Menunggu kehadiran cahaya mata ke-3 ternyata satu debaran buat Memey Suhaiza. Walaupun dah dua kali melalui proses bersalin, pengalaman mengandung kali ini juga antara yang dinanti oleh mereka sekeluarga.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini, nampak gayanya rumah mereka akan dihuni oleh seorang puteri tak lama lagi. Jika betul alhamdulillah!
Sebelum ini Norman dan Memey dah pun dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.
Manakala perkahwinan terdahulu Norman hasil perkahwinan dengan Abby Abadi dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: Ig Memey Suhaiza & Norman Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila disahkan hamil, orang yang paling teruja tentulah anak-anak Datin Vie Shantie Khan kerana mereka mengimpikan adik baru. Sepanjang kehamilan bermula trimester pertama hinggalah trimester ketiga, Datin Vie mengalami pelbagai perubahan pada dirinya sendiri termasuklah kulit kering, tidak bermaya, bentuk badan berubah, cepat penat dan sebagainya.
Menurut Datin Vie, ketika hamil penjagaan diri sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan dalam keadaan yang baik. Bukan hanya penjagaan luaran yang penting malah emosi juga perlu tenang dan sentiasa positif.
Pengalaman Kehamilan
Kehamilan kali ini yang keempat dan tentu sekali ada perbezaannya. Apa yang membuatkan kehamilan kali ini berbeza sedikit kerana Vie hamil diusia 30an dan tidak sama dibandingkan ketika hamil di usia 20an. Apa yang menariknya, pengalaman kali ini Vie dapat merasai semuanya bermula dengan alahan, perubahan tubuh badan, pergerakan bayi, perubahan emosi kerana pengalaman kehamilan dahulu Vie masih muda.
Kesan Stretch Mark Tiada
Vie mengakui keadaan perutnya yang semakin membesar langsung tidak meninggalkan sebarang perubahan pada permukaan kulit. Dengan bantuan produk Bio-Oil Skincare Oil, kesan regangan yang sentiasa menjadi mimpi ngeri ibu hamil tidak menjadi satu masalah.
“Setiap orang patut mencuba produk ini kerana bau produk ini sangat menenangkan dan bau tersebut seperti kita mencium bayi baharu lahir,” kongsi Vie mengenai minyak Bio-Oil Skincare Oil.
Selain itu, bila menggunakan produk ini Vie dapat merasai kulit menjadi lembut, tidak berminyak dan tidak melekit. Ianya meresap cepat ke dalam kulit dan sangat selesa seperti tidak memakai apa-apa.
Aroma Bio-Oil Menenangkan Emosi Ibu Hamil
Ibu hamil akan mengalami perasaan yang penat, mengantuk, emosi tidak stabil dan kesemua perasaan ketika hamil ini adalah disebabkan perubahan hormon.
Dengan produk Bio-Oil Skincare Oil ini, selain dari memulihkan kesan stretch mark, baunya juga boleh menenangkan emosi ibu hamil. Bagi Vie bahan kandunganya seperti Lavender, Chamomile, Calendula, Rosemary sememangnya untuk menenangkan emosi dan membuatkan kita rasa ingin memakainya sentiasa.
Kelebihan Produk Bio-Oil
Sebagai salah seorang pengguna produk ini, Vie berkongsi beberapa kelebihan yang ada pada Bio-Oil Skincare Oil dan dia yakin ia sangat bagus untuk ibu hamil.
“Produk ini membantu mengurangkan parut (baru dan lama) yang ada pada Vie. Selain itu, kulit Vie kekal hidrat dan selesa. Vie yakin produk ini selamat digunakan semasa hamil dan yang paling penting halal. Menurut pembacaan Vie, produk ini juga sesuai untuk kulit sensitif dan hypoallergenik. Jadi sesiapa sahaja boleh memakainya.”
Tip: Bio-Oil Skincare Oil juga boleh digunakan pada muka untuk pigmentasi akibat perubahan hormon pada ibu hamil. Sapu dua kali sehari untuk tempoh kehamilan.
Cara Penggunaan
Ibu hamil jelita ini turut berkongsi cara penggunaanya Bio-Oil Skincare Oil yang sangat mudah. “Vie hanya sapukan Bio-Oil Skincare Oil dan urut dalam gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam permukaan kulit. Guna dua kali sehari sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan. Semasa mengandung, Vie gunakan Bio-Oil Skincare Oil ini dari awal trimester ke-2.”
Setiap ibu hamil perlu mencuba produk ini kerana ia menjadikan kulit lembut dan berseri, dan yang paling penting, anda tidak perlu risau tentang pembentukan regangan kulit. Anda kini boleh menikmati pengalaman kehamilan yang indah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan atau tidak, sebaik sahaja kawan baik kita hamil atau bersalin, tidak lama selepas itu giliran kita pula yang hamil.
Jika kita selalu melayan Facebook, mesti kita akan lihat rata-rata kawan dalam Facebook semua sudah ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji aja hendak mengandung secara serentak.
Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Hmm…memang sudah terjadi pada diri sendiri. Asal kawan-kawan baik hamil, yang lain turut berjangkit!
KEBETULAN ATAU BERJANGKIT?
Kebanyakkan kita mungkin berfikir semua itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Bagaimanapun, ada kajian telah menyatakan bahawa aura kehamilan ini boleh berjangkit.
SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.
Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.
Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
3 SEBAB KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut kajian pada tahun 2014, terdapat 3 teori penyebab wanita boleh merasakan hal sebegitu;
Para wanita ini lebih cenderung ke arah keinginan untuk menjadi seorang ibu selepas melihat kawan-kawan sekeliling yang telah berhasil melaluinya dengan berjaya.
Mungkin pemikiran dahulu, perkara tersebut amat melecehkan, takut atau langsung tidak mempunyai keinginan ke arah kehamilan. Mungkin kini perasaan itu mula bertukar dan perasaan menjadi lebih teruja untuk mengalami pengalaman itu sendiri apabila melihat anak-anak kawan yang sangat comel dan menghiburkan.
Segelintir wanita juga akan bermain dengan perasaan takut untuk berasa ketinggalan apabila melihat kebanyakkan kawan-kawan kebanyakkan sudah memiliki anak sendiri. Jika selalu ditanya bila mahu ada anak sendiri, mungkin soalan itu adalah satu soalan yang menyakitkan dan menjengkelkan jika ditanya berulang-ulang kali.
Jika berfikir secara logik, mungkin ada segelintir kawan akan berasa lebih selesa jika ada kawan mereka yang sudi berkongsikan pendapat dan juga petua-petua dalam segi berjimat dalam perbelanjaan yang melibatkan anak-anak.
Bila cara pemikiran dulu mungkin terasa ia amat membebankan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang menangani masalah itu dengan senang dan baik-baik sahaja tanpa ada apa-apa permasalahan yang timbul di situlah hati mula terbuka keinginan untuk memiliki anak sendiri.
REZEKI DARI ALLAH
Apa-apa pun, jangan kita percaya sangat dengan mitos ini. Jangan kita terlalu taksub dan obses dengan perkara sebegini.
Sebagai umat islam, kita juga seharusnya lebih percaya semua ini berlaku dengan adanya rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Jika itu sememangnya rezeki kita, ia akan tetap sampai kepada kita sendiri kerana rezeki ini tidak pernah salah alamat.
Melewati Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada Khamis lalu pastinya cukup terhibur melihat perkongsian Siti sepanjang majlis pelancaran produk terbarunya, Beaukids Aafiyah dan juga sambutan hari lahir Aafiyah yang sudah pun berusia tiga tahun.
Namun apa yang menjadi tumpuan wargamaya pastinya anak sulung Dato’ Siti, Aafiyah yang kelihatan cukup comel dengan busana serba merah jambu.
Meneliti beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Dato’ Siti, gaya dan raut wajah Aafiyah kini saling tak tumpah seperti ibunya di masa kecil.
Dan ianya turut diakui oleh seluruh peminat Dato’ Siti di Instagramnya. Kata mereka, seolah-olah melihat gambar Dato’ Siti ketika kecil. Comel sekali.
Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah, tidak kurang juga yang menggelarkan Aafiyah sebagai ‘Mini Tokti’
Bukan itu sahaja, bahkan kehadiran Aafiyah yang muncul selepas majlis pelancaran berlangsung mula mencuri tumpuan semua. Hadir menaiki kereta Ferrari kecilnya, Aafiyah kelihatan cukup manis, bak puteri yang dinantikan semua.
Tulisan Aafiyah 19 yang tertera pada kenderaan yang dinaiki Aafiyah merupakan simbolik kepada tarikh lahir puteri kesayangan Datuk K dan Dato’ Siti.
Majlis dua acara ini berlangsung dengan cukup meriah mengikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Dato’ Siti yang kini sarat hamil lapan bulan berharap proses kelahiran anak keduanya nanti berjalan dengan lancar pada bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat, anak dalam kandungan juga sihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah.
” Saya akan berpantang dan berharap pandemik akan segera selesai agar dapat bekerja seperti biasa selepas ini, ” kata Siti ringkas.
Dalam pada itu, si comel Aafiyah juga khabarnya akan muncul bersama Siti mendendangkan lagu-lagu menerusi Medley Klasik Siti (1) yang turut dilancarkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.