Salam takziah diucapkan buat aktivis kemanusiaan, Ebit Lew yang kehilangan bayinya selepas isteri tersayangnya mengalami keguguran.
Melalui Instagramnya, Ebit menyampaikan khabar duka itu kepada pengikutnya.
Malah dalam entri yang sama juga, aktivis yang sentiasa tampil untuk membantu insan yang kesusahan ini turut memuat naik videonya bersama isteri ketika berada di hospital.
“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran,” tulisnya berkongsi.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, Ebit kelihatan sedang menolak kerusi roda yang dinaiki isteri selepas menerima rawatan di sebuah hospital.
Ads
Kedua-duanya tersenyum manis tanda reda walau diuji dengan kehilangan.
Dalam pada itu, aktivis yang sentiasa cepat dan pantas membantu tanpa jemu ini juga turut merakamkan penghargaan buat isteri tercintanya sebagai tanda pengorbanan dalam perjuangan kehamilan serta membesarkan anak-anaknya.
Ads
“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pengikut setia Ebit Lew di Instagram turut merakamkan ucapan takziah malah diberikan kesembuhan segera buat isteri tercintanya.
Mungkin terlalu banyak Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut bayi dalam kandungan terkejut.
Itu yang dikongsikan pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan kesihatan isterinya Wawa Zainal yang mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu.
Menurut Aeril, mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan.
Buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.
“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.
“Pagi semalam dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.
Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.
“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.
“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.
Dalam perkongsian di instagramnya juga, Aeril turut menyatakan berat sungguh dugaan seorang isteri atau ibu. Bukan mudah nak lalui semua ini. Wahai lelaki hargailah isteri kita…
Bergelar ayah kepada seorang cahaya mata, Harris Annuar yang juga suami kepada pelakon dan model, Asha Merican mengakui kehidupan sebagai suami dan ayah banyak mengajarnya erti tanggungjawab.
Berbeza dengan kehidupan zaman bujang yang boleh kesana-sini tanpa had, kini dia belajar erti menjadi ketua keluarga walaupun pada awalnya sukar untuk menerima perubahan hidup namun dengan bimbingan orang sekeliling termasuklah menerima nasihat dengan hati terbuka daripada ibu dan ibu mentua tercinta.
Dalam 10 orang papa yang dipilih sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial untuk Pa&Ma Gala Award 2023, Harris Annuar terpilih kerana mempunyai kisah menarik sejak bergelar seorang bapa yang boleh dijadikan inspirasi buat papa-papa lain.
Walaupun baru bergelar seorang bapa, namun setiap proses dalam menjalani perjalanan keibubapaan diambil berat oleh Harris sendiri. Baginya Auraa Mendina merupakan anugerah yang terindah dalam hidup.
Proses Kelahiran Segar Dalam Ingatan
Walaupun yang melahirkan anak adalah isteri, namun setiap momen itu tetap segar dalam ingatan Harris. Malah, dia turut mengambil tahu setiap perkara penting termasuklah graf bacaan jantung janin ketika menunggu proses kelahiran.
“Sebenarnya Asha bersalin awal dua minggu iaitu minggu ke-38. Pada awalnya Asha kena induce. Tiga kali isteri di induce, namun bukaan tetap 2cm. Saya dah mula risau dan sentiasa tengok Kardiotokografi Berterusan (CTG). Saya tanya nurse, nurse cakap okay, InsyaAllah baby okay”
“Tapi tiba-tiba CTG tak cantik dan doktor minta untuk terus buat emergency czer sebab tali pusat bayi dah mula terbelit dekat leher. Masa tu saya menangis sebab tak ada pengalaman, anak pertama.. emergency czer macam teruk sangat ke? Masa tu air mata dah mengalir dan saya tak boleh masuk sebab kes kecemasan. Kita dah risau dekat baby dan isteri. Itulah pengalaman yang tak boleh dilupakan”
Tunaikan Apa Sahaja Yang Isteri Mengidam Ketika Hamil
Harris yang juga anak kepada ushawan ternama iaitu Kak Ton, turut menunaikan apa sahaja yang diidamkan isteri ketika hamil kerana baginya pengorbanan isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak lebih besar jika nak dibandingkan dengan ushanya untuk memenuhi permintaan ‘mengidam’ si isteri ketika hamil.
“Orang tua-tua kata kalau isteri mengidam kena tunaikan takut air liur baby bila lahir nanti meleleh kan? tu risau juga (selorohnya). Tapi kita sendiri tahu perjuangan isteri mengandung selama 9 bulan, kemudian bersalin dan nanti nak menjaga anak lagi kan satu perjuangan juga jadi why not kita tunaikan apa yang dia idamkan. Kita bagi je”
Ikuti perkongsian penuh Harris Annuar serta Ezzaty Abdullah dalam live Pa&Ma Gala Award 2023 di bawah
Nantikan episod seterusnya untuk Pa&Ma Gala Award setiap hari pada bulan Julai ini!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ramai ibu-ibu hamil yang tertanya-tanya boleh ke atau mampu ke untuk berpuasa dalam keadaan yang sedang hamil? Mungkin ramai yang merasa keliru dan takut kandungan terjejas dalam masa yang sama ingin menunaikan kewajipan berpuasa di bulan mulia ini.
Jika anda terdiri dari golongan ibu hamil yang berisiko, dinasihatkan agar tidak memaksa untuk berpuasa kerana berbahaya kepada kandungan. Jika anda tetap ingin berpuasa, anda dinasihatkan mendapat khidmat nasihat daripada doktor bertauliah.
Ikuti perkongsian daripada Dr.Erna;
PUASA BOLEH DIGANTI, NYAWA CUMA SEKALI
Masa bertugas di klinik kesihatan dulu, saya pernah dapat kes di mana bayi di dalam kandungan meninggal.
‘Doktor, doktor boleh tolong scan tak? Saya dah periksa guna daptone dekat 10 kali dah, tapi tetap tak dapat juga bunyi jantung baby.’
Saya pun terus scan. Benda pertama yang akan dilihat masa scan antenatal adalah jantung bayi. Tengok berdegup atau tidak.
Untuk kes ini, saya letak je probe scan, jantung dia kaku. Tiada sebarang pergerakan.
‘Allahu’ detik dalam hati. Benda macam ni lah paling tak suka sekali.
Saya panggil seorang kawan untuk pastikan apa yang saya lihat tu betul.
Kawan saya scan 2-3 kali, masih kaku di situ☹️
Pesakit saya ini sudah masuk trimester ketiga dan dia memang ada kencing manis sewaktu hamil(gestational diabetes mellitus). Bacaan gula dia kadang ok kadang tak ok. Pesakit GDM perlu periksa gula (BSP) dua minggu sekali untuk lihat kawalan gula mereka.
Kejadian ini berlaku semasa bulan Ramadhan.
Pesakit ini masih juga mahu teruskan berpuasa walaupun sudah dinasihati untuk tidak berpuasa demi kebaikan pada diri sendiri & bayi di dalam kandungan kerana kawalan gulanya yang tidak berapa elok.
Risiko paling tak seronok untuk GDM adalah kematian bayi dalam kandungan.
Risiko lain adalah perkembangan samada kecik sangat, besar sangat, mendapat kencing manis juga yada yada yada.
Ya, puasa memang wajib. Tapi Islam tidak pernah menyusahkan. Ada rukhsah untuk mereka yang uzur termasuklah mereka yang mengandung.
Wanita mengandung yang sihat, InshaAllah ok sahaja untuk berpuasa. Yang penting bersahur dan berbuka dengan betul. Tapi, jika ada masalah seperti kurang darah atau kencing manis, seeloknya tidak berpuasa.
https://drc.bmj.com/content/5/1/e000470
Risiko yang merisaukan adalah : 1. Hypoglysemia (kandungan gula dalam darah ibu dan bayi menjadi rendah) 2. Penghasilan ketone/ketosis ( terbentuk akibat penghasilan tenaga yang sangat kurang) 3. Dehidrasi ( untuk ibu dan bayi, bahaya kerana melibatkan organ lain juga seperti buah pinggang)
Hukum untuk wanita mengandung yang tidak berpuasa pun dah ada.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!