Ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan sihat dan aktif ditakdirkan terlantar dan mungkin tidak boleh membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya. Itu yang berlaku pada anak kecil ini, Adrian Harriz yang baru berusia setahun setelah jatuh dari baby walker.

Kisah yang dikongsikan oleh ibu Adrian, Puan Haziren ini mungkin boleh dijadikan peringatan dan orang ramai boleh sama-sama mendoakan agar anak kecil ini terus kuat melalui kesakitan yang ditanggungnya.

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

Peristiwa hitam dalam hidup Adrian Harriz atau lebih mesra dengan panggilan ‘adik baby’ berlaku ketika dia berusia 7 bulan.

“Ketika kejadian adik baby baru 7 bulan. Waktu itu, papanya nak pergi ke tandas dan tak sedar adik baby ikut dari belakang. Sampai di dapur, tiba-tiba walker yang dinaikinya itu tersembam dan kepalanya dulu jatuh ke depan. Tetapi lepas terjatuh, dia okay sahaja, tak ada darah atau muntah.

“Keesokkan harinya baru dia demam dan saya membawanya ke klinik. Waktu itu, mereka hanya sahkan demam biasa sebab terkejut daripada jatuh. Namun selepas itu, dia demam ‘on-off’ beberapa hari sehingga nampak tidak aktif dan lemah.

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

“Disebabkan rasa tak sedap hati dan naluri sebagai seorang ibu, kami suami isteri ambil keputusan bawa Adrian ke hospital. Doktor terus scan dan mendapati berlaku bengkak di dalam kepala adik baby sebab ada lebihan air. Bila doktor buang air di dalam kepalanya baru tahu ada jangkitan kuman,” katanya.

Tambah Haziren, sehingga hari ini, setiap hari ke 10 perlu tukar tiub di kepala adik baby selagi ada kuman di kepalanya.

“Saya minta doakan adik baby pulih seperti sedia kala. Adik baby sangat kuat semangat. Alhamdulillah, perkembangan yang positif adik baby dapat gerakkan kaki dan tangan, itu pun sudah bersyukur,” tulisnya di Facebook.

IKLAN

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

Dah 5 bulan berada di hospital

Difahamkan, sejak dimasukkan ke wad bulan Oktober tahun lalu, sehingga kini dah 5 bulan adik baby berada di dalam wad. Terbaru sudah 13 kali menjalani pembedahan di kepala dan satu di lutut akibat jangkitan kuman.

“Sekarang ini pun, Adrian masih dalam ICU dan menggunakan tiub pernafasan kerana oksigennya masih belum stabil. Sejak dia menerima rawatan di hospital kami tak boleh melawat dan boleh tahu perkembangannya hanya melalui jururawat dan doktor saja.

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

Dalam satu video yang dikongsikan oleh ibu ini, pada pukul 4 pagi, secara tiba-tiba adik baby tidak ada respon. Oksigen ketika itu turun hingga bacaan 42 peratus.

IKLAN

Ibu mana yang tak sedih melihatkan anak yang masih kecil diberi ujian sebesar ini. Namun, saya harus kuatkan semangat dan percaya ada keajaiban dari Allah selepas ini.

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

“Lepas masuk ICU, anak saya terpaksa pakai intubate sebab oksigen dia tak stabil…”

Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan melihat Adrian Harriz untuk pulih seperti anak-anak yang lain walaupun doktor tak meletakkan harapan tinggi untuknya kembali hidup normal.

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

IKLAN

Harapan saya juga, semoga doa kalian dapat beri kekuatan pada Adrian dan Allah angkat segala kesakitannya dengan memberikan kesihatan yang baik serta dapat kembali melihat senyumannya. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit: Haziren Erin

ARTIKEL MENARIK [Dr Kongsi Kes Kanak-Kanak Tertela Syiling 50 Sen. Ini Patut Ibu Ayah Buat!]

BACA JUGA [Dr Ingatkan Jangan Dibiasakan ‘Jamu’ Anak Dengan Kentang Goreng, Bahaya!]

Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI