Rokok menjadi punca jangkitan kuman kepada paru-paru. Asap dan habuknya menjadi pelbagai masalah kesihatan kepada para perokok pasif termasuk bayi dan kanak-kanak.
Dr Ainul Farahin Kamalruzzaman membuat catatan di Facebooknya mengenai dua pesakit kecilnya yang mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru gara-gara ahli keluarga merokok. Beliau menyelar tindakan bapa atau ahli keluarga yang merokok tanpa memikirkan orang sekeliling sehingga menyebabkan masalah kesihatan.
Kedua-dua pesakitnya mengalami simptom yang sama namun salah seorangnya mengalami demam. Simptom jelas ialah batuk, nafas laju dan dada melekuk. Kedua-duanya diberikan rawatan nebulizer dan terpaksa diwadkan untuk rawatan lanjut. Berikut ialah perkongsian Dr Ainul Farahin;
Malam menghampiri jam 12..
Masih ada lagi beberapa kes yg menunggu untuk dipanggil.
Aku panggil nama seorang pesakit.. Sambil membaca chief complaint ni kertas triage: ‘cough/fever x 1 day’
Masuk seorang ibu mendukung anak yg berusia 1 tahun 4 bulan.
Comel budaknya..
Tapi sayang, bila aku senyum kat budak tu, budak tu terus nangis..
Mungkin muka aku tak cukup comel? Atau muka aku macam hantu kaklimah yg menakutkan..
Known case of ‘aku suka budak, budak tak suka aku’
K fine.
“Dia kenapa, mak?”
“Dia demam, batuk2… “
“Berapa hari sudah?”
“baru ja harini.. Tapi teruk butul batuk, tidak pandei berenti. Nda mau tidur.. “
Sambil2 aku perhati je budak tu.
Nafas berombak2.
Ads
Cepat2 aku selak baju beliau.
Tudiaa… Punya laju nafas dia…Lekuk2 di dadanya pulak punya la dalam, kalau semut lalu nescaya terpeleot.
Jadi sebelum semut lalu dan terpeleot, aku perlu buat sesuatu…
Aku pun bagi la neb kat budak tu…
Tau tak neb tu apa? Neb tu singkatan untuk nekbat.
Sambil2 prepare neb, ak tanya2 lagi further history daripada emaknya.
“mak, ada sapa2 merokok ka di rumah kamu? Atau ada sapa2 suka merokok dalam kereta?”
“Ada… “
“siapa?”
“bapak dia… “
(haih… Mengeluh sekejap ak depan maknya)
Ads
” bapak ada diluar? “
” ada… “
” nanti saya nak jumpa dia”
*********
Sambil2 budak comel nombor 1 kena nekbat, aku sambung tengok kes lain.
Panggil lagi satu kes..
Masuklah ibu bersama anaknya umur 9 bulan.
Sekali lagi aku senyum kat budak comel nombor 2, dia bagi blank stare je.
K fine.
Pendek cerita, kisah budak comel nombor 2 ni sebijik dengan budak comel nombor 1 kecuali yg nombor 2 ni xde demam. Nafas pun laju, semut pun ada risiko terpeleot di dadanya. Nafas pun bunyi2.
Aku nekbat kan budak comel nombor 2. Tanya maknya, bapak perokok tegar.
Ads
“nanti saya nak jumpa bapak dia ya”
Maka, bisinglah ruang asma tersebut dengan teriakan dua budak yg di’neb’ sambil emak2nya struggle masing2 nak pegang budak yg menggelepar menangis bagaikan diberi gas beracun. Tak paham lagi sebenarnya kenapa budak suka nangis time neb tak selesa kut kan~
********
1 jam.. 2 jam..
Nekbat (nebulizer) dah, sedut kahak dah, bagi oksigen dah… Namun budak2 comel masih lagi berlekuk2. Ak pun refer doktor kanak2 untuk masuk wad.
Selepas 2 jam, baru bapak2 masuk cari anak2.
“encik bapak dia? ” sapa aku
” iya… “
” encik, anak encik kemungkinan masuk wad malam ni, jangkitan paru2 dia agak teruk, nafas laju sangat, perlukan oksigen.. Salah satu punca jangkitan yg teruk macam ni berlaku adalah disebabkan anak encik terdedah kepada asap rokok atau habuk2 rokok yg melekat di langsir rumah, karpet, baju encik, kerusi kereta dll..”
Saya nasihatkan encik untuk cuba kurangkan merokok, dan kalau boleh berhenti terus. Kalau tak boleh sangat, jgn merokok dlm rumah dalam kereta, lepas merokok salin baju mandi baru main dengan anak. Tapi lebih baik kalau encik boleh berhenti untuk kebaikan anak.”
