Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak yang dilahirkan sihat dan normal, tiba-tiba diuji dengan kesakitan yang langsung tak dijangka. Pendarahan yang keluar secara tiba-tiba melalui hidung dan mulut tanpa henti ketika hendak menyusu benar-benar mengubah hidup adik Nur Laila Faiha Bt Muhammad Hasrol Idham.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Masih belum tahu apa punca pendarahan

Menurut ibunya, Shariza Nadilah Bt Sahad, Laila dilahirkan sihat dan normal pada 2 September lalu. Namun takdir Allah Laila diuji dengan kesakitan yang tidak diketahui lagi hingga hari ini ketika usianya 7 hari.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Waktu pertama kali berlaku, apabila melihat darah keluar di hidung dan mulut Laila tak boleh nak bayangkan perasaan masa itu. Apa yang terlintas bawa Laila ke klinik kesihatan untuk dapat rawatan.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Ketika di klinik beberapa doktor telah usaha untuk hentikan darah yang keluar namun tak berjaya dan pada masa tu Laila pun dalam keadaan kritikal terus di hantar ke HUKM. Sepanjang menerima rawatan di HUKM, doktor telah melakukan operation untuk hentikan darah yang keluar.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Doktor ada tampal sesuatu di bahagian hidung Laila buat sementara waktu dan alhamdulillah Laila menunjukkan perkembangan positif walaupun keadaannya agak kritikal dan perlu memakai tiub pernafasan semasa di NICU.

IKLAN

Disebabkan hingga kini masih belum mengetahui penyakit yang dihadapi Laila, doktor telah bawa kes Laila ini ke Pakar Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Setelah enam hari dalam NICU, doktor benarkan keluar dulu dan esok (Rabu) Laila akan dimasukkan semula ke HKL untuk buat scan dan MRI serta operation kali kedua.

Sekarang keadaan Laila nampak agak stabil. Cuma sebagai ibu saya masih risau sebab hingga sekarang masih belum tahu punca macam mana pendarahan itu boleh berlaku. Saya mengharapkan ada keajaiban untuk Laila sembuh dan pendarahan itu bukan berpunca dari apa-apa penyakit bahaya.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Doa orang ramai kekuatan untuk Laila

IKLAN

Dalam perkongsian di FB Shariza beberapa hari lalu, tiada kata yang dapat diluahkan apabila melihat Laila begitu kuat melawan sakitnya.

Berkat doa orang ramai yang tak putus untuk Laila, pendarahan itu dah berhenti namun belum lagi dalam fasa selesa kerana kemungkinan kejadian seperti sebelum ini boleh berulang.

AllahuAkbar. Sujud syukur mommy. Dengan berkat doa org ramai, Laila dah lepas fasa stabil setelah tiub penafasan dicabut semalam. Walau bagaimana pun dia masih perlu dirawat di Hos Pakar Kanak Kanak untuk rawatan selanjutnya memandangkan doc masih tak jumpa punca pendarahan. Buat masa skrg dia masih lagi di rawat di NICU sehingga dapat di transfer.

Terima kasih yg tak terhingga semua. Tak terluah perasaan waktu ni. Terlalu ramai yg syg Laila, yg bantu Laila. Laila hanya kene kuat utk beberapa hari jer lagi untuk dapatkan rawatan ye syg. Mommy tak boleh senyum lagi sehingga dapat tahu punca pendarahan. Mommy takut perkara yg sama berulang lagi.

Mommy syg Laila ❤ kakak Naila dgn abg Ahnaf tgh tunggu Laila balik syg nk main sama sama. Cepat sembuh ya.

IKLAN

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Baru berhenti kerja untuk fokus anak 

Kongsi Shariza, keputusannya berhenti kerja untuk fokus pada anak-anak yang usia 4, 2 dan terbaru Laila nampaknya seperti kebetulan. Walaupun agak sedih kerana hanya bergantung pada pendapatan suami sahaja, saya yakin rezeki kami sekeluarga tetap ada.

Buat masa ini saya cuba menceburi bisnes online dengan menjual tudung. Harapnya rezeki untuk anak tetap ada kerana kos perbelanjaan selepas ini tak tahu berapa banyak lagi. Jika nak harapkan suami saja mungkin agak berat.

Doakan Laila! Keluar Darah Di Hidung & Mulut Ketika Menyusu, Pakar Belum Tahu Puncanya

Sebab risiko agak tinggi waktu saya dan suami berbincang dengan pakar-pakar di HKL sebelum ini. Memang sangat risau. Saya cuma berharap doktor dapatkan sahkan punca penyakit dia (harap tak seserius yang di jangka) dan dia sihat seperti kakak dan abang dia.

Jika ada yang ingin membantu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mempermudahkan urusan keluarga adik Laila, boleh salurkan pada akaun Maybank ibunya Shariza Nadilah Binti Sahad (164762035875)

Sumber: Shariza Nadilah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI