Di saat melihat anak membesar di depan mata dengan sihat, tiba-tiba Allah uji dengan ujian yang tak di sangka-sangka. Percayalah tiada ibu bapa nak lihat anaknya sakit tapi jika takdir Allah kita hanya mampu berdoa moga ada keajaiban dari-Nya.

Perkongsian dari Nur Fitriah Zainol mengenai keadaan anak saudaranya yang disahkan doktor dijangkiti kuman dalam otak ketika demam benar-benar mengubah kehidupan adiknya sekeluarga.

Doakan Ammar Sembuh! Hanya Demam, Kini Doktor Sahkan Ada Kuman Di Otaknya

Ujian di saat PKP

Sebelum ni, kisah ini hanya dikongsi bersama saudara-mara terdekat untuk di pohon doa bersama. Tapi lebih baik dikongsi dengan rakan-rakan sekalian supaya kita dapat sama-sama berdoa dan mungkin Allah makbulkan doa kita.

Ujian apa ni???
Kisahnya berkaitan dengan anak saudara Azie iaitu Muhammad Ammar Bin Mohd Sukri Nizam, iaitu anak kepada adik Azie iaitu Rodziah. Ammar merupakan satu-satunya anak kepada Sukri dan Rodziah dan usianya hanya berbeza 1 bulan dengan Amir Fawwaz.

IKLAN

23/3/2020
Ammar mengalami demam dan badannya lemah sahaja. Tetapi Ammar masih mahu makan seperti biasa. Pada petang itu, ibu dan ayahnya membawa Ammar ke klinik untuk mengambil ubat. Dr memberi ubat demam dan ubat sumbat agar suhu badannya turun sahaja. Pada malam itu, Ammar hanya terbaring sahaja.

24/3/2020
Pada pagi 24 Mac, ibu dan ayah Ammar membawanya ke hospital kerana suhu badannya masih panas dan dia kelihatan begitu lemah. Selepas Dr membuat pemeriksaan, Dr terus refer Ammar ke HSB. Ammar dibawa ke HSB dengan ambulans. Menurut kata Dr, Ammar kelihatan penat dan berkemungkinan bukan demam biasa. Di HSB, Ammar terus ditempatkan di dalam wad biasa.

Doakan Ammar Sembuh! Hanya Demam, Kini Doktor Sahkan Ada Kuman Di Otaknya

25/3/2020
Bermula tarikh ini, Ammar di masukkan ke dalam wad PICU. Ammar dalam keadaan tidak sedar dan badannya dipenuhi wayar-wayar. Ammar bernafas menggunakan oksigen kerana oksigennya begitu rendah.

IKLAN

26/3/2020 
Ammar dibawa oleh Dr ke KMC untuk scan otak. Keadaannya masih tiada perubahan.

31/3/2020
Dr memohon untuk scan Ammar buat kali ke-2 kerana result scan kali pertama tidak jelas.
Ammar masih di PICU. Hanya salah seorang waris sahaja yang dapat melawatnya.

2/4/2020
Waris memberi keizinan kepada Dr untuk mengambil air tulang belakang Ammar untuk mengetahui sama ada otaknya dijangkiti kuman atau tidak. Pada tarikh ini, air tulang belakang Ammar di ambil dan dihantar ke makmal.

Doakan Ammar Sembuh! Hanya Demam, Kini Doktor Sahkan Ada Kuman Di Otaknya

IKLAN

5/4/2020
Pada tarikh ini, Dr mengesahkan terdapat kuman yang agak teruk di dalam otak Ammar. Pada masa ini, Dr hanya continue antibiotik.

Oleh itu, Azie ingin memohon agar anda semua sama-sama mendoakan kesembuhan tanpa kesan buat anak saudara Azie ini.

Doakan agar Allah mengurniakan kekuatan buat Ammar agar dapat melawan penyakitnya itu. Andai anda ingin membuat sumbangan ikhlas untuk keluarganya bolehlah terus kepada ibu dan ayahnya di saat mereka memerlukan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua.

019-3029518 (Sukri Nizam /ayah Ammar) & 011-16025776 (Rodziah/ibu Ammar)

Sumber: Nur Fitriah Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI