Anak kita ni waktu kecil, senang je menurut kata. Tapi bila dah masuk remaja, lain pula ceritanya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’
Siapa yang tidak hiba apabila anak yang dulunya mudah ikut kata kini bertukar kepada peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu.
Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 iaitu :
Bermaksud : ‘Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami’.
Dalam doa ini, kata kuncinya terletak pada kalimah ‘Qurrata A’yun’. Kita perlu fahaminya agar doa yang diucapkan lebih mudah datang dari hati.
Istilah ‘Qurrata A’yun’ bermaksud ‘penyejuk hati’. Kefahaman mudahnya : apabila kita teringatkan anak, hati dipenuhi bahagia & bahagia. Anak yang membuatkan hidup kita terasa bermakna & dipenuhi ‘happiness’. Itulah maksud terma ‘Qurrata A’yun.
Bagaimana sikap anak sebegini?
Ads
Saya punya contoh kecil untuk memperihalkannya. Anak kedua kami namanya Aqif Furqan. Saya masih teringat lagi moment ‘Qurrata A’yun’ darinya yang waktu itu berusia 5 tahun. Ketika itu, saya baru pulang ke rumah setelah penat seharian dengan tugasan kerja, mesyuarat, traffic jam & sebagainya.
Dalam keadaan penat & badan hampir ‘zero’ tenaga, tiba-tiba ada semangat luar biasa datang. Dan ia berpunca dari si comel ini.
Aqif bila nampak kereta ayahnya parking depan rumah, ia terus meluru keluar. Mukanya tersengih ceria meneriak, ‘Yay, babah dah balik’ dengan kedua tangannya menghulurkan cawan plastik biru kepada saya.
‘Babah cuba minum air ni. Sedaaap….’
Allahu. Anda dapat bayangkan betapa bahagianya hati saya. Anak yang innocent & ikhlas ini hanya tahu satu perkara sahaja : ayahnya yang dikasihi telah pulang. Ini waktu untuk ia tunjukkan ‘appreciation’.
Ads
Saya terus memangkunya & minum air dari cawan plastik biru itu. ‘Adik, air apa ni?’ Saya tanya. ‘Air kosonglah babah’, dia menjawab dengan muka bersahaja.
‘Tapi kenapa air ni rasa lain’?’ Saya meneguk dengan dahi berkerut.
‘Oooo, tadi adik makan biskut, tapi rasa dia tak best. Adik keluarkanlah kat air ni….’. Dia menjawab dengan jawapan penuh ‘ikhlas’.
Air kosong bercampur luahan biskut. Itulah air yang dihulurkannya. Tapi saya teguk juga, bukan sebab rasanya sedap sangat (huhu..) tetapi air ini berperisa istimewa.
Ia berperisa ‘Qurrata A’yun’. Happiness.
Ads
Anda tentu tersenyum ketika membaca kisah ini. Harapnya semua anak kita menjadi zuriat ‘qurrata A’yun’ : anak yang baik, kasihi & hormati ibu-bapa serta menjadi anak penyejuk jiwa.
Anak yang bukan setakat pandai menurut kata tetapi prihatin terhadap keadaan kita. Anak yang ketika ia belikan makanan makanan untuk kita, ia tahu memilih juadah yang kita gemari. Jika ia belikan baju, itulah warna kesukaan kita.
Jika kita bermuram durja kerana suatu, ia bersungguh ambil tahu. Ketika kita sakit, ia sanggup ketepikan urusan kerja hanya untuk menemani kita di hospital.
Inilah anak ‘Qurrata A’yun’ yang didambakan. Amin, amin, amin. Dalam pada tu ulama pesan, jika kita inginkan hidup anak lebih berkah, kita boleh jemput keberkatan tersebut dengan berkongsi berkah kepada anak orang lain dengan amalan sedekah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”
Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)
Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Mafhum daripada hadis di atas menunjukkan ‘فَلِأَهْلِكَ’ lebih kepada isteri dan anak-anak. Justeru, selama mana ia menjadi tanggungjawab terhadapnya, maka tanggungjawab kepada isteri adalah diutamakan kecuali dalam keadaan darurat, ibu memerlukan bantuan, maka ketika itu hendaklah diberikan kepadanya.
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi menukilkan bahawa al-Khattabi berkata: Susunan ini jika engkau memperhatikannya, maka engkau akan mengetahui bahawa Baginda SAW mendahulukan yang utama dan kerabat yang dekat. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/76)
Hadis ini dengan jelas menunjukkan tanggungjawab kepada isteri adalah yang utama selepas diri sendiri.
