“Doa saya tidak pernah putus semoga isteri akan pulih seperti biasa dan selama dia sakit, saya tidak pernah meninggalkannya.”
Begitu kata Roslan Hek, 57, lelaki Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Aring 5, di sini, yang setia ‘berkampung’ di hospital untuk menemani isterinya menerima rawatan selepas terlantar koma akibat penyakit darah tinggi sejak dua bulan lalu.
Mengadu Tak Sihat & Pening Kepala
Roslan berkata, isterinya Hamisah Batu, 40-an, sebelum ini dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai selepas mengadu tidak sihat dan pening kepala.
Menurutnya, wanita itu ditahan wad di hospital berkenaan lebih tiga minggu sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang sehingga kini.
Sumber foto: Harian Metro – Roslan buntu memikirkan kos untuk membeli keperluan isteri seperti lampin pakai buang.
“Saya rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga isteri yang telantar sejak dua bulan lalu selepas mengadu sakit kepala.
“Selain itu, saya juga akan mengelap badan isteri, membuang air kencing dan menukar lampin pakai buang setiap hari. Selama menjaganya, saya tidak pernah meninggalkan dia seorang diri kerana tiada siapa yang boleh saya harap,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Beri Isteri Susu Khas Melalui Tiub
Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia juga memberikan susu khas melalui tiub yang dipasang menerusi hidung isterinya selain perlu membuang kahaknya.
Menurutnya, setiap minggu isterinya memerlukan lebih 10 keping lampin pakai buang, manakala susu yang diberikan kepada isteri adalah sumbangan pihak hospital.
Ads
“Semua keperluan isteri seperti lampin pakai buang dan tisu basah menggunakan perbelanjaan sendiri sedangkan saya sudah dua bulan tidak bekerja.
“Saya perlu membelanjakan sekitar RM200 sebulan untuk keperluan isteri dan adakalanya saya buntu apabila memikirkan kos kewangan.
“Mungkin bagi sesetengah orang nilai RM200 itu kecil, tapi bagi kami orang Asli, kami tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya menjual hasil hutan,” katanya.
Sumber foto: Harian Metro – Roslan menguruskan keperluan isterinya di HSIP, Kuala Krai.
Katanya, sepanjang ketiadaannya di rumah, anak perempuan berusia 12 tahun dijaga abangnya berusia 21 tahun, manakala anak sulung berusia 30-an sudah berkahwin.
“Semalam (kelmarin) saya berasa gembira apabila mendapat tindak balas positif apabila isteri yang hanya terlantar dilihat seakan menangis apabila ada air mata keluar.
“Mungkin apabila dibenarkan keluar saya akan mengambil alih menjaganya,” katanya yang sudah hampir 30 tahun berkahwin.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Pagi tadi ayah kanak-kanak ini telah memuat naik satu lagi posting di laman Facebooknya memberitahu tentang keadaan Fawwaz bertambah baik. Bengkak pada dahi dan matanya mulai surut. Mukanya juga mulai berseri. Pun begitu mereka sekeluarga masih menunggu keputusan ujian imbasan CT dari doktor.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan Fawwaz.
Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa syukur anak sulungnya, Muhammad Bilal menunjukkan minat dalam mendalami al-Quran.
Bahkan kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, bukan paksaan sebaliknya ia kehendak Bilal sendiri.
“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.
“Sejak dari kecil, sesiapa sahaja yang membaca al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar.
“Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,” kongsi Neelofa.
Tambah Neelofa lagi, dia juga amat bangga dan terkejut selepas Bilal turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin.
Anak sulungnya itu juga dapat menyambung apa-apa surah daripada juzuk 30.
“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat.
“Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr.
“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” kongsinya lagi.
Sementara, Neelofa akui Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya kerana dia dapat meluangkan banyak masa di rumah dengan pengisian amal ibadah.
Terdahulu, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal, 2 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Ibu dan ayah mana yang mahu berpisah di saat anak yang masih kecil. Namun itulah ketentuan buat kita. Bagi pelakon, Shakilla Khoriri, kehidupannya untuk membesarkan anaknya adalah kekuatan buat dirinya untuk bangkit dari kegagalan yang pernah dilaluinya.
Berkongsi kisah hidupnya bersama anaknya, Ameena Sofia, Shakilla yang dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial 2023 mengakui hidupnya kini adalah segalanya buat Ameena.
Malah menerusi sesi live Pa&Ma Gala Award, perkongsian Shakilla turut mengundang rasa sebak wargamaya.
Mengakui khilafnya kerana gagal mempertahankan rumahtangga bersama bekas suami, kata Shakilla rasa bersalah itu sentiasa menghantui dirinya.
“Saya tak sangka saya lalui banyak benda dengan Ameena. Empat tahun, disudut hati saya rasa bersalah dekat Ameena kerana kegagalan saya untuk meneruskan keluarga kami macam orang lain. Saya gagal tapi saya tak salahkan orang lain. Orang kata kenapa saya kuat, sebab saya buat untuk dia.
“Banyak sangat momen bersama dan sepatutnya kami akhirinya bersama sampai tua. Tapi saya tetap yakin dan percaya pada Allah dan pastinya satu hari nanti Allah akan bagi kebahagiaan yang lebih baik buat saya dan Ameena,” luahnya berkongsi.
Menurut ibu cantik manis ini lagi, dia paling beruntung kerana direzekikan dengan anak yang cukup menyenangkan. Malah hatinya tersentuh setiap kali mendengar ayat-ayat Ameena yang cukup matang memberinya kekuatan.
“Setiap kali solat saya selalu berdoa, kalau Allah nak bagi saya jodoh, berilah saya jodoh yang dapat bahagiakan saya dan Ameena. Cinta dan sayang kami berdua.
“Walaupun dia masih kecil tapi dialah yang paling banyak bercerita dan faham saya.
“Ada satu video itu, dia cakap “ummi jangan sad, daddy jangan sad, nanti Ameena sad. Ummi kena strong nanti Allah bagi ummi kekuatan. Nanti ummi dapat masuk syurga”.
“Saya tak sangka saya lalui banyak perkara dan dapat besarkan Ameena sebaiknya. So far alhamdulillah, Ameena tak pernah menyusahkan saya dan itu rezeki saya,” katanya lagi.
Gagal pertahankan keluarga, minta maaf dengan anak
Akui Shakilla lagi, rasa bersalah selalu menghantui dirinya kerana gagal membina keluarga bahagia buat Ameena.
“Saya selalu minta maaf dengan dia hari-hari. Apa yang ummi nak cakap pada Ameena, lepas apa yang dah jadi, kita diduga tak jadi macam keluarga orang lain, ummi minta maaf sebab umi gagal untuk jaga family kita sama macam orang lain. Tapi ummi nak Ameena percaya ini Allah dah tentukan.
“Mungkin Allah nak bagi kita satu kehidupan yang lebih baik buat Ameena, daddy dan ummi. Tak terkurang sikit pun kasih saya ummi dan daddy buat Ameena. Ummi sayang Ameena sampai syurga,” luahnya yang menyentuh hati ramai.
Terdahulu, Shakilla yang mendirikan rumahtangga bersama bekas suami, penyampai radio, Fizi Ali memilih untuk berpisah tiga tahun yang lalu. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Sofia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.