Ajal maut itu semua ditangan Yang Maha Esa, kita manusia hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Seorang ibu yang didiagnoskan dengan sakit kanser pada tahun lalu dan telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang ada. Namun risau dengan kesihatan diri yang kadang tidak menentu Liz Masnon mempunyai anak ADHD yang cukup aktif dan bukan menjurus kepada aktiviti ilmiah punya cara tersendiri dalam menangani anak lelakinya yang mempunyai sindrom ADHD.

Attention deficit hyperactivity disorder ataupun lebih dikenali sebagai ADHD, merupakan sebuah sindrom yang sering terjadi terhadap golongan kanak-kanak. ADHD mempunyai tiga keadaan iaitu kurang daya tumpuan, aktif melampau dan terlalu menurut kehendak hati. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ADHD mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk perkembangan mereka.

Dalam perkongsiannya menerusi laman Facebook, wanita tersebut berkongsi pendekatan yang digunakan untuk mengawal dan membentuk perkembangan diri anaknya yang hyper aktif.

“Hi semua.

“Dah lama tak kongsi cerita kat sini. Kepada ibu bapa yang merasakan cukup stress dengan anak ADHD, bersyukurlah kerana diberi kudrat yg kuat untuk menjaganya.

“Pada Febuari tahun ini saya disahkan sakit kanser dan telah menjalani operation membuang ketumbuhan itu pada April tahun ini dan selesai rawatan radioterapi pada akhir Ogos lepas. Sejak itu, badan saya sentiasa sakit dan keletihan selain mengalami komplikasi kesan sampingan radioterapi tersebut.

“Sejak itu juga saya rasa saya dah tak banyak masa lagi dengan keluarga. Itulah mulanya titik tolak perubahan saya. Saya rasa saya perlu corak masa depan yg baik utk anak saya.

Anak ADHD Bukan Beban, Ibu Ini Kongsi Bagaimana Cara Mudah Nak Kawal Mereka
Anak-anak sumber kekuatan Liz Masnon untuk teruskan kehidupan

“Saya melihat fizikal anak saya kuat begitu juga mental tetapi dia tidak menjurus ke arah aktiviti ilmiah.

IKLAN

“Jadi setiap minggu saya bawa dia main bowling seperti diminta. Saya berikan sokongan terhadap aktiviti kegemarannya. Cuma dia sukar menerima realiti kalau dia kalah tapi saya cuba motivate dia… Saya kata “takpe cuba lagi. Tengok mama dah tua pun dapat score sikit je”. I have to construct my failure to satisfy him. Cubaan memujuk dia sertai Tae Kwondo belum berjaya. Puas memujuk. Harap tak ketandusan idea.

“Selain itu, dia suka berenang dan mendaki gunung. Letih atau tidak, terpaksa melayan kehendak dia. Syukurlah kakaknya ada membantu melayan adik dia.

“Seharian beriadah pun tenaga masih banyak. Walaupun dalam keadaan sakit, saya layankan juga kehendak dia supaya dia tak memberontak.

“Sekarang, saya sibuk mencari kelas-kelas tuition membaca BM, English, Jawi dan sebagainya untuk dia supaya tak ketinggalan dalam ilmu pelajaran dan mempunyai masa depan yang baik.

Semoga Allah beri kesembuhan total pada saya demi masa depan anak-anak.” 

IKLAN

Ada beberapa siri perkongsian yang dibuat oleh Liz Masnon. Menerusi perkongsiannya yang lain wanita ini turut menyatakan cara yang dibuat untuk anaknya itu

Ajak Anak buat sesuatu

“Assalam semua. Orang kata anak saya ADHD. Saya tak pernah check walaupun nampak ciri-ciri tu. Dulu saya tak boleh terima sikap dia yang tak suka membaca dan kuat bermain. Saya cuba menukar pandangan saya pada dia budak yang aktif, berkemahiran lain dan suka aktiviti fizikal jadi saya banyak habiskan masa di luar, berkorban bajet utk kemahiran dan menghabiskan tenaga dia walaupun yang habis tu lebih kepada masa, tenaga dan wang saya. Tapi tenaga dia tetap banyak. Saya lebih banyak berlembut, tidak terlalu melayan amarah dia dan cuba distract dia dari bosan dan mengamuk.

