ketat juga dikatakan menyumbang kepada ketidaksuburan sperma.
#9: Bercuti bersama
Ada kalanya apa yang kalian perlukan sebagai cara agar cepat hamil hanyalah untuk bercuti bersama bagi menghilangkan tekanan dan bersantai.
Malahan, ada pasangan yang bersetuju, percutian adalah kunci untuk mereka berbadan dua. Jadi tiada salahnya untuk mencuba, bukan?
#10: Seks secara berkala
Sudah pasti untuk mengandung, anda perlu melakukan seks. Itu kunci utama! Jadi sebaiknya lakukan secara kerap terutamanya ketika tempoh ovulasi.
Melakukan seks bersama pasangan antara 2 hingga 3 hari sekali sudah cukup baik untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
Tetapi jangan bersama dalam keadaan terpaksa kerana cuma akan menambahkan tekanan dan menyukarkan lagi peluang anda! Jika berada dalam keadaan penat, elakkan.
Dapatkan bantuan
Sekiranya anda sudah mencuba tip di atas namun masih tidak mendatangkan hasil dalam tempoh 6 bulan, dapatkan bantuan daripada pakar.
Ini khususnya jika anda berusia lebih 35 tahun, okay? Manakala bagi mereka berusia di bawah 35 tahun, teruskan mencuba sehingga setahun.
Paling penting, jangan pernah berputus asa dan semoga ada rezeki buat kalian untuk menimang cahaya mata.
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!