Lan Solo dan isteri, Nur Sheila memohon orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.
Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.
Ads
Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) turut berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa.
“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.
Ads
Sementara itu, di status instagram Lan pula, dia turut menyatakan semoga pembedahan yang dilakukan ke atas anaknya hari ini berjalan lancar dan sangat berterima kasih atas doa dari semua.
Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.
Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Bayi cranky dan kuat meragam dan tanpa sebab, pening dibuatnya. Mama papa jangan panik! Cuba periksa, mungkin anda lupa nak buat 6 perkara ini.
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum bolehbercakap, menjadikanmenangis sebagai kaedah untukberkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sebelum memeriksa lebih lanjut, pastikan anda melakukan lima perkara ini terlebih dahulu;
Namun sekiranya lima perkara di atas telah dilaksanakan dan tangisannya masih lagi tidak reda, anda boleh cuba lakukan enam perkara seperti berikut
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Uwaaa….uwaa…” “Adik kejap ye, mama nak pergi toilet. Adik duk dalam playpan ni jap ye. Ni ada teddy bear..alo lo lo..” “Uwaa..uwaa..” Baby masih tetap menangis bila nampak mamanya meninggalkan dia sendirian. Mama dah tak tahan dah, terpaksa juga ke ’emergency room’ dan selesaikan urusan dengan pantas.
Ha, ramai ibu yang mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang sebab anak-anak usia 6 bulan ke atas ni tak boleh berenggang. Dulu sebelum 6 bulan, baik jer. Tidur jer.⠀
Sekarang bila tak nampak mama dia jer, terus melalak. Nak buat ‘business’ dalam bilik air pun tak senang.
Ada yang mengalami keadaan seperti ini? Ini perkongsian Ibu Rose yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan ksih sayang. Anda semua kena tahu anak tu bukan dah berakhlak buruk tapi anak tu sedang melalui “Fasa Pertunasan” .⠀
Opps tak de dalam kamus ya. Ini Ibu jer yang beri nama. Supaya senang nak faham.⠀
Fasa ni anak-anak kecil perlukan rasa SELAMAT. Bila dia tak nampak orang yang paling banyak jaga dia, dia akan menangis.⠀
So, think positive ye. If anak anda macam ni dan usianya 6 bawah 1.5 tahun, baguslah tu. Dia normallah tu.⠀
Yes absolutely NORMAL. Kalau dia tak nangis normal ke? Normallah jugak sebab mungkin awal-awal lagi anda pandai bagi dia rasa selamat.⠀
Sayang, kalau sayang sabar dan plan your day supaya anak anda nampak anda selalu, InsyaAllah fasa ni sekejap jer…⠀
Ramai sangat yang menangis kat Ibu sebab tersalah didik anak dan tak tahu nak patah balik. Anak dah jadi degil dan melawan dan remaja yang menjauhkan diri dari mak ayah.⠀
Bila mama datang dekat sikit pada anak, terus si anak angkat kaki dan masuk bilik, tutup pintu kuat-kuat ! Allahu…sedihnya hati.
Parenting ni perlu ilmu, skill dan sikap yang betul. Ia tidak datang naturally. Memanglah kita ada potensi menjadi ibu bapa terbaik utk anak-anak kita…tapi ingat ianya hanya POTENSI! Setiap potensi memerlukan Sikap, Skil dan Ilmu untuk dijadikan DIRI HEBAT kita.⠀
So, bersabarlah wahai mommies. Tangisan anak, melalaknya dia menandakan dia sangatt menyayangimu. Berbahagialah dan lalui fasa ‘pertunasan ini dengan sabar dan syukur’. Sayang dapat sesuatu pagi ni?.
Sumber: Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!