“Lebih banyak peluk, luahkan perasaan kasih sayang, harapan masa depan, dan cita-cita. Sebenarnya dia mendengar waima macam tak dengar. Alhamdulillah, dia sekarang dah pandai simpan duit berbanding dulu semua dia nak beli. Saya beritahu the worst thing that could happen dengan tindakan dia to prevent. Setiap minggu saya sediakan hidangan untuk fizikal. Sebelum dia tantrum, saya dah plan macam mana nak sejukkan hati dia. Distract dia daripada apa yang dia plan yang tak mampu kita bagi.

Anak ADHD Bukan Beban, Ibu Ini Kongsi Bagaimana Cara Mudah Nak Kawal Mereka
Anak ADHD aktif dan sukar fokus dalam pembelajaran

“Bila dia nak mengamuk je saya pun ajak dia buat sesuatu…”haa jom esok kita mandi kolam/main basikal/mewarna/lumba lari/memanah/naik kuda” etc. kalau dia taknak juga.. kena fikir apa yg boleh buatkan dia kalah. contohnya “jom la.. ajak kawan pegi sekali. kita lawan siapa menang. siapa kalah dia kena belanja minum”. Dulu saya selalu marah-marah bila dia malas belajar dan membaca waima hanya 5 minit. tapi sekarang saya lebih banyak bersabar dan menerima keadaan dia dan cuba melengkapi dia dgn aktiviti berfaedah supaya bila besar nanti dua2 pihak tidak menyesal.”

Mama Bagi Hadiah

 “Saya beri kelonggaran. Saya kata, kalau tak nak belajar dekat rumah, dekat sekolah kena fokus dengan apa yang cikgu cakap, kalau belajar pandai baru la kacak. Dulu saya selalu kata jangan hempas pintu. Sekarang saya selalu kata “kalau (nama dia) tak mengamuk dan bersikap baik, nanti mama bagi hadiah tapi kena tunggu mama dapat gaji dulu. Kadang-kadang bila dia mengamuk, saya cuba peluk dan geletek dia. Akhirnya dia ketawa dan cool down. Cuba lah. Tak perlu berbelanja besar, kut kemampuan masing-masing.

IKLAN

“Dulu selalu bergaduh kalau nak bawa dia ke klinik, gunting rambut etc. Dia selalu taknak dan mengamuk sebab saya selalu beritau dia dulu sebelum bawa dia ke tempat tu. Sekarang saya bawa je tanpa beritau dia. Kalau dia mengamuk sebab tiba-tiba sampai klinik, saya kata saya yang nak jumpa doktor sebab saya sakit. Dia tanya kenapa bagi ic dia, saya kata memang la doktor nak tengok ic anak kita sekali. Kalau dah terkantoi tu, barulah saya cakap doktor baik la.

“Kalau sakit makin teruk nanti kena masuk hospital, kena inject, cucuk jarum, kena bedah nanti lagi teruk. Siapa nak jaga dekat hospital. Mama nak kerja, nak kumpul duit belikan (nama dia) hadiah untuk tenangkan dia. Kalau dia mengamuk tak nak gunting rambut pun saya tak layan dia tapi saya cari idea supaya saya menang. Saya tunjukkan gambar-gambar style potongan rambut supaya dia nampak kacak. Saya cakap kalau potong macam ni nanti mesti nampak kacak dekat “sekolah. Kena banyak cari idea untuk distract dia daripada kemahuan dia dengan benda yang dalam kemampuan kita dan kena tunjukkan yang ianya menyeronokkan.”

Semoga Allah kurniakan kesihatan total buat wanita ini untuk masa depan dirinya dan anak-anak tersayang. Amin!

Sumber: Liz Masnon

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI