Siapa yang tidak bimbang bila mana anak yang masih kecil disahkan positif Covid-19. Bagi pelakon, Hafizul Kamal, dia bersyukur hanya dia anak sulungnya, Raisya yang disahkan positif sementara isteri dan anak keduanya negatif.
Menerusi Instagramnya, Hafizul berkongsi cerita mengenai keadaan dirinya yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri bersama anaknya di rumah. Malah dia juga kini hilang deria rasa dan bau.
“Kami dua ketoi Positive Covid-19. Nak p lepak gua. Alhamdulillah Sara and Mieja negative.
“Raisya punya spo2 fluctuate 91-96, fever max 39.2c.
“Nikmat makan saya dah 3 hari hilang, bau pun tak dak. Lapar tetap lapar la.
“Kalau ada yang tau macam mana nak dapat balik deria bau tolong share pleezzz. Doakan kami pulih laju-laju ye.. terima kasih,” kongsinya di Instagram.
View this post on Instagram
Anak demam sejak Ahad
Dalam pada itu, menerusi Instagram isterinya yang senang dikenali sebagai Mieja, ibu kepada dua anak ini berkongsi cerita bagaimana anak dan suaminya itu disahkan positif.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/amar-amran-kurta-al-fattah-navy-blue-20056333″ style=”flat” background=”#2def2e” color=”#ffffff” size=”6″]Amar Amran Kurta Al-Fattah[/su_button]
“Assalamualaikum. It is sad to inform, my husband @hafizulkamal & daughter, @raisyaamanda__, were tested positive Covid19. Sebabkan ada family members pun positive & Raisya pun dah start demam (hari Ahad), so decided untuk swab test. Instinct mak ni kuat mengatakan Raisya positive walaupun deep inside my heart doa supaya instinct ni salah.
“Kesian Raisya. First buat PCR & husband buat RTK antigen (supposedly PCR jugak tapi entah la hospital). Result keluar 4 Oct 12 tengah malam husband positive while Raisya dah settle admission sementara nak tunggu result PCR esoknya siap dah buat IV line kat tangan.
“Since husband positive & tak boleh teman Raisya, they decided to swab again with RTK antigen. 2.30 pagi result keluar Raisya pun positive. Terpaksa la discharge kan Raisya. Meanwhile i cecepat kemas bilik & prepare barang-barang yang patut untuk both of them kuarantin dalam bilik for the next 10 days. Pukul 4 pagi baru diaorang sampai rumah.
“I pun ada arrange doc datang swab kat rumah & both me and Sara negative. Alhamdulillah kitaorang takda simptom pape. KKM pun dah call semalam. I pun dah mintak husband inform management & they put tong sampah depan rumah,” tulisnya lagi.
Raisya semakin baik, dah tak merengek
Risaukan anak sulungnya yang demam sejak Ahad, namun isteri tersayang Hafizul ini kini bersyukur anaknya itu sudah pun kembali ceria dan tidak lagi merengek seperti sebelumnya.
“Inform jugak jiran-jiran. Bila positive/close contact ni, banyak sungguh benda kena buat dia cam “Jap nak buat yang mana dulu ni?” 😂 and honestly i’m super tired even harini baru masuk hari ke-2 kuarantin.
“Semua benda dalam rumah ni handle sendiri sebab husband tak boleh tolong. Tapi takpa, i anggap ni ujian & redha dengan ujian ni. Just nak mintak kami family semua sihat takda apa yang teruk. Lagipun we have to learn to live with the virus.
“As for today alhamdulillah sangat sebab Raisya is back! Dia dah happy boleh main main dalam bilik, makan okay semua, gelak-gelak, dah tak merengek. Mummy dapat lambai dari jauh je & air purifier on depan pintu. Thanks for your du’a & kind wishes. Moga Allah balas segala kebaikan pada anda semua,” tulisnya berkongsi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, rata-rata peminat Hafizul turut menitipkan doa agar Hafizul dan anak cepat-cepat sembuh.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Hafizul dan anaknya, Raisya. Semoga cepat-cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu.
Beli Di Sini
Menarik: Belikan Bunga & Makan Sedap Tak Salah, Lagi Bermakna Belikan Isteri Emas, Cincin Setiap Bulan!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI