Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan. Menerusi instagramnya semalam, Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya.
Menerusi entri itu juga, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memperlihatkan baby bump yang jelas. Tasha kelihatan cukup cantik dan berseri-seri.
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.
Ads
” Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.
Kata Tasha lagi, sokongan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya cukup membuatkan dia gembira.
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin,” kongsinya.
Ads
Dalam pada itu, perkongsian Tasha itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya malah rakan-rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami adalah yang paling berharga buat wanita yang bergelar isteri, tambah pula dalam keadaan isteri sedang sakit. Tiada yang lebih diperlukan melainkan sokongan dan perhatian tambahan pula apabila baru sahaja alami keguguran.
Awal Oktober lepas, Hafiz Mahamad berkongsi berita mengenai isterinya yang keguguran. meskipun impian untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian, namun usahawan dan selebriti media sosial ini tetap berterima kasih dengan isterinya, Syafiqah Aina yang sempat menjaga kandungan selama 2 bulan.
Dalam hantaran terbarunya beberapa hari yang lalu, Hafiz berkongsi pula di Instagram miliknya tentang keadaan emosi isterinya yang agak kurang stabil dan badan menjadi agak lemah ekoran daripada keguguran yang dialaminya.
Memahami situasi yang sedang dihadapi oleh isteri tercinta, Hafiz tetap berusaha untuk menceriakan kembali mood isterinya dengan harapan Aina dapat kembali sembuh dan sihat seperti biasa.
Dalam kapsyennya juga, Hafiz turut mengakui bukan senang jadi seorang perempuan kerana perlu melalui proses bersalin yang sakit dan jika alami keguguran juga perlu lalui kesakitan yang sama.
“Selepas “gugur” emosi wife memang agak tak stabil. Saya faham, dengan condition dia lemah, bleeding setiap hari buat dia rasa sakit sangat
“Bukan senang jadi perempuan, beranak sakit & gugur pun sakit. Saya usaha tarik mood dia. Hopefully wife cepat strong balik & manja manja dengan saya
“Terima kasih sebab ngandungkan anak kita 2 bulan, Allah amik dia. Dia pimpin tangan kita di syurga nanti sayang @syafiqahaina
Sempat juga dia menitipkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta kerana mengandungkan anak mereka selama 2 bulan. Dengan penuh rasa positif, Hafiz turut berharap anak mereka itu akan memimpin tangan mereka di syurga kelak.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Pra eklampsia atau sawan hamil mengancam ibu sejak usia kandungan 20 minggu ke atas. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya kematian janin.
Apakah dia pra eklampsia? Menurut Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan SALAM Shah Alam Specialist Hospital, pra eklampsia ialah keadaan di mana ibu yang hamil melebihi 20 minggu ke atas, mempunyai tekanan darah melebihi 140/90mmHg, kenaikan berat badan yang mendadak dan mempunyai protein di dalam air kencing.
Lazimnya, ibu yang mengalami keadaan ini akan kembali ke paras normal selepas bersalin (bayi dikeluarkan). Apa yang membezakan tekanan darah tinggi dan pra eklampsia ialah hadirnya protein 2+ di dalam air kencing ibu dan hanya akan berlaku 20 minggu ke atas iaitu selepas uri terbentuk.
Kata Dr Nurul Azwa, tiada jawapan kepada mengapa terjadinya pra eklampsia ini. Ia berkemungkinan kerana plasenta yang tidak terbentuk sempurna yang menyebabkan berlakunya gangguan aliran darah ibu yang mana protein yang sepatutnya ditapis buah pinggang ibu terbebas ke dalam air kencing.
TANDA-TANDA PRA EKLAMPSIA
Antara tanda-tanda pra eklampsia ialah tekanan darah tinggi dan kehadiran protein 2+ di dalam air kencing. Namun gejala-gejala pra eklampsia yang serius adalah seperti berikut;
1. Sakit kepala yang teruk
2. Pandangan menjadi kabur.
3. Pedih pada ulu hati.
4. Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah dengan tiba-tiba.
5. Loya dan muntah.
6 CIRI WANITA HAMIL YANG BERISIKO PRE EKLAMPSIA
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra eklampsia jika terdiri daripada golongan ini.• Kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar dengan kehamilan yang terdahulu.
• Berumur 40 tahun atau lebih.
• Mempunyai berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
• Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah seperti tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang atau diabetes.
• Kandungan kembar atau lebih.
• Mempunyai sejarah pra eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya.
• Pernah mengalami pra eklampsia pada kehamilan sebelum ini.
ANCAMAN KEPADA IBU DAN ANAK
KESAN PRA EKLAMPSIA KEPADA IBU YANG HAMIL
Pra eklampsia boleh menjadi ancaman yang kuat kepada ibu dan bayi. Ibu yang mengalami pra eklampsia perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan sekiranya ada komplikasi supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi. Dalam keadaan tertentu, ia boleh memberikan kesan pada ibu seperti berikut;
1. Eklampsia atau nama lain sawan ketika mengandung, di mana tangan dan kaki tersentak-sentak tanpa ransangan, bebola mata ibu naik ke atas dan kancing gigi. Keadaan yang berterusan ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah dan oksigen ke uri dan akan membahayakan nyawa bayi.
2. Sindrom HELLP. Ini adalah kecelaruan pada hati dan pembekuan darah. HELLP bermaksud:
H: haemolysis atau sel-sel darah merah pecah.
EL: elevated liver enzymes hati tidak berfungsi dengan baik.
LP: low platelet countatau jumlah platelet rendah menyebabkan darah lambat membeku.’
3. Strok atau pendarahan dalam otak. Ia disebabkan oleh tekanan darah yang terlampau tinggi menyebabkan salur darah pecah, merosakkan sel-sel otak sehingga sebahagian otak itu tidak berfungsi.
4. Tumpah darah atau pendarahan yang berterusan.
5. Kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan wujudnya cecair dalam paru-paru (edema pulmonari).
KESAN PRA EKLAMPSIA KEPADA BAYI YANG DIKANDUNG
PENGESANAN AWAL BANTU KAWAL PRA EKLAMPSIA
Penting bagi anda menghadiri semua temu janji pranatal kerana ini akan membantu doktor anda mengesan dan mengawal pra eklampsia (jika ada).
Bagi yang berisiko tinggi, ibu akan diberikan ubat aspirin pada dos yang rendah bermula minggu ke-12 sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra eklampsia. Suplemen kalsium juga perlu diambil. Tekanan darah, pemeriksaan air kencing dan penambahan berat badan akan dipantau dengan teliti.
KENAPA PRA EKLAMPSIA SERING DIKAITKAN DENGAN BERSALIN AWAL?
Bagi menstabilkan ibu daripada eklampsia, bayi dan uri perlu dikeluarkan segera melalui proses kelahiran. Tetapi sebelum bersalin, tekanan darah tinggi ibu akan distabilkan terlebih dahulu. Magnesium sulfate akan diberikan sebelum dan selepas bersalin kerana sawan masih boleh berlaku selepas bersalin. Bagi sesetengah hospital kerajaan, ibu akan dipantau selama lima hingga tujuh hari sehingga tekanan darah tinggi stabil dan protein dalam air kencing berkurangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tatkala isteri mengandung, hati suami amat tersentuh. Kalau boleh biarlah kesakitan yang dialami dipindahkan kepada suami.
Fizi Ali tidak sanggup melihat isteri, Shakilla Khoriri yang sedang sarat hamil 8 bulan alami kesakitan. Foto Shakilla yang sedang mendapatkan rawatan nebulizer dimuatnaik Fizi di Instagram.
fizialisuria kalau boleh biar la sakit orang mengandung tu suami yang tanggung..tak sampai hati tengok bila isteri kita muntah2,batuk,sesak nafas..
Lagi-lagi masa dia mengandung.Harap para suami layankan je apa yang isteri nak bila mengandung tu. Walaupun tak masuk akal, ikutkan je.