Doa Untuk Anak: Amalan Harian Paling Berkesan Untuk Anak Cerdik & Lembut Hati

Share

Doa untuk anak adalah antara tanggungjawab penting yang dipikul oleh setiap ibu bapa. Majoriti ibu bapa tahu bahawa doa untuk anak adalah tanggungjawab hakiki yang perlu dipikul. Doa ibu bapa biasanya mustajab, malah setiap kata-kata yang terluah boleh menjadi doa tersendiri.

Sebagai ibu bapa yang beriman dan mementingkan kesejahteraan anak, kita digalakkan mengamalkan doa-doa untuk diri sendiri, keluarga, dan anak-anak. Berikut adalah beberapa panduan dan doa yang boleh diamalkan setiap hari.

1. Doa Setiap Pagi – Surah Yaasin Ayat 82

Gambar Hiasan AI

Baca ayat:

“INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”

Bila sampai pada “KUN”, berhenti sekejap dan niatkan dalam hati segala hajat untuk anak, contohnya: cerdik, pandai, sopan, atau baik tingkah lakunya. Ini antara amalan doa untuk anak

yang diamalkan ramai ibu bapa.

Sambung bacaan dengan “FAYA KUUN”.

Lepas itu, tiupkan sedikit pada ubun-ubun anak setiap pagi. InsyaAllah, doa ini boleh membantu anak berkembang dengan lebih baik.

2. Doa Melembutkan Hati Anak Degil – Surah As-Syura Ayat 19

Bacaan ayat:

“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Baca 19 kali pada air dan minta anak meminumnya.

Alternatif: bacakan doa ini pada ubun-ubun anak ketika tidur.

InsyaAllah, perangai anak yang degil akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Allah.

3. Doa Untuk Anak Lembut Hati, Pintar dan Soleh

Gambar Hiasan AI

Ketika memasak, basahkan lidah dan bacakan doa Surah Ali Imran Ayat 200:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Perbanyakkan zikir: ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff, Ya Rahman’ berulang-ulang.

Boleh juga membaca:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Taha Ayat 1–5

Doa Nabi Daud 3 kali:

“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut nama anak), seperti Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”

Hembuskan pada makanan, minuman, atau susu anak. Ini antara amalan doa untuk anak yang diamalkan ibu bapa sejak dulu.

4. Doa Supaya Anak Rajin Solat – Surah Ibrahim Ayat 40–41

Bacaan ayat:

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”

Amalkan selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.

InsyaAllah, anak akan lebih menitikberatkan solat dan hubungan dengan Allah.

5. Doa Fokus dan Terang Hati Anak Belajar

Bacaan doa:

Ya Allah, Tuhan yang membuka segala rahsia,
Tenangkan hati anakku ketika dia belajar.
Lapangkan dadanya dari segala resah dan takut,
Jadikan fikirannya terang, hafalannya kuat,
dan tangannya ringan menulis ilmu yang bermanfaat.
Ya Allah, keluarkanlah dari dirinya segala gangguan dan kekusutan,
gantikan dengan cahaya keyakinan dan semangat yang lembut.
Bukakan jalan fikirannya seperti Engkau membukakan jalan air dari batu,
dan jadikan setiap huruf yang dipelajari sebagai cahaya yang menghidupkan jiwanya.
Ya Allah, kembalikanlah tenaga fokusnya,
jauhkanlah dia dari kelalaian, gangguan dan rasa malas.
Satukan niatnya untuk menuntut ilmu kerana-Mu.

Waktu terbaik: Subuh dan Maghrib, sebut nama anak dalam doa.

Doa ibu bapa yang ikhlas adalah pagar paling kuat untuk menenangkan hati anak. Dengan mengamalkan doa untuk anak setiap hari, ia bukan sahaja mendidik emosi dan rohani anak, tetapi turut meneguhkan hubungan ibu bapa dengan Allah.

 

Sumber: mediadakwah.com ,  Aishah Kassim,  Pengiran M. Nizam Rahman Hajar Mohd

Published by
Nor Yusoff