*********
1) Tahukah anda kanak-kanak yg terdedah kepada asap/habuk rokok di rumah berisiko mendapat jangkitan bronkiolitis dua kali lebih teruk dan 5x lebih tinggi risiko memerlukan bantuan mesin pernafasan (masuk tiub pernafasan). [kajian University of Liverpool]
2) Tahukah anda 20-30% perokok pasif (dia tak merokok tapi dia hidu asap rokok sebab contohnya suami/ayah merokok) mendapat kanser paru2 dan 25-35% mendapat penyakit jantung. Ha tepuk!
3) Tahukah anda di kecemasan hospital, yg duk layan anak menangis masa neb tu majoritinya emak2, bapak main henset tunggu kt luar. Dan bila masuk wad, mak2 yg tunggu anak, bapak kalau tunggu, banyak yg kalau doktor tanya pasal anak semua tak tahu, esoknya tukar dah emaknya pula menjaga. Amboi, kamu yg merokok sampai paru2 anak tak bagus, emak2 yg menanggung sengsara.
4) Tahukah anda bapak2 sekalian, bahawasanya neb itu sebenarnya bukan nekbat? Apakah beza neb dan nekbat? Tanya la isteri anda.
5) Tahukah anda peribahasa ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’? Sambungan peribahasa tu adalah ‘sayang anak isteri, rokok tinggal-tinggalkan’.
Sebelum ini doktor selebriti, Dr Shazri Shaharuddin atau mesra dipanggil Dr Day pernah berkongsi tentang anak sulungnya yang disahkan mild autism. Menerusi posting terbarunya, dia berkongsi tanda-tanda atau ciri anak autism supaya ibu bapa lain lebih peka terhadap perkembangan anak-anak.
No Autism Kid Is The Same
Cukup ramaaai yang dm saya risau akan perkembangan anak masing-masing. Tapi saya minta maaf sesangat saya tak dapat nak jawab any of it simply because no autism kid is the same. Korang boleh google ciri-ciri autism & yang biasa korang akan jumpa adalah autistic child avoid eye contact, tak respond kepada nama by 9 bulan, tak menunjukkan facial expression macam happy, sad, angry, surprise by 9 bulan, tak lihat kepada objek yg ditunjuk, hand flapping, pusing dalam satu bulatan, delayed language skills, delayed movement skills & banyak lagi.
Tapi kalau kita tengok balik, budak biasa pun ada ciri-ciri sebegini cuma autistic child simptomnya lebih kerap atau lebih menonjol. Dan tak semestinya semua autistic child ada setiap ciri2 yang sy listkan tadi. Amik contoh Ace, facial expression dia agak okay masa 9 bulan, dia tak banyak hand flapping, tak pernah pusing dalam satu bulatan, movement skills dia excellent start jalan umur 10 bulan. Jadi susah untuk sy nasihat kepada yg dm sy samaada anak anda autism atau tidak. Sebab autism ni tersaaangat luas.
Terus terang cerita, kalau Ace tak di-diagnose autism mungkin sy tak berapa endah mengenai disorder ini sebab ia tersangat luas hence that is why it is called Autism Spectrum Disorder (ASD). Mungkin bila sy sebut ciri2 di atas ade mak/ ayah yg dah concern kemungkinan anak anda autistic. My advise is YOU SHOULD BE CONCERNED. Sebab statistik menunjukkan 1 daripada 54 kanak-kanak di US di-diagnose with ASD pada tahun 2020 & budak lelaki 4 kali ganda lebih cenderung to have ASD berbanding girls. Dan macam sy cerita sebelum ni, there is currently no cure for ASD. Next part sambung macam mana nak check dan apa nak buat k?
Sambung cerita on macam mana nak check sekiranya anak anda ada autism atau tidak. Seawal 18 bulan boleh kesan dah melalui M-CHAT (Modified Checklist for Autism in Toddler) yang ada dalam buku biru atau pink anak2 anda. Kalau boleh janganlah skip ke klinik kesihatan sebab saringan akan dilakukan 2 kali yakni pada 18 bulan & 36 bulan. Doktor kat KK boleh kesan & jika dikesan yg anak anda ada tanda2 autism, rujukan boleh dibuat secepat mungkin sebab dalam autism ni, TIME IS PRECIOUS.
Siapa yg boleh sahkan anak anda autism atau tidak? Ada 2 jenis pakar. Satu paediatric developmental specialist yg kat Malaysia ni hanya ada beberapa orang & nak buat appointment berjumpa mereka kadang2 ambil masa setahun. Yg famous adalah Dr Raja Juanita, Dr Rajini, Dr Ranjini & Dr Cindy yg bini berjaya dapatkan appointment selepas 7 bulan. Satu kepakaran lagi adalah child psychiatrist. Kalau korang tanya sy pakar mana lagi bagus jawapan sy TAK KISAH MANA SATU JANJI DAPAT APPOINTMENT AWAL sebab as i mentioned before TIME IS PRECIOUS.
Satu lagi sebab tak kisah mana satu pakar is because rawatan mereka mostly sama yakni TERAPI. Macam sy cerita kat post sebelum ni, there is currently no cure for ASD however kajian menunjukkan early intervention can improve a child’s development. Di sini lah Occupational Therapy, Speech Therapy, ABA therapy comes in. Hat terapi2 ni kena google sikit lah sebab panjang kalau nak explain setiap satu. Mujur sesangat kami start ABA therapy kat Ace seawal dia 19 bulan dulu kalau tak mungkin lebih teruk keadaan dia sekarang. Siapa yg ikut kisah Ace berterapi pun nampak tremendous changes on him.
Untuk lebih lanjut berkenaan kesihatan dan perkembangan anak anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa yang ada anak kecil mesti akan menghadapi masalah si kecil suka menonton TV dekat. Mereka akan berdiri depan TV dan menghalang pandangan orang lain.
Kita selalu membebel dan marahkan anak kecil yang suka tengok TV dekat-dekat. Alasan kita selalunya nanti mata rosak atau cepat rabun kalau tengok TV terlalu dekat. Hakikatnya ia hanyalah mitos orang tua dulu-dulu. Mengapa?
Sebenarnya ia trauma masyarakat dunia tahun 1960-an apabila syarikat General Electric yang mengeluarkan TV telah membuat satu kenyataan iaitu TV warna keluaran mereka telah tersilap pengeluaran.
Ia mengakibatkan TV tersebut mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan. Tetapi akhirnya pihak General Electric menemukan penyelesaian dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar TV.
Bagaimanapun kebimbangan tersebut telah menjadi budaya turun temurun sehingga ramai ibu bapa melarang anak menonton TV secara dekat.
Tiada sebarang bukit atau fakta pun yang menyatakan ada mata manusia yang rosak akibat menonton TV terlalu dekat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.
Walaupun anda melarang si kecil daripada berada dekat dengan TV, ia hanya bertahan tak sampai lima minit pun kerana selepas itu mereka akan berdiri lagi depan TV. Jadi, lebih baik anda fahamkan dulu fakta tentang penglihatan kanak-kanak.
1. Jarak penglihatan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa.
2. Sebenarnya kanak-kanak boleh fokus pada jarak dekat lebih bagus berbanding orang dewasa tanpa memberi tekanan kepada mata mereka. Ini kerana kanta mata mereka lebih fleksibel dan boleh disesuaikan untuk pandangan jarak dekat.
3. Mata sebenarnya boleh menukar bentuk untuk pandangan jarak jauh atau dekat dan mata kanak-kanak adalah paling fleksibel.
4. Mata akan mula hilang fleksibilitinya mengikut perubahan usia, jadi kanak-kanak akan mula menonton TV pada jarak jauh apabila usia mereka semakin meningkat.
5. Kanak-kanak biasanya membentuk tabiat memegang bahan bacaan dekat dengan mata atau duduk betul-betul depan TV semasa menontonnya.
6. Kanak-kanak perlu menonton TV secara dekat, disebabkan keterbatasan mata mereka untuk melihat dan memahami sesuatu.
7. Kanak-kanak ingin dirinya masuk ke dalam dunia rancangan TV yang ditonton sebab itu mereka berada hampir dengan TV. Duduk jauh dari TV dirasakan kurang menyeronokkan serta tidak dapat menghayati apa yang ditonton.
8. Mereka ingin juga merasakan pengalaman serta menjadi sebahagian daripada watak yang ditonton dalam TV.
9. Apabila lahir, kanta di dalam mata biasanya akan berwarna jernih dan fleksibel, zonules yang berhubung dengannya sangat kuat. Semakin usia bertambah, kanta menjadi kurang fleksibel, dan zonules juga semakin tidak efektif. Bentuk mata anda, yang ditentukan secara genetik memungkinkan anda memerlukan kanta yang betul. Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri masalah mata, segera bawanya berjumpa pakar oftamologi untuk diperiksa.
10.Ini juga antara sebabnya mengapa ramai yang akan mula mempunyai masalah penglihatan apabila mereka mencecah usia 40 tahun. Ini kerana semua otot semakin tua dan mereka mula hilang fleksibiliti keremajaan.
Menonton TV secara dekat dan membahayakan mata mungkin apabila si kecil menontonnya terlalu lama atau di dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan mata cepat letih. Mata juga menjadi letih apabila kita menonton TV sambil berbaring atau mendongak dibandingkan duduk dan memandang lurus pada TV.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
eranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.