“Ramai yang doakan bidadari kecil mama nie. Terima kasih aunty, terima kasih uncle. Semoga Allah angkat salah satu doa-doa uncle dan aunty untuk Maryam Nur Jannah”.

Itu harapan yang diharapkan oleh Shiera Adam untuk anaknya yang belum pun mencecah usia dua bulan tetapi telah diuji dengan ujian cukup besar sekali.

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser Neuroblastoma

Bagi pasangan suami isteri, Shiera Adam dan suaminya Muhammad Jazmi kedua-duanya mengharapkan ada keajaiban dari Allah menghilangkan segala sakit buat Maryam yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi dan anak kecil.

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser Neuroblastoma

Kanser neuroblastoma ketika usia 37 hari

Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir. Kebahagiaan dan kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata sulung ini bertukar berita menyedihkan setelah Maryam didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya 37 hari dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya yang kini dah bengkak 9cm.

IKLAN

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser Neuroblastoma

Menurut Shiera anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan susulan walaupun baru beberapa hari pulang ke rumah kerana perutnya mula kembung.

“Biarpun Maryam belum mengerti apa-apa lagi, namun semangat yang ditunjukkan Maryam begitu kuat sekali.

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser Neuroblastoma

IKLAN

“Bila mama tengok ramai yang sakit sama macam awak tewas, makin mama yakin anak mama ni 1 dalam 1000. Yang kuat semangatnya. Yang hebat seperti namanya. Yang akan sembuh dan membesar dengan sihat macam baby baby lain.

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser Neuroblastoma

“Mama redha dan mama tawakal. Mama yakin Maryam akan sihat dan akan panggil mama “mama”. Fight sayang!”, kongsinya.

Berikutan itu, dalam perkongsian Shiera di Facebook dan Twitter ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan Maryam kuat dan sembuh serta membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarganya.

IKLAN

Doakan Maryam Kembali Sihat! 37 Hari Lahir Disahkan Kanser NeuroblastomaBiarpun dugaan ini sungguh besar buat pasangan suami isteri ini, mereka sentiasa positif Allah yang mengetahui segala-galanya.

Sumber: Shiera Adam

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI