Pengacara, Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah memuatnaik video sambutan hari raya Aidiladha beberapa hari yang lalu menerusi laman Instagram.
Namun keletah anak sulung Mat Dan iaitu Zayne Tyler, 3 tahun mencuri tumpuan warga maya.
Walaupun masih tidak lancar bertutur namun pertuturan Zayne sangat jelas dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia serta dialek Terengganu dengan baik.
Dalam video rakaman tersebut, Zayne mengucapkan selamat hari raya buat semua, namun dia sendiri keliru kenapa ucapan tersebut tidak dapat didengar olehnya.
“Selamat hari raya Aidiladha” – “Ibu dok dengor pung” (Ibu tak dengar pun)
Ads
Selesai memberi ucapan, Zayne sempat memberi salam dan menyatakan bahawa video tersebut telah tamat.
Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran negeri Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017 dan dikurnikan 2 cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Zayne Tyler 3 tahun serta Eyda Yusoff Tyler 9 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam sebelum kejadian baru dapat tahu isteri hamil, esoknya suami dijemput ilahi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika ke tempat kerja. Penantian selama dua tahun untuk menimang cahaya mata buat pasangan suami isteri ini tak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi arwah.
“Rupanya awak tak sempat tengok..”
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shaa Ibrahim di Facebook, dia memaklumkan bahawa suaminya, Wan Muhammad Hasruldin telah kembali menghadap Ilahi selepas terlibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.
Pagi tadi saya hantar gambar ni dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok. Allah panggil awak balik. Dua tahun awak tunggu sayang. Saya kuat sebab ni. Ni juga last WhatsApp saya sempat hantar dekat awak. Lepas ni tak akan ada dah orang yang nak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.
Hari ni GPS awak tak bergerak saya call tapi tak ada siapa yang jawab. Rupanya Allah SWT yang panggil awak dulu.
Sebelum ini mereka terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) selama dua tahun atas urusaan kerja dan sebenarnya baru dua bulan mereka mula tinggal bersama.
Lebih menyedihkan lagi apabila arwah suaminya begitu teruja dapat berita gembira bahawa isterinya disahkan hamil sebulan dan dia bakal menjadi seorang ayah sehingga sanggup membatalkan hasratnya untuk membeli kereta baru.
Pada malam sebelum kejadian arwah dapat berita gembira bakal jadi ayah, sukanya dia sehingga cakap dia sanggup berkorban untuk anak bini dan cancel kereta. Dia sanggup berulang-alik dengan motor lagi. Awal pagi esoknya dia betul-betul berkorban.
Bekal tak sempat jamah
Menurut Shaa, pada pagi kejadian, suaminya sempat meminta untuk menyiapkan bekal nasi goreng dengan udang kunyit, namun tidak sempat dijamah olehnya.
Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request nak nasi goreng pastu udang goreng kunyit. Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria je suara awak sayang. Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.
Ujarnya lagi, kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik. Shaa juga memberitahu bahawa srwah suaminya telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.
Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini yang dikatakan rezeki! Macam tak percaya kan tapi hakikatnya betul. Tak dapat dibayangkan apabila kita yang dah berkahwin dan telah pun dikurniakan anak, dalam masa sama dapat pula adik yang seusia anak sendiri tetapi beza beberapa bulan saja.
Nampak macam lucu kan namun kisah ini telah dikongsikan oleh seorang wanita yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktoknya sehingga menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, pada mulanya dia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada April lalu. Difahamkan ini adalah anak keduanya dan anak sulung adalah perempuan.
Bulan Jun abah bagi adik lagi. Sekali terus kembar!
Bagaimanapun, selang dua bulan kemudian, abah pula hadiahkan adik kembar lelaki kepadanya sekeluarga. Ia benar-benar rezeki berganda, sekaligus, pak cik dan anak buah sebaya!
Situasi ini memang jarang-jarang sekali berlaku zaman sekarang. Kalau zaman mak ayah kita dulu memang ada je.
Video yang tular di aplikasi Tiktok itu telah meraih lebih 800 ribu tontonan setakat ini.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen tumpang gembira dan kagum dengan rezeki cahaya mata yang dianugerahkan kepada keluarga ini.
Malah ada antaranya berkongsi pengalaman membesar dengan anak buah dan pak cik,
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah hamil dan melahirkan, pastinya ibu ingin melihat anak membesar di depan mata. Namun apa yang terjadi kepada ibu tabah ini ialah sebaliknya namun dia sangat kuat & cekal menghadapi kehilangan 4 anak syurga. Nukilan miliknya ini membuatkan hati sesiapa membaca rasa tersentuh & sebak!
Puan Fariza Ieza menghadapi kehilangan anaknya yang bernama Muhamad Fayyadh Nabhan yang mengalami cerebral palsy akibat lemas semasa lahir & tali pusat menjerut leher.
Kehilangan anak adalah ujian yang sangat berat bagi wanita bergelar ibu. Kurniaan kenangan terindah menjaga si kecil, Fayyadh selama tiga bulan selepas dilahirkan diabadikan Fariza dalam catatannya.
Ummie yakin Fayyadh dah bertemu abang-abang kembar 3 di sana. Kenangan yang ditinggalkan sangat indah. Terima kasih Allah.
Ummie bangga Fayyadh terus bertahan melepasi beberapa fasa kritikal di NICU. Kamu dah bahagiakan Ummie, Ayah adik beradik lain.
“Terima kasih Allah, Fayyadh bertahan dan bahagiakan kami untuk 2 minggu yang indah.”
Masa lahir tidak menangis dan tiada degupan jantung. Selepas CPR 2 kali ada sedikit bacaan jantung.
7 hari koma. Hari ke-6 sedar Fayyadh diberi ubat untuk kurangkan aktiviti otak.
Hari ke-11, mesin bantuan pernafasan dicabut & Fayyadh kritikal. Tapi kamu kuat & terus berjuang untuk hidup. Akhirnya dapat bawa balik duduk sebumbung dengan Ummie & Ayah.
Sedih memang sedih tapi jadi kuat kerana Ummie tahu ujian orang lain lagi berat daripada Ummie.
“Engkau memang anak yang hebat Fayyadh”
Kamu hembuskan nafas terakhir di depan Ummie. Selamat bersuka ria dengan 3 abang-abangmu yang kembar di sana
4 anak syurga Ummie, semoga menjadi asbab Ummie & Ayah dihisab & mudah masuk syurga.
Fayyadh cerebral palsy kerana lemas terlalu lama dalam perut & terjerut tali pusat dengan 3 lilitan kuat. Arwah pergi kerana sawan tidak terkawal.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.