Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang bakal menimang cahata mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menerusi Instagramnya, Uqasha tampil mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.

Aktres berusia 32 tahun itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki yang selama ini dinantikan olehnya dan suami.

“Doakan Yang Baik-Baik Untuk Qasha & Baby” Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung!

“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha.

“Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang bakal menjadi ibu pula,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dia menunggu sehingga kandungannya betul-betul stabil kerana sebelum ini pernah mengalami keguguran.

IKLAN

“Doakan Yang Baik-Baik Untuk Qasha & Baby” Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung!

“Ramai tanya, kenapa Qasha tak jawab-jawab, sebab dah gugur, jadi Qasha takut. Jadi biarlah dari Qasha sendiri yang cakap.

“Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby,” kongsinya.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon Kamal Adli turut berduka apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang menulis kata-kata mengguris hati mengenai keluarganya.

IKLAN

“Doakan Yang Baik-Baik Untuk Qasha & Baby” Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung!

“Terima kasih pada mereka yang mendoakan. Jujur, Qasha sedih apabila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriatlah apa lah.

“Bila dapat tahu (berita kehamilan) ni, Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha Mengetahui. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua dari Dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal yang mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di sebuah resort persendirian di Janda Baik, Pahang pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan memohon untuk orang ramai mendoakan mereka berdua.

IKLAN

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

“Doakan Yang Baik-Baik Untuk Qasha & Baby” Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung!

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI