Hati mana yang tak luluh. Seorang ibu kini hanya mampu memeluk bantal kosong, meratapi kehilangan anak kecilnya yang diragut dalam kejadian tragis yang cukup menyayat hati.
Dalam sekelip mata, dunianya gelap hanya tinggal kenangan dan linangan air mata sebagai teman. Setelah melalui detik paling hitam dalam hidupnya, wanita tersebut kini perlahan-lahan cuba bangkit daripada kemurungan yang merantai jiwa.
Sebagaimana memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan wanita itu dalam keadaan beransur pulih dan telah dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat kemurungan.
Katanya lagi, pada 22 Julai ibu tersebut pernah membuat laporan mendakwa suaminya memukulnya dan membawa keluar anak mereka dari rumah.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga.
Semalam, waris mengatakan ibu berkenaan menangis setiap hari dan tiada selera makan sejak kehilangan anaknya pada 24 Julai.
Ads
Menurut datuk saudarayang dikenali sebagai Tata kematian anak kecil itu mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa sering teringatkan kanak-kanak itu hingga sukar untuk tidur.
“Biasanya apabila dengar kes sebegini, kita rasa simpati, namun hari ini ia menimpa keluarga kami.
Ads
“Apa yang membuatkan kami sukar terima, suspek itu bukannya orang luar, tetapi bapanya sendiri,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilapor hilang oleh bapanya yang berusia 36 tahun selepas ditinggalkan di dalam kereta sementara dia membeli makanan di sebuah kopitiam di Johor Bahru.
Lebih memilukan, lima hari selepas kehilangan, jasad anak kecil berkenaan ditemui dalam keadaan ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
Ads
Susulan siasatan, bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula semalam.
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu, mendakwa anak tunggalnya itu hilang sekitar jam 6 petang Rabu lalu.
Polis kini membuka dua kertas siasatan membabitkan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes awal disiasat polis kontinjen Johor membabitkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 200 manakala kes bunuh disiasat kontinjen Negeri Sembilan.
Sarat hamil 8 bulan, comel je baby bump Maryam Durian Kimchi. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Figura cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), tetapi juga sebagai seorang wanita yang memiliki aura lembut, matang dan penuh keibuan.
Leuniey Natasha sering tampil sederhana namun elegan, mencerminkan keperibadiannya yang tenang dan bersahaja.
Di sebalik raut wajah manis dan gaya yang sentiasa kemas, Leuniey adalah seorang isteri yang setia dan ibu yang tidak pernah culas dalam tanggungjawabnya.
Bukan sahaja penyokong setia di belakang kejayaan Apek, malah menjadi tulang belakang keluarga kecil mereka yang penuh kasih sayang.
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Leuniey Natasha berkongsi perjalanan hidupnya yang telah menjangkau lebih 13 tahun bersama suami tercinta.
Bukan sekadar pasangan selebriti, mereka juga ibu dan bapa kepada tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup Kayla Elayna (11), Khaleel Emir (10), dan Ebrahim Fayaaz (7).
Di sebalik senyuman manis dan kehidupan yang tampak sempurna di mata umum, tersimpan seribu satu cerita tentang pengorbanan, kesetiaan dan kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Walaupun berdepan dengan hubungan jarak jauh (PJJ), cinta mereka tetap utuh, berpaksikan kepercayaan dan sikap positif.
Memahami komitment suami yang merupakan penjaga gol bagi Sabah, tidak mematahkan semangatnya untuk menguruskan anak-anak seorang diri.
Kata Leuniey antesipara ri utama untuk bahagia ialah jangan biarkan fikiran dihantui perkara negatif biarpun dalam tempoh PJJ.
“Alhamdulilah, saya seorang yang positif tak nak fikir bukan-bukan walaupun PJJ.”, luah Leuniey berterus terang dengan penuh makna.
Cinta mereka tidak bermula dengan lamaran di taman bunga atau mesej DM Instagram. Sebaliknya, jodoh mereka disusun cantik oleh bapa saudara Luni, seorang kontraktor rumah yang secara tidak langsung menjadi orang tengah.
Ketika itu, Apek baru membeli rumah di Kelantan dan takdir menemukan mereka di titik paling tidak disangka. Hanya selepas setahun berkenalan, mereka nekad mendirikan rumah tangga. Tiada drama, hanya yakin dan takdir.
Majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu dianggap antara yang paling meriah dan indah malah dikenali sebagai “wedding of the year”. Berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan bridal, persiapan majlis jadi lebih teratur dan penuh gaya. Mereka diraikan dalam tiga resepsi; dua di Kelantan dan satu di Kuala Lumpur, memuatkan kasih dan restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Ketika usianya baru 21 tahun, Luni sudah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal. Beliau pula ketika itu aktif sebagai model minyak wangi untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Muda bukan penghalang jika niat dan asasnya betul. Mereka bukan sahaja mencipta nama dalam kerjaya, tetapi juga berjaya membina rumah tangga dengan jiwa besar.
Luni tidak malu berkongsi betapa sukar fasa kehamilan yang dilaluinya. Alahan trimester pertama yang teruk, muntah berpanjangan, malah sampai tak tahan bau suami sendiri semuanya pernah dialami. Namun, kasih ibu mengatasi segalanya. Setiap kandungan mengajar perkara berbeza dan membentuk Luni menjadi ibu yang lebih kuat dan tabah.
Satu momen yang mengundang air mata ialah apabila anak sulungnya tidak dapat tidur bersamanya semasa kehamilan kedua akibat alahan. Walaupun anak tidak merajuk, perasaan bersalah itu tetap menghantui hati seorang ibu. Tapi Luni percaya, kekuatan mental memainkan peranan besar dalam mengurus emosi dan kesihatan.
“Ketiga-tiga ada alahan. Muntah teruk, First trimester. Tak boleh bau. Anak pertama tak boleh bau Apek. Hamil anak kedua, tak boleh bau anak sulung. Anak ketiga saya kuat makan. berat badan naik. Alhamdulillah selepas trimester kedua dah tak ada alahan.”
Namun dari berat 63kg selepas melahirkan, Leuniey tidak menyerah. Dengan pilates, kawalan pemakanan dan rawatan tradisional serta herba Cina, beliau kembali ke bentuk badan yang sihat. Disiplin dan sayang diri menjadi kunci. Memang langsing macam anak dara!
FULL VIDEO DI SINI
Lucu tapi penuh makna Leuniey pernah mengidam manisan India, ketika hamil. Suaminya Apek berusaha mencari hingga ke hotel dan rakan-rakan di KL walaupun akhirnya tak jumpa juga. Namun, usaha itu sudah cukup menggambarkan kasih dan sokongan suami dalam momen-momen mencabar.
Penyusuan susu ibu adalah kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan luar biasa seorang ibu. Di sebalik perjuangan itu, ada cerita tersendiri, pengorbanan bangun malam, sakit belakang, dan air mata yang tidak selalu orang nampak.
Namun bagi kebanyakan ibu, saat itu jugalah yang paling indah dalam perjalanan membesarkan anak. Bagi Leuniey Natasha, pengalaman itu menjadi antara momen paling bermakna buat dirinya.
Berkat semangat dan kesungguhan berjaya menyusukan anak sulung lebih setahun sebelum hamil anak kedua. Walaupun tempoh itu tidak mencecah dua tahun penuh, Leuniey tetap bangga dengan usahanya.
Untuk anak kedua dan ketiga, beliau mengambil pendekatan campuran dengan menyusu badan dan juga susu formula atas faktor kekangan fizikal dan mental. Namun baginya, tiada ibu yang sempurna. Apa yang paling penting ialah usaha, keikhlasan, dan kasih yang dicurahkan sepenuh hati.
Dalam pada itu, Leuniey turut berkongsi bahawa anak ketiga mereka disahkan speech delay dalam spektrum autisme. Ini menjadikan perjalanan keibuan Leuniey lebih mencabar, namun juga lebih bermakna. Setiap hari adalah pembelajaran, setiap detik adalah peluang memperbaiki diri sebagai ibu dan manusia.
Momen paling menggetarkan ialah saat Leuniey menitip pesanan buat anak-anak. Harapnya mereka akan saling menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu bapa.
Buat ibu lain, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap ibu ada cara, ada kisah, dan semua ibu adalah luar biasa.
“Kakak, abang dan baby, mummy sayang sangat. Untuk masa depan jaga adik beradik. Mummy dan Daddy dah bagi yang terbaik. Kakak dan abang jaga baby.”
Apa yang pasti, biar pun berjauhan, mereka kekal erat. Perkahwinan mereka membuktikan bahawa cinta yang disulam dengan kesetiaan, doa dan komunikasi mampu menangkis jarak dan cabaran. Bagi Leuniey, keluarga ialah segalanya dan segala pengorbanan itu berbaloi.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Leuniey Natasha sebagai salah seorang penerima pengiktirafan kerana pengorbanannya sebagai seorang ibu tak pernah lelah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, dengan harapan agar satu hari nanti, anak itu membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 22 November lalu, kini pelakon Nad Zainal, 32, sudah stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa.
Terdahulu, berita gembira mengenai keadaan pelakon drama Cina Buta itu dikongsikan pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin dalam menerusi hantarannya di Instagram.
Menurut Shahrulezad, Nad sudah kembali stabil dan mampu menajalani rutin harian seperti biasa, dan tidak lagi ditahan di ICU walaupun tahap kesihatannya masih lagi dalam pemantauan.
“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) sekarang tersangatlah baiknya. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi di intubated (ditidurkan). Nanad dah sedar, dah boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Nanad juga boleh berjalan pergi ke toilet (tandas) sendiri walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum begitu kuat.
“Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka masa pendarahan tempoh hari. Alhamdullilah syukur sangat,” tulisnya dalam hantaran di media sosial itu.
Shahrulezad juga menjelaskan sebab mengapa dia sudah lama tidak memuatnaik perkhabaran mengenai Nad adalah disebabkan mahu menghormati keluarga pelakon itu. Katanya, tindakan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan sebarang perkembangan terbaharu Nad
“Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan mental keluarga Nanad juga keutamaan kami.
‘Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.
“Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri,” tulisnya.
Shahrulezad berkata, atas sebab itu, dia bersama rakan-rakan lain memutuskan untuk tapis atau kurangkan cerita mengenai Nad melainkan untuk kalangan mereka sesama penggiat seni saja. Katanya, apapun keadaan baik Nad sekarang disebabkan berkat doa daripada kita semua.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.