Penceramah selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Bapa kepada Muhammad Bilal itu berkongsi perkhabaran itu ketika mengendalikan sebuah program.
Bahkan kata Haris, dia akan turut serta ke hospital selepas program itu bagi menemani Neelofa yang sudah pun dimasukkan ke wad.
“Isteri dah hampir due, doakan insyallah.
Ads
“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insyallah kita doakan segalanya dipermudahkan.
“Korban tak korban, selepas ini saya terus pergi,” katanya yang akan menemani isterinya itu untuk bersalin.
Ads
Dalam pada itu, rakan gandingan Haris, Fakhrul Radhi turut sama mendoakan agar proses kelahiran bayi kedua Neelofa dan Haris itu dipermudahkan.
Terdahulu, Neelofa yang bakal menyambut kelahiran bayi keduanya itu memilih untuk menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu untuk menjaganya sepanjang berpantang kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Tahniah diucapkan buat pemilik jenama Leeyana Rahman yang mesra dikenali Yana Lee selepas selamat menimang anak keduanya semalam.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi perkhabaran gembira kelahiran anak perempuan keduanya itu yang dilahirkan dengan berat 3.07kg.
Malah isteri kepada Hafiz Hamid ini juga turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki di bulan Syawal ini malah dipermudahkan urusan kelahiran bayi keduanya.
“Alhamdulillah syukur hari ni pukul 3:27 pm mama selamat melahirkan babygirl seberat 3.07kg . *Bajupink untuk raya ke 4.
“Thank you baby bagi can mama makan makanan raya puas puas :),” tulis Yana berkongsi.
Berbanding pengalaman melahirkan anak pertama, kata Yana, kelahiran kedua ini mencatatkan pengalaman berbeza bagi dirinya. Kongsi Yana lagi, walaupun dia menerima suntikan epidural bagi mengurangkan sakitnya, namun seakan terasa tidak berkesan.
Malah kata Yana lagi, kelahiran bayi keduanya ini amat istimewa kerana disambut oleh suaminya sendiri.
“Sakitnya nak bersalin Tuhan je tahu. Pakai epidural kali ni tapi macam tak ada rasa pakai epidural. Tak berkesan.
“Alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa sakit bersalin. And kali ni Dr Kham bagi peluang papa dia keluarkan baby.
“Baru dia nampak susahnya nak bersalin. Tergamam terus! Lepas ni kalau tak sayang lebih tak tau lahh,” kongsinya bercerita.
Sakit yang berbeza kata Yana, namun dia bersyukur kerana dipermudahkan segalanya.
“Betul orang cakap, lain anak lain sakit bersalin dia. Sakit kali ni ya Allah Tuhan je yang tahu. Masa anak first tak sesakit macam ni. Semoga sakit ni asbab penggugur dosa,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, suami Yana, Hafiz Hamid turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi rasa keajaiban saat menyambut anak keduanya itu.
“Sebak sgt even this is not our first time , tp sbb Dr. Khamsiah beri peluang utk papa sambut sendiri awak syg. MasyaAllah. Rasa mcm tak percaya. Miracle sgt. Thank you Dr. You always amaze me.
“For those yg mendoakan kami, sy ucapkan ribuan terima kasih. Asbab doa kalian, Allah permudahkan segalanya. Semoga doa yg baik , berbalik kpd korang semua yea,”tulisnya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu bapa mana yang tidak hancur apabila melihat wajah si kecil yang ditatang penuh kasih, pulang dalam keadaan penuh lebam. Itulah yang dilalui sebuah keluarga apabila anak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya.
Menurut perkongsian di laman Facebook oleh Zehra Zubari, anak saudaranya itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat, ceria dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit. Namun, sekitar jam 9.39 malam, apabila kanak-kanak itu dihantar pulang, wajahnya dipenuhi lebam merah yang jelas menyakitkan hati sesiapa sahaja yang melihat.
“Hancur luluh hati kami sekeluarga. Dia masih kecil, belum pandai bercakap, tapi sudah menerima penderitaan sebegini. Dia hanya mampu sebut ‘akit, akit’ sambil gosok pipinya yang lebam,” luah Zehra penuh sebak.
Sejak kejadian itu, si kecil ini mengalami trauma yang cukup teruk. Dia enggan didukung ahli keluarga, sering mengigau di wad, dan menangis sambil menyebut “No, no, no” seolah-olah masih ketakutan dengan apa yang berlaku.
Lebih memilukan, keluarga mendakwa kanak-kanak itu dibawa keluar oleh pengasuh sekitar jam 12.30 tengah hari dan hanya dihantar pulang hampir 10 jam kemudian dalam keadaan cedera tanpa sebarang rawatan.
Susulan laporan polis, pasangan suami isteri yang menjaga kanak-kanak ini telah ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan siasatan dijalankan selepas ibu mangsa membuat laporan pada Jumaat lalu.
Kes penderaan ini benar-benar menguji hati seorang ibu dan ayah. Anak yang ditinggalkan di tangan pengasuh sepatutnya dilindungi, tetapi sebaliknya menjadi mangsa kekejaman.
Oleh itu, Pa&Ma mengingatkan semua ibu bapa agar:
Sentiasa peka dengan keadaan fizikal anak setiap kali pulang dari jagaan.
Percaya pada naluri hati – jika ada yang mencurigakan, segera bertindak.
Pilih pengasuh atau pusat jagaan berdaftar serta dipantau oleh pihak berkuasa.
Jangan teragak-agak memasang CCTV atau membuat pemeriksaan mengejut demi keselamatan anak.
Semoga kejadian ini membuka mata kita semua bahawa amanah menjaga anak bukan perkara kecil. Anak-anak adalah anugerah Allah yang wajib dilindungi dengan penuh kasih sayang, bukan disakiti.
Bagi sesetengah individu, kemewahan bukan pengukur kebahagiaan. Jika dapat itu dikira satu bonus namun kasih sayang adalah segalanya. Bagi seorang kanak-kanak ini, dia sememangnya sangat beruntung kerana dibesarkan oleh bapanya yang cukup mengambil berat dan penyayang.
Walaupun tidak bergaji besar, tetapi bapa kanak-kanak ini syukur rezekinya sebagai pengawal keselamatan dan boleh lihat anak depan mata.
“Alhamdulillah syukur.
“Saya kerja sebagai sekuriti di sekolah anak saya. Anak saya bersekolah di tempat kerja saya,” tulis pengawal keselamatan bernama Hassan menerusi keterangan video.
Video yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki berkenaan yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tekun menyikat rambut anak perempuannya.
Bukan sekadar menyarungkan tudung, malah lelaki itu juga memastikan pakaian seragam anaknya dalam keadaan kemas.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka atas tanggungjawab bapa itu dalam membesarkan anak perempuannya dengan mementingkan pendidikan.
Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan sikap bapa ini yang sangat prihatin.
“Itu pun salah satu rezeki. Rezeki senang urus anak depan mata sambil kerja.”
“Super daddy, jangan mengalah. Teruskan berjuang untuk anak.”
Dalam pada itu, ruangan komen pada video yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok itu turut mendapat doa yang baik-baik buat dua beranak ini.
“Belajar pandai-pandai sayang. Dah besar nanti bahagiakan dan mewahkan ayah ibu.”
Menerusi satu komen, ada yang memuji pengawal keselamatan itu yang sangat baik terhadap pelajar, guru termasuk ibu bapa pelajar lain.
“Hebat sekuriti sekolah ni. Semua pelajar dan guru dia kenal. Ibu bapa yang datang ambil pun dia kenal. Kerja yang mulia,” katanya.
Kasih sayang pengawal keselamatan itu terhadap anaknya turut diluahkan dalam video berasingan di TikTok menunjukkan hubungan mesra bapa ini dan anak perempuan dengan kata-kata yang menyentuh hati.
“Anak perempuan saya adalah nyawa, senyuman, kegembiraan, kekuatan, anugerah dan segala-galanya buat saya.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.