Imam Nawawi menyebut: Apabila berhimpun pada seseorang, orang-orang yang berhajat daripada mereka yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka, maka sekiranya hartanya cukup untuk menafkahkan semuanya, maka dia wajib menafkahkan semuanya. Namun, sekiranya hartanya tidak lebih kecuali untuk seorang, maka hendaklah mengutamakan nafkah untuk isteri berbanding nafkah untuk keluarga lain. (Lihat Raudhah al-Talibin, 9/93)
Imam al-Syaukani berkata: Telah sampai pada tahap ijma’ akan kewajiban memberi nafkah pada isteri. Kemudian jika masih ada lebihan harta daripada itu, barulah ada kewajiban nafkah terhadap keluarga yang lain. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Para ulama’ menyebut, memberi nafkah kepada ibubapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan berikut:
Ibubapanya miskin dan memerlukan bantuan.
Anak tersebut mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat ini disepakati oleh para ulama’. (Lihat Mughni al-Muhtaj,3/446; al-Insaf, 9/392 dan Hasyiyah Ibn Abidin, 2/678)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan: Jika bilangan usul, furu’ dan yang lainnya yang memerlukan nafaqah adalah ramai, sedangkan lebihan keperluan dirinya tidak mencukupi untuk diberi kepada kesemuanya, dia hendaklah memenuhi keperluan dirinya sendiri dengan memberi keutamaan berdasarkan kepada susunan yang berikut:
Isteri. Hal ini demikian kerana nafaqah kepada isteri adalah pasti. Ia tidak gugur dengan berlalunya masa. Hal ini berbeza dengan nafaqah usul dan furu’ yang gugur dengan berlalunya masa, sebagaimana yang telah dijelaskan.
Anak yang masih kecil. Hal ini sama juga dengan anak yang dewasa, tetapi gila kerana mereka tidak mampu untuk bekerja.
Ini kerana ibu juga tidak mampu untuk bekerja dan haknya telah pasti disebabkan ibulah yang mengandung, melahir, menyusu dan mendidik anak sehingga meningkat usia.
Ini kerana kelebihan bapa yang cukup besar terhadap keluarga.
Anak yang dewasa tetapi fakir, kerana hampirnya hubungan dengan bapanya. Hubungan yang hampir dan rapat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Datuk dan ke atas. Ini bertujuan untuk menghormati datuk dan sama juga untuk menghormati bapa. Datuk merupakan asal keturunan dan haknya wajib dijaga serta dipelihara. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/110)
Kesimpulan
Berdasarkan nas-nas dan hujah para ulama, kami berpendapat nafkah kepada isteri adalah didahulukan, kecuali dalam keadaan ibubapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kehidupan. Ketika itu, ia hendaklah didahulukan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan.
Dalam isu seperti ini, perlu ada keselarasan dan persefahaman oleh semua anak-anak ibu atau bapa untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibubapa. Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain semua lepas tangan. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (194)
Seterusnya, bantuan kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban tetapi ehsan yang sewajibnya kita tunaikan sebagai hak ibu bapa kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Surah al-Isra’ (23)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan mentaati kedua ibubapa. Amin.
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah macam ibu-ibu lain, kalau anak tak sihat memang kita akan risau. Jihan juga tak terkecuali ketika bayinya Ungku Arsalan Haq, tiga bulan mengalami masalah selesema dan batuk kahak.
Menghargai ilmu baru yang dikongsi oleh kawan-kawannya mengenai petua merawat selesema dan batuk secara tradisional, Jihan teruja untuk berkongsi pula dengan para peminat di Instagram peribadinya.
Parents Posting. Untuk bayi sahaja. Sebab saya dah jadi mak jadi hidup saya lebih teruja bincang pasal anak. So harini dpt ilmu baru dari kawan2.
TAJUK: Petua hilang batuk, selsema, kahak. . Kaedahnya : Bakar 2 ulas bawang putih. Campur 2 sudu olive oil. Ganyang bawang putih sehingga sebati rasa ini rasaku. Lepas tu sapu kat dada, blkg badan & tapak kaki baby. Boleh simpan 2-3hari ni.
Share apa petua & cara korang pula. Mungkin boleh cuba dan lebih mujarab. Lain org lain caranya. Kita bawak berbincang, kongsi pengalaman & ilmu memasing.
Jgn gaduh or kondem cara org lain ye. Sapa mulakan provokasi saya kasi out!
Ramai netizen turut berkongsi petua dan cara masing-masing biasa amalkan sebagai salah satu rawatan tradisional bila anak selesema, batuk dan kahak.
Nampaknya pengacara Gegar Vaganza ini bukan sahaja menggunakan bawang putih sebagai salah satu petua tradisional untuk merawat masalah selesema dan batuk berkahak bayinya tetapi dia juga berkongsi faedah mengamalkan makan bawang putih goreng untuk ibu menyusu sepertinya.
Dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan terdekat berlangsung meriah di kediaman ibu pelawak diva ini di Shah Alam.
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak-anak bagi orang Muslim. Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak-anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak-anak bila mereka dah mula bersekolah.
Selain daripada aqiqah, mencukur rambut dan memberi nama, berkhatan antara sunnah Nabi SAW yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Jadi kalau nak khatankan anak pada usia 7 hari selepas kelahiran mereka amatlah digalakkan.
Seperti perkongsian seorang ibu Nor Izura Mohd Salleh menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) yang bercerita tentang anaknya yang disunatkan ketika usia baru masuk 3 bulan.
Menurutnya juga oleh kerana keadaan kemaluan anaknya yang ‘buta’ doktor menyarankan untuk mengkhatankan si kecilnya lebih awal kerana bimbang dengan kemungkinan seperti kencing berdarah, jangkitan pada air kencing dan banyak lagi.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Nama saya IMAN ZARIF AKRAM. Saya dah bersunat ketika menghampiri usia 3 bln! Alhamdulillah
Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya bersunat di awal usia. Manalah tau, ada kawan2 yang nak sunat awal cam saya jugak nanti.
10/1/2020 Saya ke klinik Salam di Seksyen 7,Bangi. Mami saya dah set appointment dgn Dr Affandi sbb nak tgk sama ada saya sesuai disunatkan atau tidak (cek bebird). Bila Dr cek, Dr ckp saya boleh bersunat dan memang perlu bersunat awl sbb bebird saya buta. Beberapa kemungkinan penyakit spt kencing berdarah, jangkitan pd air kencing, sakit ketika kencing, dll sekiranya tidak bersunat awal (kemungkinan)
17/1/2020 Saya sepatutnya bersunat pada waktu petang tapi terpaksa ditangguhkan ke waktu mlm (9.00 mlm) atas hal2 yg tak dpt dielakkan. Maka, malam tu saya ke klinik dgn confidentnya.
Masuk dalam bilik operasi, Dr Affandi menerangkan prosedur berkhatan kepada mami didi saya sebelum memulakan proses berkhatan. Saya telah disuntik ubat bius 5 kali di kawasan sekitar bebird. Nanges la jugak time tuh, tapi takla meraung teruk. Sblm proses memotong bebird, dr minta mami saya pegang tangan takut saya menangis atau jadi agresif.. Tp alhamdulillah, sy steady ja. Kuatkan saya?
Sebelum keluar, Dr memberi penerangan tentang cara penjagaan saya. Antaranya ialah:
Mlm pertama saya tidur, mmg saya xdpt tidoq lena sgt sbb mami lupa cucuk ubat bontot. Sian saya
18/1/2020 Saya bangun dengan gembiranya mcm tiada apa2 yg berlaku. Pagi tu saya mandi macam biasa.
Ptg tu, sy start rendam bebird dgn ayaq garam. Alhamdulillah, saya tak nanges.
Mami follow ja apa yg Dr suggest. Pasal pakai pampers longgar, sapu ubat semua
20/1/2020 Saya kena jumpa Dr Affandi sekali lagi. Mami bgtau dr yg satu jahitan dah tanggal, satu jahitan lagi dah otw nk tanggal, dan satu lagi jahitan masih utuh kat situ. Alhamdulillah, bebird saya cantik dan tak dak jangkitan. Dr cuma bgtau, yg di sekeliling kwsn bebird yg dipotong tu ada air bisa (selaput berwarna kelabu). Dr ckp, sepatutnya airbisa tu perlu dibersihkan/dibuang selepas sesi rendaman ayaq garam. Kiranya sblm pakai pampers n bebird tgh lembut, kena cuci buang. Dr turut ajar mami saya cara cuci selaput ayaq bisa tuh.
Mami mintak tambah ubat bontot sbb kesian kt saya, takut saya xselesa. Masa bersunat aritu, dr bg 3 ketol ja. Ubat bontot mami bagi waktu siang sekali n mlm sekali sblm tdoq.
23/1/2020 Alhamdulillah, benang terakhir tertanggal lepas rendam ayaq garam masa mandi pagi tu. Bebird saya pon dah nampak elok cantik. Mami continue pakai losyen kat sekeliling bebird saya.
Masa hari ke6 ni, saya dah pakai pamper cam biasa sbb luka dah alhamdulillah, sembuh elok.
Itu ja perkongsian saya utk kali ini. Moga dapat dijadikan panduan buat kawan2 saya yang ingin bersunat awal, insya Allah.
Oh lupa nak bgtau, saya dapat sijil TAHNIAH haritu sbb saya dah bersunat. Nnt kena tampal dlm bilik la jawabnya
***Sedikit nota/peringatan*** Masa tidur, pastikan letak alas/ lapik kerana kemungkinan berlakunya kebocoran adalah tinggi (pampers pakai longgar).
Ramai yg bertanya kos bersunat baby.. Kos bersunat di klinik salam, bdr baru bangi ialah RM300 bg bayi berumur sethn ke bwh.
Menulis sememangnya memerlukan kekuatan tangan kemahiran sejak awal. Disebabkan itulah anak kecil kita perlu dilatih lebih awal untuk memegang pensil dan dapat menulis dengan baik.